Kemaman: Pertengkaran dua beradik hanya kerana tayar motosikal
yang pancit tidak dibaiki, berakhir tragedi apabila si adik mati ditikam
abangnya dalam kejadian di Kampung Telaga Papan, Kerteh, dekat sini
malam kelmarin.
Abdul Hisham Ahmad, 23, cedera di perut sebelum rebah di ruang tamu rumahnya dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu. Dia dibawa ke Klinik Kesihatan Kerteh, tetapi disahkan meninggal dunia setengah jam kemudian dan polis mengesahkan hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat tikaman objek tajam.
Difahamkan, mangsa sebelum itu bertengkar dengan abangnya berusia 37
tahun yang marah kerana Hisham tidak membaiki tayar motosikal ibu mereka
yang pancit
Sedang tonton TV
Bapa mereka, Ahmad Din, 59, berkata dia sedang menonton televisyen apabila dua anaknya bertengkar di ruang tamu rumah, tetapi menganggapnya pertengkaran biasa.
“Bagaimanapun, ia semakin serius hingga mereka bergelut. Saya menghalau si abang keluar dari rumah dan Hisham sempat mengejar abangnya itu sebelum dia terjatuh. Arwah bangun semula dan dalam keadaan terhoyong-hayang, masuk ke dalam rumah sebelum terlanggar kipas di ruang tamu dan rebah,” katanya.
Abdul Hisham Ahmad, 23, cedera di perut sebelum rebah di ruang tamu rumahnya dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu. Dia dibawa ke Klinik Kesihatan Kerteh, tetapi disahkan meninggal dunia setengah jam kemudian dan polis mengesahkan hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat tikaman objek tajam.
Sedang tonton TV
Bapa mereka, Ahmad Din, 59, berkata dia sedang menonton televisyen apabila dua anaknya bertengkar di ruang tamu rumah, tetapi menganggapnya pertengkaran biasa.
“Bagaimanapun, ia semakin serius hingga mereka bergelut. Saya menghalau si abang keluar dari rumah dan Hisham sempat mengejar abangnya itu sebelum dia terjatuh. Arwah bangun semula dan dalam keadaan terhoyong-hayang, masuk ke dalam rumah sebelum terlanggar kipas di ruang tamu dan rebah,” katanya.
entri diatas saya ambil dari BH online..sedih betul bila kita masih lagi dalam kemuliaan bulan syawal, tragedi sebegini berlaku dan melibatkan hubungan kekeluargaan..Takziah untuk keluarga mangsa..Alfatihah...
No comments:
Post a Comment