|
1. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan
buih di dalam sendi itu.
2. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah
orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune.
3. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan
menggangguk bermaksud tidak,
6. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita
yang mati.
7. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.
8. kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan
9. Jika semua salur darah
dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km
10. Jika usus kecil manusia dibelah
dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.
11. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali
dalam tempoh 24 jam.
12. Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.
13. Setiap
langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan
14. Matahari memiliki tenaga yang cukup utk
menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.
15. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah
cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.
16.
Purata setiap manusia manusia memiliki
100,000 helai rambut dan tumbuh
lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat
mengenal pasti 10,000
jenis bau yang berbeza-beza.
17. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.
18. Ikan
emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu
19. Setiap 1 cm persegi kulit manusia,
didapati mengandungi 7 meter pembulu darah
20.
Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan
dan kaki utk dimakan anak-anaknya
yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu
daripada memakan
sesama sendiri.
Apabila
seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi
satu perkataan. Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia. Orang yang menggunakan
tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal. Secara purata seseorang menghabiskan
masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya. Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air
sepanjang hidupnya. Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata
merbahaya. Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti,
dan Republik Dominica. Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak
300 milimeter. Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A. Manusia hanya
menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.
Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung. Kerosakan otak akan berlaku jika
suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius. Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia. Ngauman
singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer. Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya. Dianggarkan
80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga. Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000
telur setiap hari. Andai kesemua bungkah air batu- dianggarkan 23 juta kilometer padu - di dunia cair pada
satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7 peratus. Peningkatan yang sedikit ini bagaimanapun menaikkan paras air
sehingga 60 meter daripada yang sediada. Jika ini berlaku, sebahagian besar tanah daratan di dunia akan berubah menjadi
lautan. Jambatan gantung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun dikatakan paling panjang di dunia.
Berukuran 124 meter panjang dan 4 meter lebar, bahagian tengah bersambung untuk memudahkan ia diangkat apabila kapal
lalu di bawahnya. Kos pembinaan adalah lebih murah daripada membuat terowong bawah laut. Sungai Huang Ho digelar
sebagai Sungai Derita kerana kerap meragut ratusan juta nyawa apabila banjir setiap tahun. Tempat paling sejuk
di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di bawah
paras beku pernah dicatitkan. Tikus kasturi, mamalia paling kecil didunia makan empat kali lebih berat badannya
dalam masa 36 jam. Kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa mempelajari tentang kehidupan melalui media terutamanya
tv. Secara purata seorang kanak- kanak menghabiskan kira-kira 28 jam seminggu menonton tv, dua kali ganda lebih banyak
daripada masa mereka di sekolah. Bahan buangan (najis) daripada seekor ayam sepanjang hayatnya boleh membekalkan
tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji lampu mentol berkuasa 100 watt selama lima jam. Ayam juga akan
menghasilkan telur yang lebih besar jika hari sentiasa siang. Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan
bunyi yang dihasilkan. Kura- kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara betina menghasilkan bunyi yang berdesir.
Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari, anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk
memanaskan secawan kopi. Pada tahun 1848, Air Terjun Niagara berhenti mengalir apabila bongkah ais menghalang
Sungai Niagara daripada mengalir ke arah air terjun ini. Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya
kerana organ itu melekat pada lelangit. Batu karang yang terbesar pernah dikeluarkan daripada pesakit ialah
seberat 1.36 kg. Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus menjadikannya haiwan yang paling sensitif
deria baunya. Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi.
Ekornya bertindak sebagai topang semasa haiwan itu melompat. Kebanyakan produk yang berada di pasaran masa kini
mempunyai `bar code' bagi memudahkan proses pembayaran. Sebenarnya produk pertama yang mempunyai `bar code' adalah
`chewing gum' Wrigleys. Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut pusingan jam kecuali Venus
yang melawan jam. Jika usus kecil seseorang manusia dileraikan, panjangnya boleh menjangkau sehingga empat atau
lima kali ganda ketinggian orang itu. Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu
juta bagi setiap orang. Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang tetapi terjadi daripada
bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras. Anda perlu memanjat sebanyak 1,792 anak tangga untuk tiba ke puncak
Menara Eiffel. Seoul adalah ibu negeri Korea. Dalam bahasa ibundanya, Seoul bermakna `ibu negara'. Jika
ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama, ia akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya. Olympus
Mons yang terletak di planet Marikh merupakan gunung berapi paling besar dalam sistem solar. Menurut kajian, purata
setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap. Drama pertama
yang dipentaskan adalah karya seniman Mesir pada tahun 3200 Sebelum Masehi- lebih 5,000 tahun lalu. Skrip drama yang dijumpai
oleh seorang arkelogi di Luxor pada 1895 ditulis atas tumbuhan papyrus dan masih tersimpan hingga kini. Setengah
haiwan dapat meramal bencana, gempa bumi, banjir, ribut taufan, letusan gunung berapi dan sebagainya. Obor-obor misalnya
tahu kehadiran taufan 10 atau 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih
jauh ke dasar laut. Orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan gempa bumi. Ia memberi petanda
akan berlaku gempa bumi dengan melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian. Ada tiga jenis manusia
di muka bumi ini. Pertama - belajar daripada pengalaman sendiri; mereka ini dikatakan bijak dan berpengalaman. Kedua
- mereka belajar daripada pengalaman orang lain; mereka ini dikatakan cerdik dan dapat menikmati kegembiraan dalam
hidup. Ketiga - mereka yang tidak belajar daripada pengalaman sendiri mahupun orang lain; mereka inilah yang hanyut dengan
kebodohan sendiri. Semasa pemerintahan Kublai Khan, orang-orang Cina menggunakan singa untuk berburu. Mereka
melatih singa untuk mengejar dan menangkap haiwan liar termasuk seladang serta beruang. Singa tersebut akan terus
berada di samping binatang yang dibunuhnya itu sehingga pemburu sampai. Seni membuat peta telah wujud lebih awal
berbanding seni tulisan. Sebelum mengenali huruf, kebanyakan masyarakat termasuk Eskimo, Red Indian dan penduduk Kepulauan
Marshall melukis pelan kawasan yang sudah mereka kenali. Peta tertua yang diketahui sekarang ini disimpan di Muzium
Semitik, Harvard, Amerika Syarikat. Ia adalah kepingan tanah liat yang dibuat oleh masyarakat Babilonia bertarikh 2500
SM. Untuk kepentingan manusia, haiwan sentiasa dijadikan mangsa ujian dalam uji kaji sains dan perubatan. Kira-kira
30 ribu ekor monyet telah digunakan oleh pakar perubatan dan saintis sepanjang tiga tahun mereka menjalankan usaha
mengenalpasti dan menjelaskan pelbagai jenis penyakit polio. Dalam satu pertandingan kerja-kerja seni yang diadakan
di Barcelona Acadeny of Arts, para pelajar diberi diberi masa sebulan untuk menyiapkan hasil kerja masing-masing.
Pablo Picasso yang ketika itu berusia 15 tahun menyiapkan peperiksaan itu dalam masa sehari sahaja dan dia memenangi
tempat pertama, menewaskan peserta-peserta yang lebih dewasa daripadanya. Ia mengambil masa selama 5 bulan untuk
memberitahu Ratu Isabella mengenai pengembaraan Columbus dan 2 minggu bagi masyarakat Eropah untuk mengenai tentang
pembunuhan Presiden Amerika, Abraham Lincoln. Bagaimanapun, hanya 1.3 saat sahaja diperlukan untuk manusia menerima
kata-kata pertama dari angkasawan Neil Amstrong bahawa manusia boleh berjalan di atas permukaan bulan. Orang yang
pertama menjejakkan kaki di benua Antartika adalah pelayar Amerika bernama John Davis. Dia melakukannya pada 7 Februari
1821. Namun demikian, dia tidak mendapat sebarang pengiktarafan semasa hayatnya kerana kejayaannya itu cuma diketahui
umum pada 1955 apabila buku log kepalnya dijumpai dan diteliti. Dr James Barry, wanita menyamar sebagai lelaki
menjadi jeneral dalam tentera Ratu Victoria. Dr Barry menyertai pasukan perubatan tentera, berkhidmat selama 40 tahun
sebagai doktor bedah dan juga ketua penyelia kepada beberapa buah hospital. Dalam tempoh itu, dia dikenali sebagai
Dr James Barry, seorang lelaki. Jantina sebenar beliau hanya diketahui pada 1865 apabila dia meninggal dunia. Jerung
adalah binatang berbahaya, malah sebelum ia ia dilahirkan lagi. Saintis Stewart Springer telah digigit oleh satu embrio
jerung pasir semasa beliau sedang memeriksa ibu jerung tersebut yang sedang hamil. Seminit selepas anda membaca
ayat ini, 100 orang kan meninggal dunia dan 240 bayi akan lahir. Mengapa? Kerana pertambahan populasi dunia dianggarkan
sebanyak 140 orang seminit. Maharaja Keempat Moghul, Jahangir yang memerintah dari 1605 hingga 1627 mempunyai
300 orang isteri, 5,000 gundik, serta 1,000 anak muda untuk "menghiburkannya". Di luar istana Jahangir, dia memelihara
12,000 ekor gajah, 10,000 ekor sapi, 2,000 ekor unta, 3,000 ekor rusa, 4,000 ekor anjing, 100 ekor singa jinak, 500
ekor kerbau dan 10,000 ekor burung merpati. Benua Antartika meliputi kawasan seluas 14 juta km persegi. Jika India
dan Cina dicantumkan, keluasan ityu masih gagal menandingi kawasan benua beku itu. 90% kawasan itu pula dilitupi ais dengan
ketebalan kira-kira 2 km. Manakala keluasan litupan ais pula adalah 30 juta meter persegi. Jika semua ais di Antartika
cair, paras laut akan naik mendadak di antara 50 - 60 meter yang akan menenggelamkan sebahagian besar muka bumi. Jutawan
Microsoft, Bill Gates serta keluarganya berpindah ke kediaman baru mereka berhampiran Seattle, Amerika. Rumah yang menelan
kos US$50 juta itu dilengkapi pelbagai peralatan elektronik canggih. Antaranya penghuni boleh mengawal suhu yang dikehendaki
dalam rumah dengan menggunakan sejenis pin khas yang hanya dilekatkan di kocek baju. Senjata biologi menjadi
kegemaran di kalangan kuasa besar kerana kosnya yang amat murah. Misalnya mereka hanya perlu membelanjakan US$1 untuk
memusnahkan kawasan seluas satu kaki persegi berbanding US$600 menggunakan senjata kimia US$800 senjata nuklear atau US$2,000
dengan senjata konvensional. Senjata biologi telah digunakan sejak permulaan abad ini. Kali pertama digunakan
oleh bangsa Rom dengan memasukkan haiwan mati kedalam empangan untuk meracun sumber air musuh. Purata pisang mengandungi
90 kalori, kira-kira 90% keperluan kabohidrat yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia juga mempunyai vitamin B dan C
serta potasium (kalium) yang dapat menghasilkan tenaga. Paus beluga yang ditemui di Lautan Artik, Kanada boleh
bergerak sejauh 700 batu sehari. Haiwan ini hanya perlu menyedut oksijen setiap 20 minit. Sungai Amazon di
Amerika Selatan yang merupakan sungai terbesar di dunia, mengandungi dua pertiga daripada kandungan air sungai seluruh
dunia. Semut mempunyai otak yang paling besar dalam alam haiwan, jika dibandingkan dengan nisbah saiz badannya.
Cacing gergasi Australia- cacing terpanjang di dunia boleh membesar sehingga 2 meter panjang. Wira Greek,
Agamemnon yang merupakan pahlawan terbilang empayar tersebut menemui ajalnya bukan dimedan perang tetapi di tangan isterinya
sendiri selepas dia kembali dari perang Trojan. Anugerah Oscar mendapat namanya pada 1928 apabila Margaret Harrick,
Pengarah Eksekutif Academy of Motion Picture Arts and Science USA mendapati bahawa ukiran patung manusia itu mempunyai
rupa yang seiras dengan bapa saudaranya, Oscar. Semut berkomunikasi dengan menggosokkan sesungutnya. Bilangan
telefon di bandaraya Tokyo, Jepun adalah lebih banyak daripada bilangan telefon yang terdapat di seluruh Afrika. Pen
berdakwat diperkenalkan pada tahun 1884 oleh Lewis E.Waterman, seorang agen insurans. Apabila panglima Sepanyol
yang menawan Peru, Francisco Pizarro, menculik ketua suku kaum Inca yang bernama Atahualpa pada tahun 1532, beliau
meminta bayaran tebusan yang amat "menggerunkan"- sebuah dewan yang dipenuhi emas dan perak bernilai $170 juta! Unta
pertama kalinya dibawa ke hemisfera barat pada 1856 oleh David D.Porter, seorang anggota tentera laut US. Sahara,
padang pasir terbesar di dunia mempunyai keluasan 5,632,690 kilometer (3.5 juta batu) persegi.
Gajah Afrika hamil
selama 640 hari.
Raja Uganda, King Mutasa, dianggarkan mempunyai isteri seramai 7,000 orang.
Tayar numat
(berisi udara) diperkenalkan pada 1888 oleh John Boyd Dunlop- seorang pakar bedah veterinar berbangsa Scotland.
Mahasiswa
Universiti Colorado menamakan gril baru kafeteria di universiti tersebut sebagai `Gril Alfred Parker' sempena tindakan
Alfred Parker mempraktiskan kanibalisma dengan memakan daging salah seorang kawannya.
Zeuxis, pelukis terkemuka
Greek pada abad ke 5 Sebelum Masehi meningal dunia ketika sedang ketawa melihat hasil lukisannya.
Ketua Perpustakaan
Vatican, Rom (1819-1849), Giuseppe Caspar Mezzofanti mampu bertutur dalam 50 bahasa dan telah menterjemahkan hasil
karya yang ditulis dalam 114 bahasa.
Wanita-wanita dari keturunan Pigmy di Lembah Congo, Afrika amat takut jika
suami mereka terpikat dengan wanita-wanita lain. Bagi mengelakkan suami digoda oleh wanita lain, setiap isteri bertindak
mengawal suami mereka dengan mengukir nama mereka di dahi suami masing-masing. Lantaran itu, sudah pasti suami mereka
tidak lagi miang untuk mendekati wanita lain kerana nama isteri mereka sudah terpahat di dahi.
Ais krim adalah
makanan yang menjadi kegemaran kanak-kanak. Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui siapakah yang mula-mula menemui
cara-cara membuat ais krim. Sebenarnya orang yang mula-mula menemui cara membuat ais krim ialah seorang lelaki berbangsa
Perancis bernama Gerald Tissain dalam tahun 1620. Selepas penemuan tersebut, maka lahirlah pelbagai jenis perasa ais
krim yang cukup melazatkan sehingga ke hari ini.
KIBBER adalah sebuah perkampungan kecil di kawasan bukit yang
berpasir di Himachal Pradesh, India. Ia menjadi sebuah perkampungan tertinggi di dunia. Walaupun Kibber terletak di
paras ketinggian 4,205 meter, namun ia menjadi sebuah perkampungan selesa walaupun di musim sejuk kerana kawasan tersebut
mempunyai kemudahan asas yang lengkap bagi kegunaan penduduk di situ. Kibber sebuah perkampungan yang tidak boleh
dianggap mundur dan daif sebaliknya akan menakjubkan dan menggamit hati setiap pengunjungnya. Walaupun ia berada di
puncak gunung di sana tetap terdapat bekalan elektrik, jalan raya untuk kenderaan bermotor, sekolah dan pejabat pos serta
klinik.
Adalah dianggarkan sebanyak 240 juta dolar dibelanjakan setiap hari untuk perbelanjaan membeli rokok
di seluruh dunia. Pada masa sekarang industri rokok mencatatkan jualan tahunan di antara 85 - 100 billion dolar. Jumlah
tersebut adalah menyamai satu per empat peruntukan pembelian senjata dunia.
Taj Mahal merupakan salah satu binaan
yang terkenal di dunia yang dibina semata-mata bagi mengabadikan sebuah cinta yang suci seorang suami terhadap isterinya.
Taj Mahal yang terletak di Agra, Uttar Pradesh, India adalah sebuah monumen tinggalan Kerajaan Moghul. Bangunan cantik
tersebut diseliputi oleh batu marmar putih berkilauan. Di dalam bangunan tersebutlah bersemadinya permaisuri Maharaja
Shah Jehan, Mumtaz Mahal. Shah Jehan amat menyintai isterinya lantas memerintahkan agar Taj Mahal dibina sebagai tanda
cinta setianya kepada Mumtaz. Pembinaan Taj Mahal yang mengambil masa sehingga dua puluh tahun itu berjaya disiapkan
pada 1653. Pembinaannya juga telah melibatkan ribuan tenaga buruh.
Pemimpin negara China yang terkenal dan diagung-agungkan
oleh rakyatnya, Deng Xioping sebenarmnya mempunyai rahsia tersendiri bagaimana beliau berjaya mengekalkan kesihatan
sehingga umurnya menjangkau lebih dari 90 tahun. Xioping menyatakan rahsia tersebut adalah amalannya mandi air sejuk
dan bermain terup.
Seorang sherpa dari Nepal, Ang Rita telah berjaya mendaki hingga ke puncak gunung tertinggi,
Everest untuk kali yang kesepuluh pada 23 Mei 1996. Apa yang menakjubkan ialah kesemua ekspidisi menawan puncak Gunung
Everest yang dilakukan oleh Ang semenjak kejayaan pertamanya mendaki gunung tersebut pada 7 Mei 1983 tidak pernah menggunakan
bekalan oksijen. Sementara itu, David Breashears dari Massachusetts, USA pula berjaya menjadi pendaki pertama yang sampai
ke puncak Gunung Everest pada ketinggian 29,028 kaki dengan membawa peralatan untuk penggambaran yang paling berat.
Terowong semulajadi yang terletak di Kaveri di daerah Deewas, Madhya Pradesh, India merupakan terowong yang paling
dalam di dunia. Kedalamannya melebihi 1,000 kaki dan lebarnya ialah 100 meter. Lubang besar semulajadi tersebut dianggap
sebagai fenomena geologi yang luarbiasa.
Beberapa ahli sains di England yang diketuai oleh seorang embriologis
di Institut Roslin, Edinburgh, Dr Ian Wilmut telah berjaya menghasilkan klon binatang dewasa yang pertama. Binatang yang
berjaya diklon itu ialah seekor bebiri yang dinamakan DOLLY. Kambing tersebut adalah hasil cantuman tetek ibunya. Ini
menyebabkan hasil kambing klon itu seiras dengan ibu kambing tersebut.
Kea adalah sejenis burung yang hanya boleh
ditemui di New Zealand. Ia mempunyai kegemaran yang cukup aneh iaitu gemar memakan lapisan getah yang terdapat pada
sekeliling tingkap kereta.
Tiga majalah mingguan terkemuka di dunia- Times, Newsweek, Sports Illustrated pernah
menampilkan enam pesonaliti yang sama pada muka depannya secara serentak. Mereka ialah Joe Namath, Reggie Jackson, Mary
Lou Retton dan OJ Simpson, Anggota Sekretariat Amerika dan pasukan hoki air Amerika Syarikat 1980 yang paling terkenal
itu.
Seorang wazir agung Parsi, Abdul Kassem Ismael telah memiliki perpustakaan bergerak pada abad ke-10. Buku-bukunya
yang berjumlah 117,000 buah terpaksa dibawa oleh 400 ekor unta yang terpaksa bertatih menyeberangi padang pasir ke
mana sahaja di pergi.
Darah akan memancut apabila kulit seseorang luka, samada ditikam atau ditembak. Keadaan
ini berlaku kerana jantung menghasilkan tekanan yang cukup kuat kerana ia berupaya mengepam darah pada kadar 10 meter.
Kamera paling awal dicipta memerlukan seseorang beraksi selama lapan jam di depan kamera itu sebelum gambar dapat
dirakamkan.
Jika anda lemparkan sekeping syiling sebanyak 10,000 kali ke udara, anda akan mendapati gambar bahagian
`kepala' sebanyak 4,950 kali berbanding ekor. Keadaan ini berlaku kerana setiap syiling lebih berat di bahagian `kepala'.
Masyarakat Mesir purba akan mencukur bulu kening mereka sebagai tanda berkabung setiap kali kucing kesayangan
mereka ditemui mati.
Semua planet dalam sistem solar dinamakan mengikut mitos Yunani dan Rom kecuali Uranus, yang
didasarkan daripada salah satu watak dalam drama Shakespeare.
Sebanyak dua jenis ular mendiami Pulau Hawaii, ular
laut yang jarang ditemui dan ular buta yang hidup seperti cacing tanah dalam lubang di bumi.
Kita akan menjerit
serta-merta apabila terkena benda panas atau luka kerana saraf yang membawa maklumat rasa sakit kepada otak bergerak
pada kadar kelajuan 120 meter sesaat.
Bendera Union Flag hanya dikenali di Britain sahaja. Tetapi nama itu berubah
menjadi Union Jack di kalangan negara Komanwel selepas ia dibawa keluar dari negara itu.
Kesebelasan pemain bolasepak
Bulgaria yang menyertai pertandingan akhir Piala Dunia 1994 di USA berakhir dengan huruf `ov'.
Usus manusia menghasilkan
satu lapisan lendir (mukus) pada setiap dua minggu. Jika tiada lapisan baru terbentuk, kerana penyakit atau sebagainya,
pelbagai asid yang dihasilkan oleh perut akan melukakan lapisan usus.
Chimpanzee kelihatan mempunyai lebih banyak
rambut daripada manusia. Sebenarnya binatang itu mempunyai bilangan rambut yang sama cuma lebih lebat.
Seorang
dewasa yang kuat bekerja akan berpeluh sehingga empat gelen sehari. Tapi kebanyakan peluhnya akan tersejat sebelum sempat
mereka menyedarinya. Bagaimanapun kuantiti peluh yang terhasil bukan hanya bergantung kepada suhu dan kerja yang dibuat
tetapi juga kelembapan cuaca ketika itu. Apabila kelembapan tinggi seperti di negara ini, peluh yang keluar lebih
banyak berbanding dengan kawasan yang berkelembapan rendah. Pengeluaran peluh amat penting bagi menyejukkan badan.
Tetapi anjing yang tiada kelenjar peluh masih boleh menyejukkan badannya. Haiwan ini akan mencungap-cungap (menjelirkan
lidahnya) untuk mengeluarkan haba.
Lelaki enam kali lebih mudah dipanah petir daripada wanita.
Dianggarkan
berjuta-juta pokok di dunia ditanam secara tidak sengaja oleh tupai yang menyembunyikan biji benih kacang dan kemudian
terlupa tempat mereka menanamnya.
Sebanyak 50,000 perkataan digunakan oleh Ernest Vincent Wright untuk menghasilkan
novel GADSBY. Tetapi tiada satu pun perkataan dalam novel itu yang mempunyai huruf 'E'.
Huruf yang paling kerap
digunakan dalam bahasa Inggeris adalah E manakala Q adalah huruf yang kurang digunakan.
Pencungkil gigi adalah
objek yang biasanya menjadi punca rakyat Amerika Syarikat mati tercekik.
Setiap 45 saat, sebuah rumah dijilat
api di U S A.
Laut Merah di Asia Barat mendapat namanya daripada warna alga merah di permukaannya.
Stesen
kuasa atom pertama di dunia telah dibina di Obinsk berhampiran Moscow dan memulakan operasinya dalam tahun 1954.
Sudan
di Afrika dikelilingi lapan negara iaitu Mesir, Libya, Chad, Republik Afrika Tengah, Zaire, Uganda, Kenya dan Ethopia.
Matahari adalah 330,330 kali lebih besar daripada bumi.
Terdapat lebih 50,000 gempa bumi di seluruh dunia
setiap tahun.
Corak di hidung anjing digunakan sebagai pengenalan seperti cap jari pada manusia.
Lembu
adalah haiwan yang buta warna; oleh itu ia akan mengejar apa saja yang dikibarkan di depan matanya oleh matador samada
kain merah atau kuning.
Epal lebih berkesan daripada kafein untuk membuatkan seseorang itu mudah bangun pagi.
Menghidu (bukan makan) pisang atau epal hijau boleh membantu mengurangkan berat badan.
Purata berat seketul
bongkah ais (iceberg) adalah 20,000 tan.
Air Terjun Angel di Venezuela (Amerika Selatan) yang tingginya 988.31
meter adalah air terjun tertinggi di dunia dan lapan belas kali lebih tinggi daripada Air Terjun Niagara.
Separuh
daripada tulang dalam badan manusia terdapat di pergelangan tangan, buku lali, tangan dan kaki.
Litar motosikal
di Piccola Madonie di Sicily, Italy mempunyai 9,350 selekoh bagi pelumbanya.
Otak manusia mempunyai 1,000 juta
sel. Setiapnya bersambung kepada sekurang- kurangnya 10 sel berlainan untuk berbagai-bagai fungsi.
Semasa tidur,
satu perempat daripada tenaga badan pergi ke otak kerana keaktifan 10,000,000,000 sel saraf perlu dipelihara.
Berat
otak manusia hanya dua peratus daripada berat badan tetapi ia menggunakan 25 peratus oksijen yang disedut semasa berehar
atau tidur.
Setiap hari jantung manusia mengepam darah seperti melakukan kerja mengangkat satu tan barang
ke tingkat lima.
Kilat boleh mencampurkan nitrogen dan oksijen dan menghasilkan 100 juta tan makanan tumbuhan
(baja) setahun.
Orang pertama menggunakan sapu tangan adalah King Richard II dari England (1367 - 1400). Beliau
membawa sekeping kain kecil yang digunting untuk menyapu dan membersihkan hidungnya.
Gurun Sahara di utara Afrika
mendapat namanya daripada 'Sahra' yang bermaksud liar atau terbiar.
Manusia akan hidup lima setengah minit lebih
lama bagi setiap batang rokok yang tidak dihisap.
Sebuah ladang di Byelorussia (Soviet Union) menawarkan bonus
sebulan gaji bagi pekerja yang tidak merokok.
Pada 1905 seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Forestier telah
memanjat 729 anak tangga Menara Eiffel di Perancis dalam masa 3 minit 12 saat untuk sampai ke puncak.
Semasa kempen
Napoleon di Italy pada 1796-97, pakar perubatannya telah menyediakan ambulans pertama bagi yang sakit dan cedera.
Sebanyak
64 otot digunakan untuk memasamkan muka tetapi hanya 18 otot digunakan untuk senyum. Jangan membazirkan tugas otot muka
anda. /font
Air liur manusia dikatakan sangat mujarab untuk mengubati luka di kulit atau terbakar.
Wanita
pertama yang mendapat hak mengundi adalah dari New Zealand.
Kulit yang menyaluti seluruh badan manusia dianggarkan
berukuran 18.5 meter persegi.
Ulat sutera boleh memintal benang sutera sehingga 86,000 kali berat badannya
dalam masa 56 hari.
Badan akan kehilangan haba sehingga 23 kali lebih lama dalam air berbanding udara dalam suhu
yang sama.
Kucing tidak boleh merasa rasa manis.
Pepatung hanya boleh hidup selama 24 jam sahaja.
|
|
|
No comments:
Post a Comment