Bila hadir cinta yang satu Jangan ditanya siapa dia Tanyalah siapa kita Dan pulang kemana akhirnya...
Wednesday, September 19, 2012
Gadis penerima jantung meninggal dunia..
KENANGAN...Hui Yee ketika menerima rawatan di IJN pada 2006.
BATU PAHAT: “Bulan depan jantung yang saya guna genap lima tahun, mak tolong masakkan saya ‘Mee Sua’ (Mee Sup) dan jangan lupa jemput kawan-kawan saya sekali.” Itu permintaan terakhir penerima jantung, Tee Hui Yee, 19, kepada ibunya Dina Bato Sam Bua, 51, kelmarin sebelum meninggal dunia, pagi semalam.
Hui Yee remaja yang pernah mendapat perhatian masyarakat selepas penderitaannya bergantung hidup menggunakan jantung mekanikal dilaporkan media, meninggal dunia jam 10.02 pagi semalam selepas mengadu sakit bahu kanan, malam kelmarin.
Dina berkata, sebelum Hui Yee mengadu sakit, dia bersama rakannya sempat keluar ke bandar untuk makan ‘steam boat’ yang juga makanan kegemarannya.
“Hui Yee ada beritahu saya dia ke bandar untuk makan steam boat bersama rakannya, tetapi saya hairan kerana dia pulang awal malam itu.
Saya masih teringat lagi berita di akhbar, ( kalau salah minta betulkan sebab dah lama berlalu) beliau menerima jantung tersebut dari seorang remaja cina berasal dari area Pulai Indah@ Kangkar Pulai, JB selepas jantung pertama yang ingin diterima dari remaja melayu yang meninggal tidak sesuai dengannya..
Akhirnya..sampai saat ketentuan, dia pergi juga...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment