Sunday, October 2, 2011





1.Makan selalu – Eh, sabar, sabar. I bukan suruh melantak, I suruh makan. Maksudnya, dengan kadar selalu. Maksudnya lagi, korang kena makan lima enam suap nasi saja dalam setiap empat jam camtu. Lepas tu makan lagi, heh memanglah tak puas tapi kalau nak ramping? Ke korang suka nak buncit ni?

2.Jangan abaikan sarapan – Masa tidur adalah panjang, biasanya adalah lapan jam. Lapan jam ye perut korang tu kosong tak isi apa-apa, kalau mimpi makan chicken chop pun bukannya kenyang. So bila bangun pagi, gosok gigi dan sabun di bilik mandi, go breakfast. Breakfast tu jangan pula makan nasi lauk kari kepala ayam tambah ikan masak asam pedas dengan sambal sotong. Oh no no no, sarapan lah dengan kadar kuantiti yang beragak.

3.Pilih menu makanan dengan hati-hati – I bukan suruh makan hati, I suruh hati-hati. Makan makanan yang ada serat (kerana serat baik untuk melancarkan proses pembakaran dalam tubuh). Maksudnya serat tersebut akan membakar lemak, bukannya bakar bahan berapi, jangan risau takkan meletup punya. Makanan serat tu apa? Contohnya macam tu lah. Tu lah apa? Ha, tu lah macam beras merah, gandum dan telur.





4.Senaman – Ini macam boring. Kena berjogging lah hapa. Tsk, tapi inilah point paling penting sebenarnya. Tapi rajin tak korang nak pergi Taman Tasik Perdana lepas tu nak jogging? Okay kalau rajin baguslah, selain tu boleh dating-dating kan. Eh jangan tak tahu jalan kaki pun kira senaman jugak heh.

5.Tidur secukupnya – Kalau korang tidur kurang daripada tujuh atau lapan jam setiap malam, korang akan mengalami kesulitan untuk bersemangat dan bertenaga pada keesokkan pagi. Macam I sekarang T_______T Sejak kesihatan sangat tidak baik, I kurang tidur, susah tidur dan tak selesa untuk tidur. Tapi korang tak boleh macam itu. Nak ramping tak? Hahahahahaha, tidur cepat ye.

6.Pilih jalan yang panjang – Elakkan jalan pintas. Pfft, I tak tahulah korang nak ikut ke tak point ni sebabnya macam kalau I, akan fikir “Ahh, tak kuasalah nak penat-penat”. Ha gitu. Dah ada jalan pintas tetiba nak pilih jalan jauh, ish. Tapi I tanya lagi ni, korang nak ramping tak?

7.Elakkan tekanan – Alololo hidup ni jangan stress sangat, semua orang ada masalah. Cuba cakap dengan I sekarang hidup siapa takda masalah? Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi. Okay kejap I nak cakap ni, janganlah stress sangat karang kalau asyik beban kepala otak, diri sendiri yang terseksa. Lepas tu apa kerja korang nak elak stress? Makan, makan, makan. Cuba tengok perut sikit?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...