Dalam mengerjakan solat, terdapat perbezaan ketara di antara lelaki
mahupun perempuan terutamanya dari segi aurat. Seperti kita tahu, wanita
tidak boleh mengimamkan lelaki, tetapi mereka boleh mengimamkan bagi
golongan wanitaitu sendiri. Di sini terdapat pecahan tentang
apakah perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam solat.
Perempuan disunatkan dibezakan dengan lelaki dalam 5 perkara:
1)Menghimpunkan/merapatkan sesetengah anggota dengan lain ketika sujud.
Iaitu dengan merapatkan kedua siku kepada dua rusuk ketika sujud dan
merapatkan perut dengan kedua paha. Keadaan ini berbeza dengan lelaki
yang disunatkan supaya merenggangkan dua sikunya dari dua rusuk dan
mengangkat perutnya dari kedua pahanya.
Al-Baihaqi (2/232) meriwayatkan:
Nabi Muhammad saw telah berjalan di kawasan dua orang perempuan
yang sedang bersembahyang,lalu Baginda bersabda:Apabila kamu berdua
sujud,maka himpunkan/rapatkan sesetengah daging(anggota) ke
bumi,sesungguhnya perempuan dalam masalah tersebut tidak sama dengan
lelaki.
2)Perempuan hendaklah merendahkan suaranya di khalayak lelaki yang bukan mahramnya. Oleh
itu dia tidak boleh menyaringkan bacaan dalam sembahyang yang. dibaca
dengan nyaring kerana bimbang berlakunya fitnah. Firman Allah taala..
“Dan janganlah kamu bercakap dengan suara yang lemah
lembut(lunak) sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam
hatinya(fasik dan kurang warak).”
(Ahzab:32)
Hal ini berbeza dengan lelaki kerana lelaki disunatkan membaca dengan
kuat/nyaring ketika sembahyang pada sembahyang yang dibaca dengan
nyaring.
3)Apabila berlaku sesuatu kepada seseorang perempuan ketika
sembahyang dan dia ingin menyedarkan/memberitahu seseorang di
sekelilingnya bagi sesuatu perkara,maka dia hendaklah menepuk dengan memukul belakang tapak tangan kirinya dengan menggunakan tangan kanannya.
manakala bagi lelaki apabila berlaku sesuatu di dalam sembahyang,dia
disunatkan bertasbih dengan suara yang tinggi,bukan dengan niat
tasbih(memberi ingat)
Ini berdasarkan kepada apa yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim drpd Sahl bin Saad bahwa Rasulullah saw bersabda:
Barangsiapa yang merasa ragu terhadap sesuatu perkara(yang perlu
diingatkan) ketika sembahyang,maka hendaklah dia bertasbih,kerana
sesungguhnya apabila dia bertasbih,perkara yang diragukan itu akan
diberi perhatian.Manakala menepuk tangan hanyalah bagi golongan
perempuan.(Iaitu dengan memukul belakang tapak tangan kiri dengan tapak
tangan kanan).
4)Seluruh anggota badan adalah aurat,kecuali muka dan tapak tangannya.
5)Perempuan disunatkan iqamah tetapi tidak disunatkan azan.
Walaubagaimanapun,sekiranya dia melakukan azan tersebut dengan suara
yang perlahan,maka tidak makruh,dan azan tersebut dikira sebagai zikir
yang diberi pahala kepadanya.Jika diangkat suaranya ketika azan,maka ianya makruh dan menjadi haram sekiranya dibimbangi berlaku fitnah.
Berlainan dengan lelaki. Sebagaimana yang anda ketahui bahawa azan
adalah disunatkan kepada lelaki ketika menunaikan sembahyang fardhu.
(Dipetik dari Kitab Fikah Mazhab Shafie dalam menghuraikan bab:bersuci dan sembahyang.)
No comments:
Post a Comment