Nama
lengkap bagi menara jam ini adalah Menara Jam Diraja Mekah atau nama
popularnya Menara Abraj Al-Bait. Menara jam ini dibina oleh syarikat
pembinaan tersohor Arab Saudi iaitu, Saudi Binladin Group membabitkan
250 tenaga kerja mahir umat Islam.
Kalau korang nak tau ianya terletak bertentangan dengan Masjidil al Haram di atas tapak Kubu Pertahanan Ajyad di zaman Khalifah Uthmaniyah yang telah diruntuhkan.
Berikut merupakan fakta menarik mengenai Menara Jam Mekah:
1- Menara Jam Diraja Mekah itu merupakan menara jam yang tertinggi
dunia. Ia mengalahkan bangunan menara-menara jam terkenal lain dari
seluruh dunia. Seperti Menara Jam Palace of Culture and Science di
Warsaw Poland, Menara Jam The Big Ben di London, Menara Jam Rajabai di
Mumbai India dan Menara Jam Ann-Bradley di Milwaukee Amerika Syarikat.
2- Menara Jam Diraja Mekah merupakan menara tengah yang dibina dalam
Kompleks Abraj Al Bait yang mudah dilihat tanpa mengira sudut iaitu
sehingga sejauh 17 kilometer pada waktu malam dan 11 hingga 12 kilometer
pada waktu siang dengan kalimah Allah terpampang jelas pada
keempat-empat permukaannya.
3- Setiap kali masuknya waktu-waktu
solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak, akan terpancar dari jam
tersebut satu cahaya lampu yang boleh dilihat sehingga sejauh 28
kilometer (dengan tidak melupakan peranan bilal masjid untuk tetap
mengalunkan azan).
4 - Cahaya daripada dua juta lampu LED yang
menghiasi muka jam tersebut dengan 21,000 darinya terdiri daripada
cahaya yang berwarna hijau dan putih, yang selamanya menjadi lambang
warna agama Islam yang suci.
5 - Keindahan jam itu menjadi
bualan kerana sebanyak 90 juta kaca mozek keemasan digunakan untuk
menghiasi keempat-empat permukaan dengan mengambil motif atau corak
flora dan fauna.
6 -Terdapat dua lif yang akan membawa para
pelawat sehingga ke sebuah balkoni atau anjung tinjau iaitu dengan
kedudukan lima meter ke bawah kedudukan jam.
7 - Direka oleh jurutera Jerman dan Swiss membabitkan kos bernilai $800 juta (RM2.56 bilion).
Kalau korang nak tau ianya terletak bertentangan dengan Masjidil al Haram di atas tapak Kubu Pertahanan Ajyad di zaman Khalifah Uthmaniyah yang telah diruntuhkan.
Berikut merupakan fakta menarik mengenai Menara Jam Mekah:
1- Menara Jam Diraja Mekah itu merupakan menara jam yang tertinggi dunia. Ia mengalahkan bangunan menara-menara jam terkenal lain dari seluruh dunia. Seperti Menara Jam Palace of Culture and Science di Warsaw Poland, Menara Jam The Big Ben di London, Menara Jam Rajabai di Mumbai India dan Menara Jam Ann-Bradley di Milwaukee Amerika Syarikat.
2- Menara Jam Diraja Mekah merupakan menara tengah yang dibina dalam Kompleks Abraj Al Bait yang mudah dilihat tanpa mengira sudut iaitu sehingga sejauh 17 kilometer pada waktu malam dan 11 hingga 12 kilometer pada waktu siang dengan kalimah Allah terpampang jelas pada keempat-empat permukaannya.
3- Setiap kali masuknya waktu-waktu solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak, akan terpancar dari jam tersebut satu cahaya lampu yang boleh dilihat sehingga sejauh 28 kilometer (dengan tidak melupakan peranan bilal masjid untuk tetap mengalunkan azan).
4 - Cahaya daripada dua juta lampu LED yang menghiasi muka jam tersebut dengan 21,000 darinya terdiri daripada cahaya yang berwarna hijau dan putih, yang selamanya menjadi lambang warna agama Islam yang suci.
5 - Keindahan jam itu menjadi bualan kerana sebanyak 90 juta kaca mozek keemasan digunakan untuk menghiasi keempat-empat permukaan dengan mengambil motif atau corak flora dan fauna.
6 -Terdapat dua lif yang akan membawa para pelawat sehingga ke sebuah balkoni atau anjung tinjau iaitu dengan kedudukan lima meter ke bawah kedudukan jam.
7 - Direka oleh jurutera Jerman dan Swiss membabitkan kos bernilai $800 juta (RM2.56 bilion).
No comments:
Post a Comment