Tuesday, June 26, 2012

budak sekolah rendah + up to date= sling bag SAG

salam..

Saya macam terperasanlah pulak sejak sekolah dibuka 2 minggu lepas, saya dapati seolah2 satu trend pulak murid sekolah (sebuah sekolah rendah felda di Kota Tinggi) saya ni memakai sejenis 'sling bag' seperti di atas..baik dari tahun satu, apalagi kalau murid tahap 2..seolah2 berlumba2 nak memilikinya..Harganya sekitar RM20-RM25.satu trend ke sekarang ni beg SAG ni? @ di sekolah saya aje ke, atau sekolah di luar sanapun sebegitu juga...memilikinya macam satu kebanggaan.macam nak menayang2 pulak.. budaklah katakan..tak tahulah kalau hanya trend kat sekolah felda dan kampung macam kat tempat kami ni je ? sekolah bandar tak kot..*persepsi saya aje *.. apapun, bila balik rumah... tu dia, dua anak teruna saya tahun 5 dan tahun 1 buat permintaan yang sama..up to datelah katanya...konon...apapun layankan aje...ada juga kegunaan beg ni..dua dalam satu..tapi bawak pergi sekolah time koko atau kelas tambahan sahaja..beg kena beli juga.dari beli beg lain baik beli beg yang ikutan semasa kata Alif (mengayatlah tu..)..so serampang dua mata..beg dapat trend terkinipun ikut... tambah  anak kedua  mengukuhkan hujahnya  bila kita tanya apa rasionalnya beli beg itu..


ada pelbagai warna dan corak....




Gambar2 ini saya ambil ketika murid tahun 2 ini berada di bilik saya (Bilik Media/Tayang/ABM)..mmm..komen saya beg SAG bentuk sebegini x sesuai dijadikan beg sekolah kerana ianya terlalu kecil..saya lihat ada murid yang mengabaikan jadual waktu keran buku-buku yang dibawa tidak dapat dimuatkan kesemuanya di dalam beg ini..

Bagi murid2 saya percaya beg ini hanya sesuai digunakan utk aktiviti santai, kelaur berjalan2, kelas tambahan, sesi peperiksaan atau kegiatan koko di sekolah sahaja. tidak sesuai sebagai beg sekolah..kecuali saya telah lihat beberapa design terbaru seperti backpack dan design ruang dalam yang lebih  luas..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...