Mengadu Domba Sifat Tercela
Assalamualaikum,salam sejahtera salam satu bangsa, entry pada kali ini lagi segali mengajak rakan-rakan seagama berpikir sejenak berkaitan Mengadu Domba Sifat Tercela.
Apa Itu Mengadu Domba?
Mengadu domba atau dalam Bahasa Arabnya disebut sebagai An-Namimah. Perkataan An-Namimah diambil daripada perkataan An-Namma yang bererti mengeluarkan berita bagi tujuan menghasut.
Allah s.w.t. telah berfirman: “Yang suka membisikkan (mencela), dan yang suka menyebarkan fitnah.”
Firman Allah swt : “Celaka bagi setiap pengumpat lagi penista.” (al-Humazah:1)
Menurut Imam Al-Ghazali, perkataan An-Namimah pada kebanyakan pendapat adalah menyampaikan percakapan orang lain kepada orang yang dikatakannya. Contohnya seseorang berkata kepada seseorang yang lain “Si Fulan mengatakan tentang engkau begini, begini..”
Ada segelintir macam ini, kita pun sedar tak sedar bahawa salah seorang mengadu domba, semuga dijauhkan dari sifat tercela tersebut amin-amin Ya Allah.
Ulama bersepakat bahawa mengadu domba termasuk antara dosa-dosa besar. Imam Ghazali menyatakan bahawa mengadu domba itu adalah dilarang kerana ianya mendedahkan sesuatu perkara yang tidak boleh didedahkan samada perkara itu tidak disukai oleh orang yang mengatakannya atau orang yang mendengarnya atau tidak disukai oleh orang yang ketiga (orang yang dikatakan).
Ianya Perbuatan mendedahkan sesuatu perkara boleh dilakukan samada dalam bentuk tulisan, perkataan, isyarat atau gerak geri badan. Ianya juga mempunyai sebab munasebab iaitu :
Jika bercerita tentang kebaikan sesuatu perkara yang mendatangkan faedah kepada umat Islam atau dapat mencegah daripada berlakunya maksiat, maka tidaklah menjadi kesalahan. Namun jika tujuan sebaliknya, perbuatan mendedahkan sesuatu perkara dianggap mengadu domba.
Golongan yang suka mengadu domba ini, kerana terdapatnya sifat hasad dengki , iaitu mencemburui seseorang. Buat cerita untuk melaga-lagakan orang. Agaknya dia sengaja untuk mengadu domba untuk melihat manusia berkelahi, berpecah belah..dan silap-silap boleh sampai berbunuh-bunuhan. Agak-agaknya orang macam ni sakit mental tak?
Marilah kita sesama agama nerapkan konsep berkasih sayang, ibarat peha kanan dicubit peha kiri terasa, tak ada faedah asyik melaga-lagakan sesama seagama membuat institusi kekeluargaan mahupun persahabatan porak peranda.
Apa yang ditulis berkaitan diri sendiri, kalau ianya berkaitan mana-mana pihak terasa, ayieblog memohon maaf . Apa yang baik elok datang dari Allah swt, mana yang kurang datang dari diri ayieblog sendiri, Insyallah cuba memperbaiki dari ke arah yang diberkati Allah swt.
No comments:
Post a Comment