Bila hadir cinta yang satu Jangan ditanya siapa dia Tanyalah siapa kita Dan pulang kemana akhirnya...
Friday, October 4, 2013
Rahsia tulisan...
Tiap manusia ini mempunyai corak tulisan yang berbeza-beza. Walaupun ada yang cuba
untuk meniru tulisan orang lain, tapi jika diperhatikan sebaik mungkin pasti ada
perbezaannya. Dipercayai, melalui tulisan juga kita boleh belajar mengenali diri seseorang.
Wah! Ini sudah bagus kan? Tapi ada syaratnya. Alah, bukannya susah. Tapi tulisan yang
hendak di’baca’ itu mestilah ditulis dalam keadaan tenang. Seandainya ia ditulis dalam
mood yang tak tenteram dan tergesa-gesa, mungkin tulisan itu lebih kotor dan hodoh.. Itu
tak boleh dikira kerana bentuk tulisan yang tergambar itu bersifat sementara saja.
Tulisan berubah-ubah
Ada orang yang bentuk tulisannya tidak pernah berubah-ubah sejak dari dulu lagi. Ha..itu
menandakan bahawa dia juga seorang yang sukar untuk berubah. Maknanya dia lebih suka
mengekalkan personaliti dirinya yang sedia ada sejak dulu. Sebaliknya jika tulisannya sering
berubah-ubah, bermakna dia sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan
personaliti dirinya malah dia juga bersikap individual. Dari segi membuat sebarang
keputusan, orang yang tulisannya tidak berubah sejak dulu lagi lebih tetap pendirian dan
lebih tegas. Manakala mereka yang sering berubah corak tulisan mereka dikatakan lebih
mudah untuk berubah fikiran. Bukan bermaksud mereka ini tidak berpendirian langsung
tapi keputusan mereka itu masih boleh dipengaruhi oleh orang lain.
Kecondongan tulisan
Tegak – Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin,
bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan.
Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat.
Condong ke kanan
Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan cinta. Namun
dia ini juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa
juga yang dilakukannya. Dalam erti kata lain, mereka ini kurang yakin dengan tindakan
yang diambil dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri
mereka sendiri. Mereka juga mudah ditimpa perasaan cepat bosan jadi sebab itu cukup
pantang kalau mereka kena tunggu lama!
Condong ke kiri -
Dia ini seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi luaran nampak dia ini seolah-olah
tak kisah sangat. Selain itu, dia juga seorang yang amat berhati-hati dalam apa juga yang
dilakukannya kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari nanti.
Walau bagaimanapun jangan tak tahu, mereka ini seorang yang cukup setia kepada orang
yang dicintainya! Cayalah!
Saiz tulisan
Besar
Ini menandakan dia seorang yang kurang matang namun dia inginkan orang lain mengikut
caranya. Sebab itu mungkin akan timbulnya perselisihan dengan orang sekeliling. Bahkan
dia juga amat gembira jika ada orang yang memandang tinggi terhadap keupayaan dirinya.
Kecil
Bentuk tulisan kecil ini menandakan dia seorang yang berfikiran jauh dan bersikap
akademik. Selain itu dia juga sebenarnya seorang yang sensitif dan mudah tersentuh
jiwanya.
Semakin lama semakin besar
Jika dilihat, mulanya saiz tulisannya taklah besar sangat tapi semakin banyak dia menulis,
saiznya bertambah besar. Ini menandakan dia seorang yang berfikiran terbuka tetapi agak
kurang berhati hati dalam tindakannya.
Semakin kecil
Ha.. ini pula membawa maksud bahawa dia seorang yang cukup berhati hati tetapi suka
menyimpan rahsia. Tapi awas, dia mungkin sanggup berbohong untuk menutup kesalahan
dirinya. Kata orang, bohong sunat!
Bentuk tulisan
Lebar
Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan diri dalam pelbagai
persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia juga gemar mengembara sambil bercuti. Tapi
nampaknya dia ini kurang bijak dalam menjaga hati teman-teman.
Tulisan kurus
Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya digemarinya saja.
Tulisan bersegi empat
Otak matematik rupanya dia ni.
Tulisan bulat
Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan penyayang.
Bersambung
Pemikirannya berdasarkan logik.
Bercerai cerai
Segala tindakannya lebih cenderung mengikut gerak hatinya saja!
Jarak tulisan
Tulisan jauh
Sekiranya dia mempunyai jarak antara tulisan agak jauh, bermakna dia sukar didekati dan
tak suka orang lain terlalu rapat dengan dirinya. Bukan apa, jika dia mungkin akan bersikap
mengongkong atau bergantung pada orang-orang yang rapat dengan dirinya itu.
Tulisan rapat
Memang mudah untuk berdampingan dengan dia ini kerana dia juga berfikiran terbuka.
Ruangan di tepi
Perhatikan ruang yang ditinggalkan pada muka surat itu. Sekiranya :
Ruang kiri kanannya sama, jarak ruang di kiri dan kanan muka surat itu adalah sama
besarnya -Itu bermakna dia seorang yang berfikiran optimistik.
Ruang muka surat sebelah kiri kecil – Itu menandakan dia seorang yang amat sensitif
sebenarnya!
Ruang muka surat kanan kecil – Sememangnya dia seorang yang rajin namun sukar
membuat pertimbangan yang sewajarnya.
Penuh satu muka surat – Ternyata dia seorang yang amat tegas dan mempunyai banyak ide
bernas yang boleh dikongsi bersamanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment