KULIM – Seorang pelajar tingkatan lima ditemui mati dalam keadaan tergantung di tapak medan selera yang tidak lagi diusahakan, kira-kira jam 7.30 pagi, kelmarin.
Mayat pelajar berkenaan ditemui penduduk Taman
Selasih yang kemudiannya menghubungi polis. Ketua Balai Polis Kulim,
Asisten Superintendan Mohd Azlan Abd Kadir berkata, ketika ditemui
mangsa memakai baju T dan seluar seragam sekolah.
Dari siasatan awal dijalankan mendapati, sebelum ini mangsa bersekolah di Lunas bagaimanapun terpaksa berpindah ke Kulim.
“Mangsa
berusia 17 tahun dan masih bersekolah di tingkatan lima. Mayat mangsa
ditemui oleh orang awam dalam keadaan tergantung di mana lehernya
terjerut dengan tali nilon.
“Ketika pemeriksaan
dijalankan terhadap mayat mangsa, polis turut menemui sekeping nota yang
ditulis mangsa di atas singki berdekatan dengannya, ” katanya.
Menurutnya,
dalam nota itu bertulis, ‘tiga nama ini harus berada di hari
pengebumian saya’ mayat mangsa kemudiannya di bawa ke bilik Forensik
Hospital Kulim untuk bedah siasat.
Hasil maklumat waris mangsa, mangsa merupakan seorang pelajar pintar dan disenangi keluarga.
Mohd
Azlan berkata, keputusan bedah siasat menunjukkan mangsa mati
tergantung dan polis tidak menemui sebarang perlakuan jenayah terhadap
mangsa dan mengklasifikasikan kematian mangsa sebagai mati mengejut. (Sinar Harian)
MyNewsHub
2 comments:
Adooii.. kesiannya.. urm entahlah susah nak cakap.. mudah2han kita dijauhkan dari perkara begini pada kita dan ahli keluarga...
Wah cantiklah blog kak pelangi sekarang.. tahniah kak..
ha2...entah apa2lah blog akak ni..tangkap muat je..apapun terimakasih...nak tanya Nasir..awatlah waktu jam blog akak salah ni x sama dgn yg sewaktu dengannya..nak adjust kat mana ek?
Post a Comment