Thursday, July 25, 2013

Semoga kak Ju tabah...



 Kereta yang dinaiki Junainah dan dua anaknya terbalik selepas terbang merempuh sebuah rumah.

Kereta Terbang Rempuh Rumah (2 GAMBAR)| KEMAMAN – “Semasa kereta terbang, saya peluk dua anak erat-erat,” kata seorang guru, Junainah Yusof, 43, yang melalui detik mendebarkan apabila kereta yang dipandunya terbang dan merempuh sebuah rumah ketika pulang dari sekolah petang kelmarin.

Kejadian berlaku ketika mangsa sedang melalui selekoh di laluan berbukit dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang di Felda Neram 1 untuk pulang ke rumah mereka.

Bagaimanapun, nasib menyebelahi mangsa tiga beranak kerana mereka tidak mengalami kecederaan parah meskipun kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki terbalik dan remuk teruk.


Meskipun keadaan kereta rosak teruk tapi Junainah dan dua anaknya tidak mengalami kecederaan parah.

Junainah berkata, ketika menaiki bukit dan mahu membelok di selekoh terdapat sebuah motosikal di hadapannya membuatkannya cuba mengelak daripada terlanggar motosikal terbabit hingga kenderaan itu hilang kawalan lalu meluncur laju dan terbang merempuh sebuah rumah berdekatan.

“Saya waktu itu hanya fikirkan anak-anak sebab itu saya peluk anak sambil berdoa agar kami selamat. Kami keluar dengan merangkak ikut cermin kerana kereta terbalik.

“Syukur kepada ALLAH SWT kerana kami semua masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan,” katanya kepada Sinar Harian.


Gara-gara kejadian itu, Junainah yang juga guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru Felda Neram 1 ini mengalami lebam di beberapa bahagian serta mengalami sakit-sakit badan sementara dua anaknya, Mohd Faris Nabil Sadri, 9, dan Nur Alya Fakihah, 7, mengalami lebam di lengan.

Katanya, sehari sebelum kejadian berlaku, kereta yang dinaikinya itu baru sahaja selesai diservis (selenggara).

Melihat artikel di atas mengingatkan saya pada kak Junainah Jusoh.  Saya mengenali kak Junainah sebagai senior saya ketika belajar di sekolah menengah di Kemaman..Kami tinggal dalam satu dorm asrama.  Beliau yang bergelar ibu tunggal setelah pemergian suami tercinta dalam dua tahun sebelum ni (kalau x silap) dan saya kenal dia sebagai seorang yng tabah dan kuat semangat.  Semoga beliau tabah menghadapi dugaan ini apatah lagi dalam bulan yang mulia ini dan sambutan aidifitri yang bakal menjelang..Saya doakan kak Ju tabah melaluinya...

Sunday, July 21, 2013

kisah sedih...janganlah berulang lagi...

berkongsi cerita pilu ini...dah beberapa hari berlaku..tapi hari terasa nak kongsi di blog...speechless....kadang perkara nak berlaku tk terdug ceritanya....semoga ahli keluarga terutama ibunya banyak bersabar, redha dan tabah menghadapi ujian ini....Al fatihah untuk arwah Nawal....janji syurga Allah untuknya di sana....
entri dari BH Online
Ibu terlupa anak tertidur di kerusi belakang

Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang ditinggalkan ibunya lebih lima jam di dalam kereta, maut dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di USJ4, petang kelmarin.

Ibu kanak-kanak itu, Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dikatakan terlupa anaknya itu di dalam kereta ketika tergesa-gesa menghadiri mesyuarat di sekolah berkenaan jam 11 pagi. 

Mangsa, Nawal Iris Samsudin, ditemui dalam keadaan kebiruan dalam kereta ibunya sekitar jam 5.30 petang dipercayai kepanasan dan lemas. 


Ibunya segera membawa anak bongsu daripada dua beradik itu ke klinik berhampiran tetapi disahkan meninggal dunia.

Sebelum ke sekolah, Nor Zatusy Hazwa dikatakan menghantar adiknya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang sebelum bergegas ke sekolahnya untuk menghadiri mesyuarat itu kerana terlewat setengah jam.

Tak sedar anak tidur 

Beliau tidak menyedari anaknya tidur di tempat duduk belakang keretanya.

Apabila kembali ke keretanya lima jam kemudian, Nor Zatusy Hazwa terkejut mendapati anaknya terbaring di tempat duduk belakang dalam keadaan kebiruan dan kaku. 
Seorang kakitangan sekolah berkata kereta ibu mangsa ditutup rapat selain diletakkan di kawasan parkir tidak berbumbung dan cuaca panas terik.

“Selepas mesyuarat ibu mangsa dikatakan menghadiri kelas untuk mengajar dan terlupa anak yang ditinggalkan dalam keretanya.

“Mayat mangsa ditemui basah kuyup dan kebiruan,” katanya ketika ditemui BH.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli, berkata mangsa dipercayai mati lemas akibat terperangkap dalam kenderaan jenis PERODUA Myvi ibunya.

“Siasatan mendapati, ibu mangsa, didapati tanpa sedar meninggalkan anaknya yang sedang tidur di dalam kereta.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

“Kes ini pada awalnya diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Bagaimanapun, siasatan lanjut mendapati terdapat unsur kecuaian dan dikelasifikasikan mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Sementara itu, jenazah kanak-kanak itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 selepas solat Jumaat dengan dihadiri dihadiri kita-kira 30 ahli keluarga dan sahabat ibu bapanya.

Bapa saudara mangsa yang enggan dikenali berkata keluarga mereka reda dengan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut.


di saat banyak media sosial memaparkan gambar arwah yang terlantar di katil dengn bibir kebiruan, saya mengambil pendekatan tidak akan menggunaka cara sebegitu kerana saya cukup berimpati serta menghormati keluarga arwah.....berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...saya hanya berkongsi foto Nawal yang comel dan polos serta manja ini sahaja mungkin antara detik yang terindah dalam hidupnya...


Budak maut ditinggal 5 jam dalam kereta

NOR Zatusy Hazwa Abdul Rahim dan suami sebak ketika menunggu mayat anaknya, Nawal Iris Samsudin (gambar kecil) di Hospital Serdang, semalam. - Foto Nik Hariff Hassan

Info Skim Takaful Kasih 1 CUAPECS

Manfaat Perlindungan dengan sumbangan RM12/bulan dan RM22/bulan

 Perlindungan untuk andaRM12/bln RM22 
APerlindungan AsasManfaat (RM) Manfaat (RM) 
1Kematian Biasa/Penyakit 15,000.00          30,000.00
2Kematian Kemalangan 50,000.00          80,000.00
3Ilat Kekal seluruh kekal biasa 15,000.00          30,000.00
4Ilat Kekal seluruh kekal kmlgn 45,000.00          60,000.00
5Ilat kekal separa kmlngn (jadual) 15,000.00         30,000.00
BTambahan Perlindungan semasa latihan "indoor/outdoor"  
6Kmatian kmlgn semasa latihan indoor 70,000.00        100,000.00
7Ilat kekal seluruh kemlgan indoor 75,000.00          90,000.00
8Kmatian kmlngan latihan outdoor  55,000.00          85,000.00
CPenyakit/Bantuan Kemalangan/Hospital (Wad)  
9Penyakit Kritikal*   7,500.00          15,000.00
10Elaun wad biasa/penyakit       15.00/hari 30/hari 
11Elaun wad kemalangan      115.00               130.00
12Perbelanjaan perubatan kemalangan   1,500.00     1,500.00  
13Kerusi roda/anggota palsu kmlgan   2,000.00     2,000.00 
DPengurusan Jenazah***  
14Khairat kematian biasa2,000.00    2,000.00  
15Khairat kematian kmlgn7,000.00           7,000.00
16Khairat kematian pasangan   1,000.00     1,000.00  
17Khairat kematian anak      500.00        500.00  
EKes Ragut  
18Kes ragut berdekatan mesin ATM      150.00        150.00  
19Hilang dokumen kerana kes ragut      300.00        300.00  
F"Hutang Haji"  
20Khidmat Upah Haji *   2,500.00     2,500.00  
GSimpanan / Pengeluaran   
21Simpanan**(35%) ikut tahun semasa 

Sumbangan(RM62 - RM102/bln) / Jumlah Manfaat

 Semua Perlindungan dibawah untuk andaSumb. Bulanan/Jum. Manfaat (RM)
APerlindungan Asas RM62/blnRM82/bln RM102/bln
1Kematian Biasa/Penyakit   90,000.00 120,000.00 150,000.00
2Kematian Kemalangan 200,000.00 260,000.00 320,000.00
3Ilat Kekal seluruh kekal biasa   90,000.00 120,000.00 150,000.00
4Ilat Kekal seluruh kekal kmlgn 120,000.00 150,000.00 180,000.00
5Ilat kekal separa kmlngn (jadual)    90,000.00 120,000.00 150,000.00
BTambahan Perlindungan semasa latihan "indoor/outdoor"   
6Kmatian kmlgn semasa latihan indoor 220,000.00 280,000.00 350,000.00
7Ilat kekal seluruh kemlgan indoor 150,000.00 180,000.00 210,000.00
8Kmatian kmlngan latihan outdoor  205,000.00 265,000.00 325,000.00
CPenyakit/Wad/Bantuan Kmlgn    
9Penyakit Kritikal*   45,000.00   60,000.00   75,000.00
10Elaun wad biasa/penyakit          90.00        120.00        150.00
11Elaun wad kemalangan       190.00        220.00        250.00
12Perbelanjaan perubatan kemalangan    1,500.00      1,500.00      1,500.00  
13Kerusi roda/anggota palsu kmlgan    2,000.00     2,000.00     2,000.00 
DPengurusan Jenazah***   
14Khairat kematian biasa    2,000.00      2,000.00      2,000.00  
15Khairat kematian kmlgn     7,000.00     7,000.00     7,000.00
16Khairat kematian pasangan    1,000.00      1,000.00      1,000.00  
17Khairat kematian anak       500.00         500.00         500.00  
EKes Ragut   
18Kes ragut berdekatan mesin ATM       150.00         150.00         150.00  
19Hilang dokumen kerana kes ragut       300.00         300.00         300.00  
F"Hutang Haji"   
20Khidmat Upah Haji *    2,500.00      2,500.00      2,500.00  
GSimpanan / Pengeluaran    
21Simpanan**
35% (ikut tahun semasa-rujuk illustrasi 

sekadar info Skim Insuran Takaful Kasih 1 CUAPECS

Penerangan Ringkas Takaful Kasih 1 CUEPACS

     Takaful Kasih 1 Cuepacs adalah skim pertama hasil inisiatif Konsortium Pengendali Takaful CUEPACS ini.    Konsortium ini terdiri daripada Takaful Etiqa berhad, Takaful Ikhlas, Takaful Malaysia Berhad, Hong Leong MSIG Berhad dan MAA Takaful Berhad.  Buat masa ini Skim Takaful Kasih 1 CUEPACS diuruskan oleh pihak Hong Leong MSIG (HLM Takaful Berhad).  Konsortium ini telah dilancarkan secara rasmi oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada 21 Disember 2010 bersempena Konvensyen Tri Tahunan CUEPACS.

Skim ini adalah direka khas sebagai satu keistimewaan para penjawat awam oleh pihak CUEPACS.  
Hanya anggota penjawat awam sahaja boleh menyertai skim ini.  Sambutan sangat hebat.  Ramai yang memuji dan menyambut usaha murni pihak CUEPACS menyediakan produk terbaik melalui syarikat Takaful dengan kadar yang sangat baik ini.

Anda rugi jika tidak mengambil kesempatan ini. Terrdapat sehingga 21 jenis manfaat dengan hanya mencarum minima RM12/bulan.  Saya percaya usaha pihak CUEPACS ini akan disambut oleh seluruh penjawat awam demi kebajikan diri dan keluarga.

Saturday, July 20, 2013

Perbezaan polip rahim vs fibroid

Perbezaan Antara Polip rahim vs fibroid

Apakah polip rahim?

A polip dalam rahim adalah penumbuhan yg terlalu cepat tisu yang timbul daripada endometrium - lapisan rahim. Tisu ini dibuang semasa kitaran haid. Selepas tempoh, endometrium regenerates pesat di bawah pengaruh hormon. Polip berlaku di kawasan di mana lapisan tumbuh berlebihan.

Polip rahim bujur atau bulat, mereka kekal melekat pada dinding rahim oleh asas yang besar atau tangkai nipis. Polip biasanya berlaku di kalangan wanita perimenopausal atau menopaus. Walaupun polip biasanya terkandung dalam rahim, mereka kadang-kadang mungkin timbul di permukaan terusan serviks.

Apakah Perbezaan Antara Polps vs rahim fibroid?

Perbezaan utama antara polip rahim dan fibroid rahim adalah bahawa fibroid adalah terdiri daripada tisu otot dan polip diperbuat daripada tisu endometrium.

Polip vs fibroid

1. Komposisi dan Tekstur Polip diperbuat daripada tisu endometrium. Mereka adalah mudah dibentuk dan berpunca dari lapisan dalam rahim. Fibroid rahim diperbuat daripada tisu otot keras. Mereka biasanya berkembang dalam lapisan otot yang tebal rahim.
2.  Regresi polip kecil mungkin merosot di mana-mana peringkat. Fibroid tidak merosot. Sesetengah fibroid boleh mengecut, tetapi hanya selepas menopaus.
3.  Polip Saiz biasanya sangat kecil. Mereka dalam pelbagai saiz daripada hanya beberapa milimeter kepada beberapa sentimeter. Fibroid boleh pelbagai saiz daripada hanya beberapa milimeter dengan saiz tembikai.
4.  Pilihan Rawatan noninvasive Tiada pilihan rawatan noninvasive untuk polip. Beberapa bentuk fibroid       boleh dirawat dengan noninvasive MR berpandu Fokus Pembedahan Ultrasound.

Adakah Polip rahim Gejala Berbeza Gejala fibroid rahim?

Polip rahim dalam rahim adalah berbeza daripada fibroid. Sejak fibroid rahim berbeza dari segi saiz dan tekstur daripada polip rahim, badan bertindak balas kepada mereka yang berbeza.
Apakah Polip rahim Gejala?

Polip gejala termasuk:

Pendarahan haid yang tidak teratur yang berbeza-beza dalam tempoh dan berat
Mengesan, atau pendarahan antara tempoh haid
kemandulan
Pendarahan faraj selepas putus haid
Apakah Gejala fibroid rahim?

Tanda-tanda fibroid rahim termasuklah:

Sakit pelvis atau tekanan
Haid yang amat berat dan berpanjangan
Perut membesar yang boleh disalah anggap untuk mengandung, atau berat badan
Tekanan pada pundi kencing yang menyebabkan keperluan yang berterusan untuk membuang air kecil, inkontinens, atau ketidakupayaan untuk mengosongkan pundi kencing
Tekanan pada usus yang boleh membawa kepada sembelit dan / atau kembung
Sakit semasa hubungan
Sakit di belakang kaki
Polip dan fibroid persamaan

Polip rahim dan fibroid kedua-duanya boleh menjejaskan proses pembiakan yang sama dengan alat perancang antara rahim.
Kedua-duanya adalah pertumbuhan hormon disebabkan
Kaedah rawatan yang paling untuk kedua-dua polip dan fibroid invasif

utk mklumat yang lebih terperinci sila lihat PAGE khusus saya -  about fibroids and polyps ...

Friday, July 19, 2013

Masihkah ada Ramadhan....

sambil surf internet...menonton masihkah ada ramadhan...suka tengok dan dengar dialek terengganu ...maklumlah saya orang terengganu..bila terbayang watak zali teringat yang arwah telah tiada lagi..dan saya masih ingat pernah memasukkan entri tentang accident yang meragut nyawa arwah terkesan lagi arwah berasal dari kg baru kerteh iaitu tempat tinggal saya sendiri...Al fatihah buat arwah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...