Tuesday, November 8, 2011

Ini adalah senarai yang diperolehi daripada hottnez.com mengenai tempat-tempat yang mungkin anda tidak mahu menetap.

Dharavi in Mumbai, India

Dharavi adalah kawasan setinggan yang paling sesak di Asia. Kos bagi sewa di kawasan ini adalah kira-kira RM 11 untuk sebulan. Namun begitu, amatlah sukar untuk mempercayai yang jumlah bersih pendapatan penduduk disini hampir-hampir berjumlah 650 juta USD setahun.







Rocinha – Rio de Janeiro, Brazil

Kawasan setinggan yang terletak di Rocinha, Brazil ini kelihatan lebih moden berbanding di Dharavi. Walaupun kelihatan biasa namun tempat ini amatlah bahaya untuk diduduki. Ini kerana tempat ini dipenuhi dengan pengedar dadah dan penuh dengan keganasan. Tidak cukup dengan itu, tempat ini juga terdedah dengan banjir dan tanah runtuh.








Kibera in Nairobi, Kenya

Kibera yang bermaksud hutan ini merupakan tempat tinggal lebih sejuta penduduk Kenya. Tempat ini dipenuhi dengan sampah dan sering kali tempat ini digelar 'hutan sampah'. Kebanyakan penduduk Kibera merupakan Africa Muslim dari Kenya. Apa yang membuatkan tempat ini menjadi teruk adalah kekurangan bekalan air dan elektrik, juga penuh dengan penyakit yang tidak terkawal terutama sakali penyakit AIDS.





Linfen, China

Linfen merupakan antara bandar yang tercemar didunia. Dipenuhi dengan asap dan debu tempat ini bukanlah pilihan untuk orang menetap. Seramai tiga juta penduduk disini terdedah dengan keracunan air beracun yan dipenuhi dengan kandungan arsenic yang amat tinggi. Seluruh tempat disini mengeluarkan asap dan ramai penduduk disini terdedah dengan kanser.





Kabwe, Zambia

Kawasan perlombongan emas yang mengandungi kandungan racun yang amat tinggi.





Chernobyl, Ukraine

Akibat kejadian Chernoby pada tahun 1986 yang meletusnya reaktor nuklear yang menyebabkan lebih 5.5 juta penduduk disini mendapat kanser tiroid. Tahap radiasi disini adalah 100 kali ganda tinggi daripada kejadian di Hiroshima dan Nagasaki.Bukan hanya binatang dan manusia sahaja yang terkena kesan daripada radiasi ini malah tidak terkecuali tumbuh-tumbuhan. Adalah mustahil untuk hidup dikawasan ini.







Dzerzhinsk, Russia

Merupakan tempat yang paling tercemar dengan kesan kimia yang tinggi. Tempat ini adalah kawasan pembangunan senjata kimia dan pusat kajian kimia. Disini purata jangka hidup bagi lelaki adalah 42 tahun manakala bagi wanita pula adalah 47 tahun. Kandungan fenol dan dioksin di perairan Dzerzhinsk melebihi had biasa sebanyak 17 000 000 kali ganda.





Cubatão – São Paulo, Brazil

Di kenali sebagai lembah kematian kerana tahap pencemaran yang amat tinggi dan menghapuskan seluruh tumbuh-tumbuhan dikawasan ini dan menyebabkan kelahiran tidak normal bagi bayi yang baru lahir disini.





Bassac Apartments, Cambodia

Basaac Apartments sepanjang 300 meter telah dibina disebabkan oleh inisiatif untuk mendirikan projek perumahan kos rendah sosial pada tahun 1960-anoleh pengarah perancangan bandar Lu Ban Hap.Walaubagaimanapun, projek perumahan yang dibiayai kerajaan telah menjadi tempat bagi 2500 pelarian sejak 1979 apabila penyewa mengosongkan rumah kerana berlakunya banyak kerosakan. Struktur yang dibuat daripada konkrit dan bata kini telah memberi laluan kepada jurang berbahaya di antara dinding konkrit yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan parasit. Bangunan ini boleh runtuh pada bila-bila masa sahaja dan menanam hidup-hidup 2500 orang penduduk.





Mogadishu, Somalia

Mogadishu, bekas sebuah pelabuhan yang maju telah menyaksikan perebutan 17 tahun antara kem tentera sejak kejatuhan kerajaan pada tahun 1991. Ia bertukar menjadi bandar yang paling huru-hara dan bandar anarki dalam dunia, yang dipenuhi dengan kekacauan dan pemberontakan sivil. Hanya baru-baru ini, kerajaan persekutuan yang baru telah mengambil tampuk kawalan dan cuba lagi untuk mewujudkan semula undang-undang dan ketenteraman.






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...