Sunday, July 21, 2013

sekadar info Skim Insuran Takaful Kasih 1 CUAPECS

Penerangan Ringkas Takaful Kasih 1 CUEPACS

     Takaful Kasih 1 Cuepacs adalah skim pertama hasil inisiatif Konsortium Pengendali Takaful CUEPACS ini.    Konsortium ini terdiri daripada Takaful Etiqa berhad, Takaful Ikhlas, Takaful Malaysia Berhad, Hong Leong MSIG Berhad dan MAA Takaful Berhad.  Buat masa ini Skim Takaful Kasih 1 CUEPACS diuruskan oleh pihak Hong Leong MSIG (HLM Takaful Berhad).  Konsortium ini telah dilancarkan secara rasmi oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada 21 Disember 2010 bersempena Konvensyen Tri Tahunan CUEPACS.

Skim ini adalah direka khas sebagai satu keistimewaan para penjawat awam oleh pihak CUEPACS.  
Hanya anggota penjawat awam sahaja boleh menyertai skim ini.  Sambutan sangat hebat.  Ramai yang memuji dan menyambut usaha murni pihak CUEPACS menyediakan produk terbaik melalui syarikat Takaful dengan kadar yang sangat baik ini.

Anda rugi jika tidak mengambil kesempatan ini. Terrdapat sehingga 21 jenis manfaat dengan hanya mencarum minima RM12/bulan.  Saya percaya usaha pihak CUEPACS ini akan disambut oleh seluruh penjawat awam demi kebajikan diri dan keluarga.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...