Sepertimana yang diketahui ramai, laman Facebook kini sedang mendapat penambahbaikan dari pihak mereka. Bagi yang tidak tahu, berikut merupakan senarai pembaharuan yang dilakukan oleh Facebook pada laman mereka:

  • Anda boleh menulis sehingga 5000 aksara pada post anda. Sebelum ini, anda hanya dibenarkan menggunakan 500 aksara.
  • Anda tidak lagi boleh menghantar mesej bersama friend request anda.
  • Navigation bar akan kekal pada bahagian atas skrin anda ketika anda skroll ke bawah.
  • Peringatan harijadi berada pada posisi atas bahagian kanan berdekatan dengan notifikasi poke. Apabila diklik, anda boleh menulis pada wall individu tersebut secara terus.
  • Butang poke apabila ditekan akan menyenaraikan siapa yang telah poke anda.
  • Butang Profile digantikan dengan thumbnail dan nama anda.
  • News Feed kini memaparkan Top Story diatas dan Recent Story dibawahnya.
  • Anda boleh menanda mana-mana post rakan anda sebagai Top Story dan sebaliknya.
  • Fungsi Ticker memaparkan kemaskini aktiviti terbaru rakan anda.
  • Anda boleh memilih untuk subscribe atau unsubscribe kepada pada post rakan anda.


Perubahan yang dibawakan oleh Facebook ini seperti yang lalu, mendapat beberapa pelbagai reaksi dimana beberapa pengguna menyukainya, dan beberapa pengguna yang tidak. Beberapa pengguna yang tidak menggemari fungsi Ticker boleh mendapatkan extension chrome yang membuang fungsi tersebut.