credit: Sinar Harian
21 Jun 2012JOHOR BAHRU – Seorang guru sekolah rendah terkejut selepas mendapati anaknya yang berusia lima tahun tidak bernyawa selepas kanak-kanak itu ditinggalkan di dalam kereta selama beberapa jam.
Menurut sumber polis, guru yang mengajar di salah sebuah sekolah di sini keluar dari rumah di Taman Perling, kira-kira jam 7 pagi dan sepatutnya menghantar anaknya ke salah sebuah tadika berhampiran tempat dia bekerja.
Bagaimanapun, dia mengambil keputusan untuk ke sekolah terlebih dahulu kerana bimbang terlewat untuk mengimbas kad perakam waktu.
“Selepas itu dia terlupa yang anaknya ditinggalkan di dalam kereta seorang diri dan hanya menyedarinya kira-kira lima jam kemudian.
“Wanita itu bergegas ke keretanya kira-kira jam 1.30 petang dan mendapati kanakkanak terbabit terbaring tidak sedarkan diri di dalam kenderaan itu,” katanya.
Menurutnya, apabila dibawa ke Hospital Sultanah Aminah, doktor mengesahkan anaknya itu telah meninggal dunia.
Usaha wartawan Sinar Harian untuk menemui keluarga mangsa tidak berhasil apabila mereka enggan ditemu bual.
Sumber polis turut mengesahkan kejadian berkenaan dan mengklasifikasikannya sebagai kes mati mengejut.
No comments:
Post a Comment