Saturday, October 26, 2013

G.R.A.F.I.T.I lirik yang sinis tapi kenyataan..

berfikir dulu sebelum melakar jejarimu...

Di tembok batu
Terconteng rindumu
Yang kau coretkan
Di dinding bisu
Terpampang cintamu
Yang kau luahkan

Untuk apa pada siapa
Rindumu dipaparkan
Akan menjadi daki
Grafiti


Tembok batu
Menjadi sasaran
Riak di hatimu

Dinding bisu
Menjadi cemaran
Angkara jarimu


Mata yang melihat
Kan terbaca dan tertawa
Rindu yang tersirat
Jadi tontonan jenaka

Grafiti...
Hentikan saja cemaran itu
Grafiti...
Hentikan saja tarian jarimu
Grafiti...
Hentikan saja contengan itu
Grafiti...
Pendamkan saja rindu di hatimu
Grafiti...

Monday, October 7, 2013

jangan sampai anak jadi mangsa.....

Enam beradik ditinggal kelaparan: 

October 6, 2013KUALA SELANGOR - Hanya disebabkan tidak puas hati, sepasang suami isteri sanggup meninggalkan enam anak mereka yang masih kecil bersendirian di sebuah rumah di Jalan Bukit Panjang, Jeram, kira-kira jam 1 pagi semalam dan hilang tanpa khabar berita.Lebih menyedihkan, keenam-enam beradik itu terpaksa makan apa sahaja termasuk cebisan roti terbuang demi mengisi perut, manakala adik bongsu mereka berusia tujuh bulan hampir 'nyawa-nyawa ikan' akibat kelaparan.

Salah seorang penduduk di situ, Samsuri Sulaiman, 57, berkata, pada mulanya dia ternampak lima beradik berkenaan berjalan kaki sambil memikul beg baju tanpa arah tujuan di kawasan perumahan di situ."Apabila saya tanya, abang sulung yang berusia sembilan tahun memberitahu mahu balik ke Kelantan kerana 'emak dah mati'.“Saya pelik melihat kelakuan mereka dan meminta ketua taman memeriksa keadaan rumah yang dihuni sejak setahun lalu, kalau-kalau kedua ibu bapa mereka ada di rumah.“Namun, alangkah terkejutnya apabila saya sendiri ke rumah mereka, yang ada cuma bayi berusia tujuh bulan ditinggalkan tertidur kerana terlalu lama menangis akibat kelaparan di sebuah kerusi kayu."Bayi itu adalah adik bongsu kepada kanak-kanak malang ini," katanya.


Menurut Samsuri, kawasan perumahan itu memang terletak jauh dari jalan besar dan jika mereka dibiarkan merayap, kemungkinan besar boleh hilang.Terkenal sikap suka 'perang besar'Dalam pada itu, seorang wakil penduduk, Daud Jaumar, 41, berkata, tidak mustahil bayi berusia tujuh bulan itu menghembuskan nafas terakhir jika tidak dijenguk oleh mereka.“Saya cuba gerakkan badannya bila lihat terbaring begitu sahaja dan nasib baik matanya buka sedikit dan bergerak. Keadaan itu cukup melegakan hati.“Saya terus menghubungi penghulu mukim kerana tidak tahu nak buat macam mana lagi. Ibu dan bapa budak itu tidak dapat dikesan," katanya.Menurut Daud, ibu bapa kepada enam beradik itu memang terkenal dengan sikap mereka yang suka 'berperang' besar."Penduduk di sini pun selalu mengadu tentang perangai buruk mereka itu. Pernah juga mereka bergaduh besar sampai nak berparang, mujurlah kami sempat campur tangan," katanya.Bagaimana pun katanya, dia tidak sangka kedua-dua suami isteri itu mementingkan diri sendiri dan sanggup meninggalkan anak-anak kecil lebih sehari tanpa memikirkan makan minum mereka.“Sebelum ini ada juga mereka 'hilang', tapi sekejap-sekejap dan jiran rumah selalu bagi anak-anak ini makan."Tapi kalau dah hilang lebih sehari sampai anak-anak hampir melarikan diri, saya rasa ini dah melampau. Apa nasib anak-anak ini nanti?" katanya.



Anak-anak tak banyak karenahSeorang jiran mereka, Jamilah Yusof, 53, memberitahu Sinar Harian, dia juga sering melihat-lihat keadaan enam beradik itu setiap kali ditinggalkan ibu bapa mereka selepas bergaduh besar.“Saya sendiri yang menyambut kelahiran anak bongsu mereka di rumah itu. Memang kasihan, anak-anak itu pula tak banyak karenah apabila ditinggalkan seolah-olah faham masalah keluarga mereka."Tapi sangat menyedihkan apabila mereka tidak diberi makan dan minum lebih 24 jam.“Ada ramai orang yang begitu mahukan anak tapi tak bernasib baik, mereka yang dikurniakan ramai 'amanah' ALLAH ini sanggup biarkan mereka begitu saja. Sampainya hati," katanya sebak.Sementara itu, Penghulu Mukim Jeram, Kamarudin Abd Rahman berkata, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada agensi yang bertanggungjawab untuk tindakan lanjut.“Keluarga ini saya kenal sejak rumah sewa mereka terbakar beberapa tahun lalu dan mereka sanggup tidur anak beranak di tepi pantai. Bila dapat tahu, saya tempatkan mereka di sebuah rumah sebelum ditempatkan di sini.“Bila kita bantu, mereka pula buat perkara menyedihkan seperti ini. Bergaduh macam mana pun tak perlulah libatkan anak-anak yang tidak berdosa ini,” katanya.

Friday, October 4, 2013

Rahsia tulisan...


Tiap manusia ini mempunyai corak tulisan yang berbeza-beza. Walaupun ada yang cuba

untuk meniru tulisan orang lain, tapi jika diperhatikan sebaik mungkin pasti ada 


perbezaannya. Dipercayai, melalui tulisan juga kita boleh belajar mengenali diri seseorang.


Wah! Ini sudah bagus kan? Tapi ada syaratnya. Alah, bukannya susah. Tapi tulisan yang 


hendak di’baca’ itu mestilah ditulis dalam keadaan tenang. Seandainya ia ditulis dalam 


mood yang tak tenteram dan tergesa-gesa, mungkin tulisan itu lebih kotor dan hodoh.. Itu 


tak boleh dikira kerana bentuk tulisan yang tergambar itu bersifat sementara saja.



Tulisan berubah-ubah


Ada orang yang bentuk tulisannya tidak pernah berubah-ubah sejak dari dulu lagi. Ha..itu


menandakan bahawa dia juga seorang yang sukar untuk berubah. Maknanya dia lebih suka 


mengekalkan personaliti dirinya yang sedia ada sejak dulu. Sebaliknya jika tulisannya sering


berubah-ubah, bermakna dia sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan


personaliti dirinya malah dia juga bersikap individual. Dari segi membuat sebarang 


keputusan, orang yang tulisannya tidak berubah sejak dulu lagi lebih tetap pendirian dan 


lebih tegas. Manakala mereka yang sering berubah corak tulisan mereka dikatakan lebih 


mudah untuk berubah fikiran. Bukan bermaksud mereka ini tidak berpendirian langsung 


tapi keputusan mereka itu masih boleh dipengaruhi oleh orang lain.

Kecondongan tulisan


Tegak – Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin, 


bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan.


Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat.



Condong ke kanan


Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan cinta. Namun 


dia ini juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa 


juga yang dilakukannya. Dalam erti kata lain, mereka ini kurang yakin dengan tindakan 


yang diambil dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri 


mereka sendiri. Mereka juga mudah ditimpa perasaan cepat bosan jadi sebab itu cukup 


pantang kalau mereka kena tunggu lama!



Condong ke kiri -

Dia ini seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi luaran nampak dia ini seolah-olah


tak kisah sangat. Selain itu, dia juga seorang yang amat berhati-hati dalam apa juga yang 


dilakukannya kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari nanti.


Walau bagaimanapun jangan tak tahu, mereka ini seorang yang cukup setia kepada orang 


yang dicintainya! Cayalah!



Saiz tulisan

Besar


Ini menandakan dia seorang yang kurang matang namun dia inginkan orang lain mengikut 


caranya. Sebab itu mungkin akan timbulnya perselisihan dengan orang sekeliling. Bahkan 


dia juga amat gembira jika ada orang yang memandang tinggi terhadap keupayaan dirinya.



Kecil

Bentuk tulisan kecil ini menandakan dia seorang yang berfikiran jauh dan bersikap 


akademik. Selain itu dia juga sebenarnya seorang yang sensitif dan mudah tersentuh 


jiwanya.



Semakin lama semakin besar

Jika dilihat, mulanya saiz tulisannya taklah besar sangat tapi semakin banyak dia menulis,


saiznya bertambah besar. Ini menandakan dia seorang yang berfikiran terbuka tetapi agak 


kurang berhati hati dalam tindakannya.


Semakin kecil

Ha.. ini pula membawa maksud bahawa dia seorang yang cukup berhati hati tetapi suka 


menyimpan rahsia. Tapi awas, dia mungkin sanggup berbohong untuk menutup kesalahan


dirinya. Kata orang, bohong sunat!



Bentuk tulisan



Lebar


Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan diri dalam pelbagai


persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia juga gemar mengembara sambil bercuti. Tapi 


nampaknya dia ini kurang bijak dalam menjaga hati teman-teman.



Tulisan kurus

Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya digemarinya saja.



Tulisan bersegi empat

Otak matematik rupanya dia ni.



Tulisan bulat

Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan penyayang.



Bersambung

Pemikirannya berdasarkan logik.



Bercerai cerai

Segala tindakannya lebih cenderung mengikut gerak hatinya saja!




Jarak tulisan


Tulisan jauh

Sekiranya dia mempunyai jarak antara tulisan agak jauh, bermakna dia sukar didekati dan 


tak suka orang lain terlalu rapat dengan dirinya. Bukan apa, jika dia mungkin akan bersikap


mengongkong atau bergantung pada orang-orang yang rapat dengan dirinya itu.



Tulisan rapat

Memang mudah untuk berdampingan dengan dia ini kerana dia juga berfikiran terbuka.



Ruangan di tepi


Perhatikan ruang yang ditinggalkan pada muka surat itu. Sekiranya :

Ruang kiri kanannya sama, jarak ruang di kiri dan kanan muka surat itu adalah sama 


besarnya -Itu bermakna dia seorang yang berfikiran optimistik.

Ruang muka surat sebelah kiri kecil – Itu menandakan dia seorang yang amat sensitif


sebenarnya!

Ruang muka surat kanan kecil – Sememangnya dia seorang yang rajin namun sukar 


membuat pertimbangan yang sewajarnya.

Penuh satu muka surat – Ternyata dia seorang yang amat tegas dan mempunyai banyak ide


bernas yang boleh dikongsi bersamanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...