Sunday, July 24, 2011

Mengajar anak berpuasa..



Sejak kecil ketika anak kita sudah kuat berpuasa, maka sudah seharusnya didorong untuk menjalankan ibadah yang mulia tersebut. Jika sudah dilatih sejak dini, maka kelak ketika sudah baligh, ia akan mudah menjalankan ibadah puasa Ramadhan.
Dalam perkara solat, Nabi kita shallallahu 'alaihi wa sallam memerintahkan,
مُرُوا الصَّبِىَّ بِالصَّلاَةِ إِذَا بَلَغَ سَبْعَ سِنِينَ وَإِذَا بَلَغَ عَشْرَ سِنِينَ فَاضْرِبُوهُ عَلَيْهَا
"Perintahkan anak ketika ia sudah menginjak usia tujuh tahun untuk solat. Jika ia sudah menginjak usia sepuluh tahun, maka pukullah ia (jika enggan solat)." [HR. Abu Daud no. 494. Syaikh al-Albani mengatakan bahwa hadis ini Hasan Shahih]
Mengenai perintah bagi anak untuk berpuasa dijelaskan dalam riwayat berikut.
'Umar radhiyallahu anhu berkata kepada seseorang yang mabuk-mabukan di bulan Ramadhan, "Celaka engkau, perhatikanlah puasa anak-anak kita." Lantas beliau memukulnya karana ia dalam keadaan mabuk. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam kitab Shahihnya)
Imam al-Bukhari membawakan pula dalam kitab Shahihnya Bab "Puasanya Anak Kecil". Lantas beliau membawakan hadis dari ar-Rubayyi' binti Mu'awwidz. Ia berkata, "Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam mengutus seseorang pada pagi hari di hari Asyura (10 Muharram) ke salah satu perkampungan Anshor, lantas Baginda berkata,
مَنْ أَصْبَحَ مُفْطِرًا فَلْيُتِمَّ بَقِيَّةَ يَوْمِهِ ، وَمَنْ أَصْبَحَ صَائِمًا فَلْيَصُمْ
"Barangsiapa yang tidak berpuasa di pagi hari, maka hendaklah ia menyempurnakan sisa hari ini dengan berpuasa. Barangsiapa yang berpuasa di pagi harinya, hendaklah ia tetap berpuasa." ar-Rubayyi' berkata, "Kami berpuasa setelah itu. Dan kami mengajak anak-anak kami untuk berpuasa. Kami membuatkan pada mereka mainan dari bulu. Jika saat puasa mereka ingin makan, maka kami berikan pada mereka mainan tersebut. Akhirnya mereka terus terhibur sehingga mereka menjalankan puasa hingga waktu berbuka." (HR. Bukhari no. 1960). Hadits ini menunjukkan bahwa hendaklah anak-anak dididik puasa sejak mereka kuat. Jika mereka 'merengek' ingin berbuka padahal belum waktunya, maka hiburlah mereka dengan mainan sehingga mereka terbuai. Akhirnya mereka nantinya bisa menjalankan puasa hingga waktu Maghrib.
Ibnu Battol rahimahullah berkata, "Para ulama sepakat bahwa ibadah dan berbagai kewajiban tidaklah wajib kecuali jika seseorang sudah baligh. Namun mayoritas ulama menganjurkan agar anak dilatih berpuasa dan melakukan ibadah supaya nantinya mereka tidak meninggalkannya, dan terbiasa serta mudah melakukannya ketika sudah wajib nantinya." (Syarh Al Bukhari, 7/125, Asy Syamilah)
Ibnul Mundzir rahimahullah sebagaimana dinukil oleh Ibnu Battol menyatakan, "Para ulama berselisih pendapat kapan waktu anak diperintahkan untuk berpuasa.
Al Hasan Al Bashri, Ibnu Sirin, 'Auroh, 'Atho', Az Zuhri, Qotadah dan Imam Asy Syafi'i menyatakan bahwa anak diperintahkan puasa ketika telah mampu.
Al Awza'i menyatakan bahwa jika jika anak telah mampu berpuasa tiga hari berturut-turut dan tidak lemas, maka ia sudah dibebani menjalankan ibadah puasa. ...
Ishaq berkata bahwa jika anak telah menginjak usia 12 tahun, maka ia sudah dibebani menjalankan ibadah puasa agar terbiasa.
Ibnu Al Majusyun berkata, "Jika anak telah mampu puasa, maka ia telah wajib puasa. JIka ia tidak puasa tanpa udzur dan bukan karena sakit, maka ia tetap wajib mengganti (mengqodho') puasanya.
Sedangkan Asy-hab berkata, "Disunnahkan bagi anak-anak untuk berpuasa ketika ia telah mampu." (Syarh Al Bukhari, 7/125, Asy Syamilah)
Bagusnya adalah ketika telah mampu, anak hendaklah sudah diperintahkan untuk berpuasa. Ketika ia sudah baligh dengan tanda telah haidh bagi wanita, tumbuh bulu kemaluan atau telah mimpi basah, maka ia sudah wajib untuk berpuasa.
Semoga Allah menganugerahkan pada kita anak-anak yang sholeh yang giat untuk beribadah dan berakhlak mulia.

Satu masa dahulu, di pasar malam di JB selalu kelihatan kelibat peminta sedekah yang mempunyai kecacatan fizikal. Ada yang tidak ada kaki, tiada tangan, meniarap di tengah jalan untuk menarik simpati ikhsan dari saku pengunjung pasar malam.

Kemudian pihak berkuasa telah membongkarkan bahawa mereka adalah dari sindiket warga asing. Mungkin dari negara-negara perang di sekitar Asean seperti Myanmar kerana warna kulit dan rupa paras mereka ada seiras-iras orang Melayu sebab tu ramai yang tiada kaki.

Pada abad pertengahan Eropah, menjadi orang istimewa boleh mendapat habuan kerana mereka dipertontonkan seperti di sarkas dan di bawa ke merata tempat untuk dipertontonkan kepada penonton.

Dan diantara orang-orang yang menyertai pertunjukan yang aneh itu, ini dia antara yang terpelik.

1. Joseph Merrick – Manusia Gajah

Lahir tahun 1862, Joseph Merrick memiliki kelainan fizikal iaitu telinganya tumbuh sangat besar ketika dia berumur lima tahun. Dia mengikut sebuah pertunjukkan di tahun 1884, di sana dia dilayan dengan baik dan mendapat banyak wang. Seorang doktor yang pengunjung melihatnya dan merancang mengubah hidupnya. Dengan teknologi perubatan sekaran diketahui Joseph Merrick sebenarnya menderita sindrom Proteus dan bukan elephantiasis yang seperti yang dinyatakan semasa itu.Merrick meninggal pada usia 27 tahun.

2. Myrtle Corbin – Wanita Berkaki Empat

Josephine Myrtle Corbin lahir di Lincoln Country, Tennesee tahun 1868. Dia lahir dengan mempunyai dua tunggul bersebelahan pinggangnya. Kaki tambahan ini adalah bahagian dari kembarannya yang menyebabkan Frank Lentini seperti mempunyai empat kaki. Setiap kaki kecilnya bersepasang dengan kaki yang besar, Dia mengatakan boleh menggerakkan kali kecilnya, tapi tidak cukup kuat buat berjalan. Dia mempunyai lima orang anak.

3. Mademoiselle Gabrielle – Wanita Separuh

Lahir di Basle, Switzerland, tahun 1884, Gabrielle Fuller pertama kali mengikut sarkas di Paris Exposition tahun 1900. Dia melakukan perjalanan dengan Ringling Brothers Circus tampil di pertunjukkan Dreamland Coney Island. Dia berkahwin dua kali, yang pertama dengan John de Fuller. Dia punya badan atas yang sempurna yang berakhir di pinggang.

4. Mary Ann Bevan – Wanita Terhodoh

Mary Ann Webster lahir di London pada tahun 1874,dengan tujuh beradik. Semasa muda, dia bekerja sebagai jururawat dan tahun 1903 berkahwin dengan seorang penjual sayuran, Thomas Bevan. Tidak lama selepas berkahwin, Mary Ann mulai memperlihatkan gejala acromegaly, pembesaran kerana pertumbuhan abnormal dan kelainan fungsi di wajah, seperti sakit kepala, penglihatan kabur dan sakit otot dan sendi. Dia mempunyai empat orang anak.

5. Mme. Clofullia – Wanita Berjanggut

Madame Clofullia lahir dengan nama Josephine Boisdechene di Switzerland. Kata orang, dia lahir dengan tubuh berambut dan punya janggut setebal 2 inci.Di umur lapan tahun, dia mulai melakukanpertunjukan di Eropah bersama ayahnya.Dia menjadi terkenal kerana janggutnya masa itu seakan-akan Napoleon III.

6. Wang – Manusia Bertanduk

Tahun 1930, seorang petani Cina dari Mancgukuo bertemu dengan seorang banker Russia. Orang Russia itu mengambil gambar petani itu dan mengirimkan gambarnya ke Robert Ripley dari acara ‘Believe It Or Not’.

Dikenali sebagai Wang, petani ini sebenarnya bertubuh normal, kecuali tanduk sepanjang 14 inci yang tumbuh dari belakang kepalanya.

7. Lionel – Remaja Berwajah Singa

Stephan Bibrowsky lahir di Ploandia tahun 1890 dari orang tua yang normal. Dia menderita hypertrichosis, kelainan genetik yang jarang terjadi yang menutupi seluruh tubuh dengan bulu. Hanya ada sekitar 50 kes dari kelainan ini yang diketahui sejak abad pertengahan. Dalam kes Lionel, rambut sepanjang enam inci menutupi badannya. Dia ditemui oleh seorang dari Jerman semasa dia berumur empat tahun dan menjadi terkenal di Eropah dimana dia mendapat gelaran manusia berwajah singa.

8. Ella Harper – Gadis Unta

Dia berkata: “Saya dipanggil gadis unta kerana lutut saya menghadap belakang. Saya boleh berjalan dengan tangan dan kaki saya seperti yang anda lihat di gambar. Saya telah merantau untuk pertunjukkan selama empat tahun dan sekarang, tahun 1886 dan saya memutuskan berhenti dan pergi ke sekolah dan mencari kegiatan baru”

Subhanallah


Friday, July 22, 2011

Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui..

Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah..

Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)

Share

Wednesday, July 20, 2011

Mengadu Domba Sifat Tercela

Entry pada Agama

Assalamualaikum,salam sejahtera salam satu bangsa, entry pada kali ini lagi segali mengajak rakan-rakan seagama berpikir sejenak berkaitan Mengadu Domba Sifat Tercela.

Apa Itu Mengadu Domba?

Mengadu domba atau dalam Bahasa Arabnya disebut sebagai An-Namimah. Perkataan An-Namimah diambil daripada perkataan An-Namma yang bererti mengeluarkan berita bagi tujuan menghasut.

Allah s.w.t. telah berfirman: “Yang suka membisikkan (mencela), dan yang suka menyebarkan fitnah.”

Firman Allah swt : “Celaka bagi setiap pengumpat lagi penista.” (al-Humazah:1)

Menurut Imam Al-Ghazali, perkataan An-Namimah pada kebanyakan pendapat adalah menyampaikan percakapan orang lain kepada orang yang dikatakannya. Contohnya seseorang berkata kepada seseorang yang lain “Si Fulan mengatakan tentang engkau begini, begini..”

Ada segelintir macam ini, kita pun sedar tak sedar bahawa salah seorang mengadu domba, semuga dijauhkan dari sifat tercela tersebut amin-amin Ya Allah.

Ulama bersepakat bahawa mengadu domba termasuk antara dosa-dosa besar. Imam Ghazali menyatakan bahawa mengadu domba itu adalah dilarang kerana ianya mendedahkan sesuatu perkara yang tidak boleh didedahkan samada perkara itu tidak disukai oleh orang yang mengatakannya atau orang yang mendengarnya atau tidak disukai oleh orang yang ketiga (orang yang dikatakan).

Ianya Perbuatan mendedahkan sesuatu perkara boleh dilakukan samada dalam bentuk tulisan, perkataan, isyarat atau gerak geri badan. Ianya juga mempunyai sebab munasebab iaitu :

Jika bercerita tentang kebaikan sesuatu perkara yang mendatangkan faedah kepada umat Islam atau dapat mencegah daripada berlakunya maksiat, maka tidaklah menjadi kesalahan. Namun jika tujuan sebaliknya, perbuatan mendedahkan sesuatu perkara dianggap mengadu domba.

Golongan yang suka mengadu domba ini, kerana terdapatnya sifat hasad dengki , iaitu mencemburui seseorang. Buat cerita untuk melaga-lagakan orang. Agaknya dia sengaja untuk mengadu domba untuk melihat manusia berkelahi, berpecah belah..dan silap-silap boleh sampai berbunuh-bunuhan. Agak-agaknya orang macam ni sakit mental tak?

Marilah kita sesama agama nerapkan konsep berkasih sayang, ibarat peha kanan dicubit peha kiri terasa, tak ada faedah asyik melaga-lagakan sesama seagama membuat institusi kekeluargaan mahupun persahabatan porak peranda.

Apa yang ditulis berkaitan diri sendiri, kalau ianya berkaitan mana-mana pihak terasa, ayieblog memohon maaf . Apa yang baik elok datang dari Allah swt, mana yang kurang datang dari diri ayieblog sendiri, Insyallah cuba memperbaiki dari ke arah yang diberkati Allah swt.

Kerana Mulut Badan Binasa

Tazkirah di hari Jumaat. Semoga Allah mengampunkan dosa hambaNya.

Sahabat yang di rahmati ,

Salah satu PERBUATAN yang dibenci oleh Allah s.w.t adalah sikap suka menghasut (mengadu domba), memecah-belahkan ukuwah Islamiyah dan silaturahim.

Nabi s.a.w berwasiat kepada Sayyidina Ali k.w. maksudnya : "Wahai Ali! Saya melihat tulisan pada pintu Syurga yang berbunyi "Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang bakhil (kedekut), orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, dan bagi orang yang suka mengadu domba (mengasut)."

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas bahwa ia berkata, Nabi melewati dua buah kubur. Baginda bersabda maksudnya : "Kedua penghuninya sedang disiksa bukan karena dosa besar. Yang satu karena ia suka mengadu domba, dan yang lainnya kerana tidak mau membersihkan air seni sehabis buang air kecil."

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Tidak masuk Syurga mereka yang memutuskan silaturahim."Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Di dalam hadis yang lain Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang suka supaya diperluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menjalankan hubungan tali silaturahim."(Hadis Riwayat al-Bukhari).

Sahabat yang dimuliakan,

Berdasarkan hadis-hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa penghasut (mengadu domba) dan sikap suka memecah-belahkan persaudaraan Islam dan ukuwah Islamiyah dan memutuskan silaturahim adalah perbuatan tercela dan akan mendapat azab Allah s.w.t di alam kubur dan di hari akhirat nanti.

Jika dikaji mereka yang suka menjadi penghasut (mengadu domba) dan memecah-belahkan persaudaraan Islam adalah kerana disebabkan tiga faktor.Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Perasan iri hati dan hasat dengki melihat kejayaan dan kebahagiaan orang .

Orang yang iri hati tidak boleh menikmati kehidupan yang normal kerana hatinya tidak pernah boleh tenang sebelum melihat orang lain mengalami kesulitan. Dia melakukan berbagai hal untuk memuaskan rasa iri hatinya. Bila ia gagal, ia akan jatuh kepada kecewa. Sayyidina Ali k.w. berkata, “Tidak ada orang zalim yang menzalimi orang lain sambil sekaligus menzalimi dirinya sendiri, selain orang yang dengki.” Selain menyakiti orang lain, orang yang dengki juga akan menyakiti dirinya sendiri. Perasaan ini lahir kerana hati yang tidak bersyukur di atas nikmat dan rezeki yang Allah s.w.t kurniakan keatas dirinya. Allah berfirman bermaksud: “ Maka ingatlah Aku nescaya Aku akan mengingatimu dan syukurlah atas nikmat- Ku dan janganlah sekali-kali kamu kufuri nikmat Ku. ” (Surah al-Baqarah, ayat 152)

Firman-Nya bermaksud: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat Ku), maka sesungguhnya azab Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7).

Kedua : Sentiasa mengikut hawa nafsu dan mendengar bisikan syaitan. Nafsu manusia suka kepada jalan kejahatan dan tidak suka kepada kebaikan. Suka menjatuhkan orang lain dan benci kepada keharmonian hidup sesama saudara Muslim.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Dan demi jiwa dan penciptaannya yang sempurna, maka Allah mengilhamkan (menunjukkan) jalan kejahatan (mengikut hawa nafsu) dan jalan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan rugilah orang yang mengotorinya." (Surah As-Syams ayat 7-10) Firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Dan orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan mencegah dirinya dari hawa nafsu, maka Syurgalah tempat kediamannya." (Surah An-Nazi'at ayat 40-41)

Ketiga : Hati dan jiwa penghasut dan suka memutuskan silaturahim adalah berpenyakit.

Orang yang mengidap penyakit hati tidak akan boleh mencintai orang lain dengan benar. Dia tidak mampu mencintai keluarganya dengan ikhlas. Orang seperti itu agak sukar untuk mencintai Nabi s.a.w. apalagi mencintai Allah s.w.t.. Kerana ia tidak boleh mencintai dengan tulus, dia juga tidak akan mendapat kecintaan yang tulus dari orang lain. Sekiranya ada yang mencintainya dengan tulus, ia akan curiga akan kecintaan itu.

Sahabat yang dimuliakan,
Mereka yang suka kepada perbuatan menghasut (mengadu domba), memfitnah dan memecah-belahkan persaudaraan Islam adalah mereka yang akan mendapat kutukan Allah s.w.t di dunia ini. Di hari akhirat Allah s.w.t akan menyediakan azab yang pedih.

Terdapat 6 jenis golongan yang termasuk dikalangan penghasut dan memutuskan silatuirahim :

1. Ibu bapa yang mencampuri urusan perkahwinan anak-anaknya. Ibu bapa yang membenci menantu dan menyuruh anaknya memutuskan ikatan perkahwinan (bercerai). Sanggup menghasut dan memfitnah menantunya . Jika menantunya melakukan sesuatu perkara yang tidak syarak sepatutnya sebagai orang tua memberi nasihat dahulu sekiranya perkara tersebut tidak berhasil barulah jalan terakhir mengusulkan perceraian. Setengah kes orang tua yang fasik ini sanggup mengunakan khidmat bomoh untuk mengenakan sihir keatas menantunya. Golongan ini adalah melakukan d dosa besar dan akan mengundang kemurkaan Allah s.w.t.

2. Rakan sepejabat yang menghasut pegawai atasan untuk memfitnah dan menimbulkan kebencian supaya rakannya tidak mendapat kenaikan pangkat atau gaji. Golongan ini sentiasa memiliki perasaan hasad dengki ini tidak merasai takut dengan azab Allah.

3. Dalam hidup berpoligami sering kita dengan isteri pertama membenci isteri kedua dan membuka rahsia suaminya dan membuat tuduhan kepada madunya dengan harapan untuk mendapat simpati daripada orang lain. Golongan ini jika tidak bertaubat dan menempah dirinya dengan azab Allah s.w.t kerana ramai wanita memasuki Neraka adalah kerana menyakiti hati suami dan suka mengadu domba.

4. Pemimpin politik sering menyerang peribadi pemimpin lain (berbeza fahaman politik) dan menghasut rakyat supaya membenci musuh politiknya dengan tujuan untuk mendapat pengaruh dan sokongan murahan. Jika yang diceritakan itu tidak benar maka ianya menjadi fitnah dan akan berlakulah pergeseran dan pergaduhan sesama Muslim. Golongan ini di hari akhirat nanti amat mudah menjadi muflis kerana dosa 'kering' yang dilakukan di dunia.

5. Permusuhan dan pulau memulau sesama jiran tetangga atau sekampung kerana berbeza pendapat.Perbezaan ini perlu di atasi supaya dapat mengwujudkan ikatan persaudaraan Islam . Kerana semua orang Muslim adalah bersaudara. Golongan ini jika dibiarkan akan menjadi barah kepada penyatuan umat Islam dan akan mengakibatkan Islam akan hilang kekuatannya.

6. Perselisihan sesama adik- beradik kerana pembahagiaan harta pusaka peninggalan orang tua. Tidak mahu bertolak ansur hingga mengakibatkan terputus dan terungkai ikatan silaturahim dan kasih sayang di antara ahli keluarga. Golongan ke 6 ini amat sesuai dengan hadis Nabi s.a.w. yang menyatakan bahawa tidak akan masuk Syurga sesiapa yang memutuskan ikatan silaturahim.

Sahabat yang dikasihi,

Marilah sama-sama kita menjaga akhlak dan peribadi kita untuk sentiasa menghiasi hidup kita dengan sifat-sifat mahmudah dan menjauhi sifat-sifat mazmumah. Sifat suka penghasut, memecah belahkan perpaduan umat Islam, mengumpat, memfitnah dan memutuskan silaturahim adalah sifat-sifat mazmumah. Sifat ini amat dibenci oleh Allah s.w.t. dan Nabi s.a.w sendiri memberi amaran keras kepada sesiapa yang hidupnya menyusahkan orang lain dan menimbulkan perpecahan sesama Muslim. Tidak ada tempat yang layak untuk mereka ini melainkan azab Neraka Jahanam.

Sunday, July 17, 2011

Petua Untuk Mengatasi Masalah Perut Buncit

by ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA on Friday, 15 July 2011 at 00:57

Minum Banyak Air - Jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, anda sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang keluar dari sistem tubuh. Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan toksin.. Jangan mengubah pengambilan air saat diet kerana banyak bahan yang sulit dicerna dan dapat menyebabkan perut menggelembung.

Kurangkan Pengambilan Garam - Jangan makan gelojoh kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut. Duduk ketika makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Makanan yang tidak terkunyah menjadi bahagian-bahagian kecil tidak dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan.

Makan Perlahan-lahan - Terlalu banyak garam dalam diet menambah ektra sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambat mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.

Pengambilan Serat - Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam buah-buahan seperti epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air.

Awasi Ubat-Ubatan - Perut yang mengembang adalah efek sampingan dari pengambilan ubat.Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.

Hindari Sembelit - Sembelit didefinisikan sebagai memiliki lebih sedikit dari tiga kali buang air besar dalam seminggu atau jika terlibat ketegangan. Akibatnya perut terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan.

Bersenam - Olahraga atau bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah dimana akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai air urine. Senaman yang disarankan seperti aerobik.

Petua Untuk Tingkatkan Daya Ingatan
by ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA on Friday, 15 July 2011 at 00:53

Ramai manusia tidak menyedari sebenarnya otak tidak pernah kehilangan daya untuk mengingati sesuatu perkara. Otak boleh merakan segala perkara dan peristiwa seperti juga sebuah komputer.. Meskipun begitu, masalah kehilangan daya ingatan boleh juga terjadi kerana kita tidak mempraktikkan diri untuk mengingati infomasi atau sesuatu maklumat sehingga memori yg kita miliki boleh hilang.



Otak seperti juga bahagian tubuh yang lain. Ia memerlukan latihan fizikal dan mental bersama-sama dengan nutrisi khusus untuk meningkatkan kekuatan daya ingatannya. Disini disenaraikan 10 perkara yang boelh anda lakukan untuk menjaga daya ingatan anda agar tetap dalam keadaan baik.



Kacang Soya

Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau sebagai perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori



Zat Besi

Penurunan pengambilan zat besi boleh memberi kesan destrimental pada tingkat IQ anda dan fungsi kognitif kerana zat besi memainkan peranan penting dalam mengubah isyarat dalam otak



Kopi

Kopi boleh meningkatkan penampilan mental dan memori kerana kopi mampu merangsang banyak daerah dalam otak dan boleh mengaturnya tetap berjaga, ransangan, mood dan kosentrasi. Kajian di Universiti Arizona mendapat, bahawa orang dewasa yang meminum kopi sebelum ujian memori menunjukkan perkembangan yg signifikan dibandingkan mereka yg minum kopi tanpa kafein



Latihan Mental

Kajian menunjukkan bahawa rangsangan mental boleh menjaga otak sihat dan meningkatkan kekuatan daya ingatan. Orang yg memiliki daya ingatan yg bagus dan cemerlang cenderung mempunyai pelbagai keinginan dan boleh mengatasi tantangan latihan mental. Latihan mental boleh menggunakan teknik seperti puzzle, teka-teki dan minat pada bidang sosial dan budaya.



Latihan Fizikal

Setengah jam melakukan latihan fizikal sebanyak tiga kali dalam seminggu amat memberi kesan terhadap peningkatan kekuatan otak. Olahraga atau senaman pula boleh memperbaiki kemampuan jantung utk mengepam darah lebih efektif.



Mengunyah Gula-Gula Getah

Kajian yg dibuat oleh sekumpulan pakar di Jepun mendapati bahawa aktiviti dalam hippocampus mengalami peningkatan ketika seseorang sedang mengunyah gula-gula getah. Dr. Andrew Scholey dari Universiti Nothumbria pula mengatakan bahawa mengunyah gula-gula getah boleh meningkatkan denyut jantung sehingga mmeperbaiki oksigen yg dikirim ke otak dan meningkatkan kekuatan kognitif.



Ginkgo Biloba

Ginkgo Biloba digunakan sebagai ubat menguatkan daya ingat sejak beribu-ribu tahun yg lalu. Menurut George Lewith ginkgo boleh memperbaiki sirkulasi darah ke otak dgn membesarkan pembuluh darah sehingga meningkatkan bekalan oksigen.



Minyak Ikan

Minyak ikan banyak mengandungi asid lemak omega 3 yg merupakan komponen penting dari membran sel otak dan boleh memperbaiki kekuatan daya ingatan.



Rosemary dan Sage

Minyak dari tumbuhan ini boleh merangsang memori, memperkuatkan kejernihan dan kesedaran dan membantu menyembuhkan keletihan mental.



Vitamin B

Vitamin B berfungsi mengirimkan oksogen ke otak dan memberikan perlindungan terhadap kerosakan bebas. Vitamin B mempertajam dan meningkatkan daya ingatan.



Niacin atau B3 sgt baik utk memperkuatkan otak, sementara B6 penting untuk memproduksi neurotransmitter terutama untuk meningkatkan mood. B12 baik untuk kesihatan otak secara keseluruhan. Vitamin B juga diperlukan untuk membantu tubuh membentuk acetylcholine, sesuatu bahan kimia otak yang diperlukan untuk daya ingatan.

Saturday, July 16, 2011

kailan ikan masin

Dsc_0551

resepi rigkas kegemaran anak bongsu ku, firdaus


Created on : 03-07-2011

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan




Share


Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 500g kailan, 2 ulas bawang putih 1 biji cili merah, sekeping ikan masin tanpa tulang (sebesar kotak macis), 1 sudu sos ikan, 1 sudu sos tiram, 1 sudu teh tepung jangung jika suka,1/2 cawan air

Cara-cara

  1. tumbuk ikan masin dengan bawang. potong kailan dan cili.panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk. masukkan air, sos tiram dan sos ikan dan bacuhan tepung jagung. masukkan sayur dan cili. kacau sebentar, siap untuk dihidang

Kailan Ikan Masin

Kailanikanmasin

Sedap dimakan bersama tomyam dan nasi panas..


Created on : 21-11-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan




16Share


Bahan-bahan ( 4 org )

  • 1 ikat Sayur Kailan
  • 3 hiris (1 cm lebar) ikan tenggiri jeruk
  • 1 ulas bawang besar-hiris
  • 5-6 biji cili api-hiris
  • 1 biji lada merah-hiris

Cara-cara

  1. Panaskan 3 sudu besar minyak masak ke dalam kuali.
  2. Masukkan tenggiri jeruk dan goreng hingga masak.Api sederhana.
  3. Ketepikan ikan tenggiri dan masukkan pula bawang besar,lada merah dan cili api yang telah dihiris.
  4. Besarkan api dan masukkan sayur kailan yang telah dipotong.Kacau sebentar,tutup api dan hidangkan bersama tomyam dan nasi panas.
  5. Selamat Mencuba!!

Kailan ikan masin

Img_0574

resepi dr mak sedara yg duk kat thailand


Created on : 08-09-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan




176Share


Bahan-bahan ( untuk 2 org )

  • sayur kailan-dipotong
  • 1 keping ikan tenggiri masin(yang dijeruk dlm botol)-potong kecik2
  • 1 sd(k) air dr botol ikan masin td
  • 1 bj bwg besar-dimayang bulat
  • 1 inci halia-diketuk
  • bwg putih-diketuk
  • 1 sd(b) sos tiram
  • 1 sd(b) sos ikan
  • sedikit air asam limau nipis
  • myk untuk menggoreng

Cara-cara

  1. panaskan myk.tumis ikan masin tenggiri td hingga naik bau
  2. kemudian tumis bwg putih,bwg besar dan halia.masukan sos tiram.
  3. masukkan sayur dan tambah air dr botol ikan masin td,masukkan sos ikan kacau rata.
  4. masukkan sdkt air-2 sd(b).biarkan seketika.angkat
  5. dlm pinggan tabur sdkt lada sulam dan perah air asam limau td

Kailan Ikan Masin Ala Warung

Dscn6195

nk syer resipi dgn anda semua. buat sniri puas hati, yg pntg memenuhi selera dr makan kt kedai... nasi pn boleh tambah berpinggan2.


Created on : 17-03-2011

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan




Share


Bahan-bahan ( 2 org )

  • 1/2 biji bwg besar (hiris nipis)
  • 3 ulas bwg putih (cincang)
  • seikat sayur kailan - potong dan asing batang dgn daun
  • 2 ketul ikan tenggiri masin (fresh lg sedap)
  • 1 biji cabai masak (buang biji) - ptg serong
  • 2 suduB sos ikan
  • 2 suduB sos tiram
  • sedikit air

Cara-cara

  1. goreng ikan tenggiri masin dgn sedikit minyak hgga masak - kmdn buang tulang dan hancurkan isi dlm kuali tu jgk
  2. masukkan bwg besar, dan putih dlm kuali tadi.... kacau hgga layu
  3. kemudian masukkan batang kailan serta sos ikan dan sos tiram.... gaul sebati hgga batang lembut sedikit
  4. masukkan air, adjust utk kuah.... kmdian sayur kailan bersama cabai potong
  5. kacau sekejap dan bolehla dihidangkan
  6. Sos_ikan
    ni sos ikan sye guna... kt glossari pn sye dh masukkan. (http://www.myresipi.com/top/glossary/363)

Tag

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...