Seorang pelanggan sebuah gerai minum di pekan Langgar secara tidak
sengaja merakam gambar satu kepulan asap yang menyerupai wajah manusia
beberapa hari lalu sewaktu bersantai di kedai berkenaan. Usahawan, Zul Azri Abdul Khalil,
34, berkata, sewaktu kejadian kira-kira jam 5 petang, dia hanya mahu
menguji kamera telefon bimbitnya sahaja dan mengambil gambar beberapa
kali.
Menurutnya, selepas beberapa ketika dia meneliti kembali gambar yang diambil dan terkejut apabila mendapati terdapat satu kepulan asap seolah-olah menyerupai wajah manusia.
“Terdapat seolah-olah kepulan asap
yang menyerupai wajah manusia semasa gambar diambil. Selepas itu, saya
menunjukkan kepada beberapa kawan yang lain dan ternyata mereka juga
turut terkejut,” katanya.
Pengalaman pertama kali merakam gambar
aneh sedemikian ternyata turut menarik perhatian pelanggan-pelanggan
yang berada di kedai berkenaan.
Zul Azri berkata, dia tidak menyangka
bahawa dengan hanya mengambil beberapa gambar menggunakan telefon
bimbitnya, dia dapat merakam gambar aneh. Seorang lagi pelanggan kedai
minum itu, Yusof Hat, 40, mengakui masih belum pernah melihat benda aneh yang dirakam secara tiba-tiba.
Menurutnya, bagaimanapun perkara demikian tidak perlu diambil serius kerana langsung tidak memberikan kesan kepada kehidupan masyarakat di kawasan sekitar.
“Serius saya katakan memang tidak
pernah melihat kejadian seumpama ini, sedangkan gambar berkenaan pula
dirakamkan pada waktu siang,” katanya.
Melayukini.net –
Ya, memang betul, jika lihat dari gambar yang dipaparkan itu, terlihat
agak jelas juga kelibat satu wajah misteri yang menyerupai seorang alim
telah terhasil dari kepulan asap. Penulis merasakan yang ini hanya
kebetulan je, macam juga awan, kita boleh melihat segala jenis benda di
awan, cuma kita kena pakai sedikit imaginasi, benda yang kita nak nampak
boleh terlihat. Setuju tak? Apa-apa pun, tanya diri kita, adakah
perkara misteri seperti ini dapat menambahkan iman kita? Zaman Nabi SAW
dulu, walau pun bulan telah terbelah dua pun (LINK),
masyarakat jahiliyah yang diketuai Abu Jahal masih juga tidak beriman.
Bersama kita tingkat amal dan iman kita dengan taqwa kepada Allah,
melakukan yang disuruh dan meninggalkan yang dilarang. Wallahualam.
Sumber: Sinar Harian via Gempak | Layari Berita Menarik Tempatan Melayukini.net
No comments:
Post a Comment