"Nikah gantung jom?Saya nak kahwin dengan awak"
Wanita solehah,tidak akan sesekali berani menawarkan dirinya untuk di kahwini dengan berkata sedemikian rupa kepada lelaki malah dia juga tidak akan sesekali mengajak seorang lelaki berkahwin dengan cara sedemikian kerana dia sentiasa yakin bahawa jodohnya telah ditetap sejak azali lagi.Selain itu seorang wanita solehah juga,lazimnya memiliki sifat malu kerana dia sedar bahawa malu itu sebahagian daripada iman.
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Sifat malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali kebaikan".
(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)
Namun, ramai diantara wanita-wanita zaman sekarang yang telah lenyap sifat malu didalam diri mereka.Oleh sebab itu mereka tidak berasa malu untuk berpakaian dengan pakaian yang menjolok mata dikhalayak ramai,merokok di tempat-tempat awam seperti di taman permainan dan kafe-kafe,bergurau senda dengan lelaki yang bukan mahram tanpa batasan dan banyak lagi.Oleh kerana tiada sifat malu ini lah perkara-perkara buruk dan negatif seperti ini berleluasa,maka telah menjadi tugas dan kewajipan seorang wanita muslim itu untuk membataskan diri mereka dengan menanamkan sifat malu yang tebal dalam diri mereka.(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)
Daripada Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Iman itu lebih daripada tujuh puluh atau enam puluh cabang,maka yang paling afdalnya ucapan 'Laailahaillallah' dan yang paling rendahnya membuang perkara yang menyakiti dari jalan dan malu sebahagian daripada iman".
Wahai wanita yang solehah,renungilah kata-kata pujangga ini:
"Orang yang dituntun oleh agamanya,yang diluruskan oleh akalnya,yang dijaga oleh hartanya dan yang dihiasi oleh rasa malunya maka dia telah menghimpunkan semua nilai keutamaan dalam dirinya".
"I love you...I love you so much...ILYSM...MY (I love you so much....miss you)
Macam-macam ungkapan yang diungkapkan untuk menerbitkan isi hati atau menyatakan cinta dan kasih kepada seseorang.
Macam-macam ungkapan yang diungkapkan untuk menerbitkan isi hati atau menyatakan cinta dan kasih kepada seseorang.
Patutkah seorang wanita yang berpendidikan agama,menutup aurat sepenuhnya dari hujung rambut hingga hujung kaki berkata begitu pada seorang lelaki yang bukan sesiapa pun pada dirinya,jauh sekali suaminya.Dimana letaknya maruah diri sebagai seorang wanita muslimah?
Jika dia benar-benar seorang wanita muslimah,dia tidak akan sesekali berani berkata begitu,kerana dia sentiasa takut akan kemurkaan Allah Swt.Dia juga akan sentiasa berfikir akan kesan-kesan yang mungkin timbul apabila dia menuturkan kata-kata sedemikian rupa terhadap seorang lelaki yang belum sah menjadi suami.Selain itu wanita solehah juga akan sedar bahawa bukan semudah itu caranya untuk menyatakan cinta kerana wanita solehah sentiasa mengharapkan syurga Allah untuk dirinya.
"Nikah gantung save dan safe...save duit,duduk asing tak apa,i tak kisah.safe hati,boleh jauhkan diri dari maksiat".
Bayangkan sekiranya seorang wanita yang berpendidikan agama,menutup aurat dari hujung rambut ke hujung kaki mempelawa seorang lelaki berkahwin dengannya dan menyatakan ayat seperti diatas.Alangkah malunya apabila seorang wanita itu berkata seperti ini demi untuk mengajak seorang lelaki yang amat dicintainya mengahwininya sedangkan seorang wanita solehah perlu menyulamkan dirinya dengan perasaan malu dan berederhana ketika bertutur.Seorang wanita dibenarkan mengajak seorang lelaki bernikah namun perlulah dilakukan dengan cara yang betul dan tidak memalukan diri sendiri.
Renungilah Firman ALLAH dalam surah An-Nuur ayat:21 yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui".
ALLAH berfirman lagi dalam surah An-Nuur ayat:26 yang bermaksud:
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia".
Bagi para lelaki diluar sana,sudah tentu anda menginginkan seorang isteri yang solehah dan baik budi pekertinya.Lantaran itu,sebagai seorang lelaki anda juga harus berusaha untuk menjadi hamba Allah yang soleh sebelum anda bercita-cita untuk menemui wanita solehah yang anda iimpikan.Antara ciri-ciri solehah seorang wanita yang diimpikan para lelaki ialah wanita itu mesti menjaga solat,taat kepada ibu bapa,berakhlak mulia,menuutup aurat,pandai mengaji al-qur'an,rajin melaksanakan puasa sunat dan lain-lain.
Sememangnya,mencari wanita yang solehah adalah sukar kerana sudah tidak ramai lagi wanita yang memiliki sifat-sifat mulia sebegitu dek kerana hanyut dengan 'trend' zaman sekarang.Tidak kurang juga bagi seorang wanita solehah,semakin sukar untuk menemui lelaki yang soleh kerana realitinya kini tidak ramai lelaki yang mempunyai sifat-sifat soleh seperti sahabat-sahabat Nabi suatu ketika dahulu.Malah,yang menjadikan pencarian soleh dan solehah ini lebih sukar apabila seseorang itu perlu bijak 'menilai' batiniah seseorang kerana sifat solehah dan soleh itu tentulah berada di dalam hati individu itu sendiri dan tidak boleh dinilai dari sifat luaran seseorang semata-mata.Jika kita hanya menilai seseorang melalui caranya menutup aurat,belum tentu orang yang kita nilai itu baik dari segi akhlaknya. Ada pepatah melayu menyatakan,'Kulit baik,belum tentu isinya baik' manakala pepatah inggeris pula menyatakan 'Dont judge book by it's cover'
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Kepadaku diberikan tiga idaman oleh ALLAH di dunia:isteri solehah,berwangi-wangian dan sejuk mata (jiwa) ku di dalam sembahyang".
(Hadis Riwayat Ahmad dan An Nasai)
(Hadis Riwayat Ahmad dan An Nasai)
Oleh kerana itu wahai para wanita diluar sana,binalah benteng keimanan dalam diri kalian,jadikanlah sifat malu itu sebagai perisai diri kalian,hiasilah diri dengan akhlak yang menawan dan keperibadian yang anggun..moga-moga diri anda akan tergolong dalam kalangan wanita solehah yang sejati yang menjadi idaman setiap lelaki yang soleh...insyaAllah.
ALLAH berfirman dalam surah Al-Ahzaab ayat:35 yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar".
RENUNG-RENUNGKANLAH WAHAI WANITA.
No comments:
Post a Comment