Sunday, December 23, 2012

4 beranak maut kereta terbakar

4 maut,kereta rentung langgar bas ekspress di IKBN Kemasik


pix_middle
CHUKAI: Sungguh memilukan apabila empat beranak rentung selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 126.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, depan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kemasik, dekat sini, awal pagi tadi.
Kemalangan menyayat hati itu itu meragut nyawa seorang guru, Sabirin Sulaiman, 45, dan isterinya, Halina Saif @ Saib, 40, serta dua anak mereka, Siti Aisyah, 14, dan Siti Khatijah, 12.

Ketua Polis Negeri, Datuk Jamshah Mustapa berkata, empat beranak itu terperangkap di dalam kenderaan selepas kereta Kia Sephia yang mereka naiki bertembung dengan bas Ekspres Budaya, kira-kira jam 1.30 pagi sebelum kenderaan mereka terbakar dan seterusnya membakar bas ekspres terbabit yang dinaiki lapan penumpang.

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dinaiki keluarga terbabit dari arah Kemaman ke Dungun dikatakan gagal dikawal sebelum memasuki laluan kanan jalan.

Berikutan itu katanya, kereta terbabit dikatakan bertembung dengan bas ekspres yang datang dari arah bertentangan sebelum kereta itu diseret bas terbabit kira-kira 30 meter sehingga ke kaki lima jalan.

Katanya, pertembungan itu menyebabkan kereta dinaiki keluarga malang terbabit terbakar sebelum api itu menyambar dan membakar hampir keseluruhan bas ekspres terbabit yang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Melaka.

Menurutnya, jalan di lokasi kemalangan bukanlah disenaraikan sebagai laluan berbahaya dan kereta terbabit dipercayai memasuki laluan bertentangan berikutan cuaca ketika itu hujan renyai.

"Saya menasihati kepada semua pemandu supaya lebih berhati-hati terutamanya dalam keadaan cuaca yang sering hujan lebat menyebabkan air bertakung di atas jalan," katanya sambil memberitahu kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian.

Sementara itu, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Rozlan Seman berkata, seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh serta Kemaman bersama tiga jentera bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan daripada orang ramai sebelum melancarkan operasi memadam kebakaran kedua-dua kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu.

Katanya, bomba terpaksa memadam keseluruhan kedua-dua kenderaan terbabit sebelum melancarkan kerja-kerja mengeluarkan kesemua mangsa yang rentung dalam kenderaan terbabit.

SUMBER: MY METRO
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/23

Sunday, December 16, 2012

Mangsa tembakan rambang Adam Lanza

Wajah Wajah Comel Yang Dibunuh Adam Lanza
Wajah-Wajah Comel Yang Dibunuh Adam Lanza - Berikut adalah antara kanak-kanak yang menjadi mangsa tembakan rambang Adam Lanza dalam kejadian Jumaat lalu di Sandy Hook Elementary School di Connecticut, Amerika Syarikat.
Comel sungguh kanak-kanak itu yang belum tahu apakah erti sebenar kehidupan. – MyNewsHub
Wajah Wajah Comel Yang Dibunuh Adam Lanza
Wajah Wajah Comel Yang Dibunuh Adam Lanza
Wajah Wajah Comel Yang Dibunuh Adam Lanza
Wajah Wajah Comel Yang Dibunuh Adam Lanza

Saturday, December 15, 2012

3 maut kemalangan di km 44 (Felda Air Tawar 5) kota tinggi- sungai rengit (15/12/2012)


petangg tadi, pulang dari kota....jem teruk di jalan teluk sengat -air tawar 5 hampir 5 km. rupanya ada accident melibatkan sebuah lori dan 3 buah kereta ( yang saya nampak ketika itu)...sempat recordkan. berselisih dgn 2 kereta yang ditunda...rosak teruk nampaknya.

saya sempat recordkan keadaan kereta ysng terperosok di bawah lori...mmg mengerikan..saya tidak  tahu adakah melibatkan kehilangan nyawa atau tidak saat entri ini ditulis.....tapi kemalangan ini bagi saya cukup
kuat melihatkan keadaan 3 buah  kereta tersebut yang rosak teruk..
berhati-hati2 di jalanraya....





16.12.12 -  laporan terkini kemalangan maut di jalan kota tinggi - sungai rengit yang saya ambil dari laporan BERNAMA..


3 maut dalam kemalangan babit 5 kenderaan

16/12/2012 4:39pm

KOTA TINGGI — Tiga maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 44, Jalan Sungai Rengit–Kota Tinggi di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt. Che Mahazan Che Aik berkata, mereka ialah Mohd. Ali Kenid, 51, dari Kampung Felcra Sungai Layau, Abdul Samah Darmawi, 56, dari Felda Kledang dan Siti Noraizah Abdul Wahab, 21 dari Felda Sungai Mas.
Beliau berkata, Mohd. Ali meninggal dunia di tempat kejadian, Abdul Samah ketika dalam perjalanan ke Hospital Kota Tinggi (HKT) manakala Siti Noraizah pula selepas lima jam menerima rawatan di HKT.
"Kemalangan berlaku kira-kira pukul 5 petang apabila lori treler yang dalam perjalanan menuju ke Kota Tinggi telah bergesel dengan sebuah kereta jenis Proton Saga yang dipandu oleh Siti Noraizah, yang datang dari arah bertentangan.
"Kejadian itu menyebabkan lori treler berkenaan hilang kawalan lalu masuk ke arah bertentangan lalu bertembung dengan kereta Proton Wira yang dipandu oleh Mohd. Ali.
"Kereta yang dipandu oleh Abu Samah dari arah Kota Tinggi ke Sungai Rengit juga tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian tengah lori berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Che Mahazan berkata, pada masa sama, sebuah lagi kereta jenis Proton Saga yang mengekori kenderaan dipandu Siti Noraizah juga tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang kereta mangsa, namun pemandunya hanya cedera ringan.— BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1216&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_04.htm#ixzz2FDNNa41o 
Hakcipta terpelihara 



Wednesday, December 12, 2012

Percutian di Melaka...15.11.2012


Bertolak dari Kot Tinggi pukul 4.00 petang.  OTW nak ke Nilai, singgahlah sat kat Bandaraya Bersejarah Melaka.  Dah nak maghrib.  Jalan2 di sekitar kedai2 cenderahati yang terdapat di situ.. sambil snap beberapa gambar oleh Kimi..Belilah beberapa cenderahati yang menunjukkan kita pernah sampai di situ..

Memang x puas hati kerana banyak tempat menarik belum dikunjungi lagi kerana hari telah malam.  So..nanti bila balik  ke Johor nanti..InsyaAllah akan singgah semula ke Melaka...

Beberapa foto yang dirakamkan di sini. Dah x boleh nak upload banyak2 gambar sebab dah habis ruang yang free.. Pakcik gugel pesan boleh nak ruang lagi..hehe tapi kena belilah..alahai ni yang lemah ni...blog kita ni biasa2 aje...so rasanya x lah sampai ke nak kena beli lagi...berjimat cermatlah menggunakan ruang subsidi yang diberi...dah banyaklah abang2 foto terdahulu yang terpaksa diremove bagi memberi laluan kepada adik2 foto mengexpose diri pulak..ha2...







Kellie's Castle, Batu Gajah..17.12.2012

Sebenarnya saya suka membaca cerita2 mistik dan aktiviti paranormal..sebab tu sebahagian blog pilihan saya adalah blog yang berkaitan dengan dunia mistik atau aktiviti paranormal.

Cuti sekolah yang lepas berpeluang singgah ke Kellie's Castle di Batu Gajah Perak.  Banyak cerita menarik tentang castle ini samada sejarahnya dan juga dunia mistiknya..saya sempat merakam beberapa gambar ketika di sana..Kami sampai lebih kurang pukul 12.00 tengahari.




.















































































































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...