Entri dari Melayukini.net
Melayukini.net – Kajian – Bahtera Nabi Nuh Di Temui (Menarik!)
| Kisah mengenai kajian ini sudah lama sebenarnya disiarkan, akan
tetapi berkemungkinan masih lagi di antara kita tidak mengetahui tentang penemuan bahtera Nabi Nuh yang telah tersadai sejak dahulu lagi. Kisah yang mengaitkan dengan umat Nabi Nuh A.S yang ditenggelamkan oleh Allah SWT kerana ingkar perintah Allah seperti disebutkan dalam Al-Quran, sudah ditemui dan dilakukan kajian oleh tim penyelidik antropologi yang diketuai oleh Prof. Ron Wyatt di Turki sejak tahun 1977. Boleh lihat gambar di bawah ini.
1. Maklumat awal di tahun 1960, berita
dalam Life Magazine: Pesawat Tentera Negara Turki merakam sebuah imej
mirip perahu di puncak gunung Ararat yang panjangnya 500 kaki (150
meter) yang dijangkakan perahu Nabi Nuh AS (The Noah’s Ark).
2. Ini dia lokasinya di bukit Ararat gambar fosil kapal yg diambil dari jarak dekat.
3. Gambar yang di ambil dari sudut hujung fosil kapal.
4. Kerja-kerja pengukuran oleh pihak tim arkeologi.
5. Struktur Perahu menurut para arkeologi yang menemukannya.
6. Gambar fosil bahtera Nabi Nuh dengan warna yg lebih jelas dan terang yang diambil kemudian pada dekad terkini.
Gunung Judi (yang disebut dalam Al Quran)
dan Gunung Ararat (yang di sebut dalam Bible) adalah gunung yang sama.
Yang membezakan cuma bahasa penggunaannya sahaja. Dalam bible yang ada sekarang menyebut lokasi pendaratannya di ’Ararat’, sementara dalam bible yang terlebih awal di tulis,
yang menggunakan bahasa Aramaic (Targums) menyebutnya
Gunung ’Judi’. (The ancient Babylonians literature , The Genesis Rabba
and Josephus followed the Aramaic opinion).
Jadi selesai lah masalah berkenaan yang mana satu Gunung Judi dan yang mana satu Gunung Ararat.Gambar fosil sauh bahtera Nabi Nuh as
Melayukini.net -
Seperti yang tertulis dalam al-Quran mengenai kisah bahtera Nabi Nuh.
Penemuan ini membuktikan lagi kepada orang bukan Islam bahawa kejadian
ini adalah benar-benar berlaku. Sebab itulah ramai pengkaji yang cuba
mengkaji mengenai al-Quran dan Islam, Allah SWT akan memberikan mereka
hidayah, Insha Allah.
credit: Melayukini.net
No comments:
Post a Comment