Kamar-Kamar Di Syurga
Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi
dalam kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya
yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang
tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak
pernah dirasakan manusia di dunia.
"Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah S.A.W?" tanya para sahabat.
"Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka
yang memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang
membiasakan puasa serta solat di waktu malam saat manusia lelap dalam
mimpinya."
"Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam,
dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan salam. Mereka yang memberi
makan kepada ahli dan keluarganya sampai berkecukupan, dengan begitu
bererti termasuk orang-orang yang membiasakan selalu berpuasa. Mereka
yang solat Isya' dan Subuh secara berjemaah, dengan begitu bererti
termasuk orang yang solat malam di saat orang-orang sedang tidur lelap."
Begitu Nabi menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya.
Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan facebook anda.Sharing is Caring
Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi dalam kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia.
"Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah S.A.W?" tanya para sahabat.
"Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan puasa serta solat di waktu malam saat manusia lelap dalam mimpinya."
"Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam, dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan salam. Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya sampai berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk orang-orang yang membiasakan selalu berpuasa. Mereka yang solat Isya' dan Subuh secara berjemaah, dengan begitu bererti termasuk orang yang solat malam di saat orang-orang sedang tidur lelap." Begitu Nabi menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya.
Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan facebook anda.Sharing is Caring
No comments:
Post a Comment