kejam

 

Budak Terpaksa Tanggung Azab Didera


Budak Terpaksa Tanggung Azab Didera
Budak Terpaksa Tanggung Azab Didera - GOMBAK : Seorang kanak-kanak perempuan yang baru berusia dua tahun terpaksa menanggung azab dan mungkin akan trauma sepanjang hayat selepas didera tanpa belas kasihan oleh teman lelaki ibunya yang dipercayai khayal selepas mengambil dadah.
Dalam kejadian Isnin lalu, ibu angkat mangsa, Roszaidah Mohd Salleh, 30, berkata, dia menerima panggilan daripada ibu kandung kanak-kanak itu memintanya datang ke rumah di Kampung Desa Aman
selepas tidak tahan melihat anaknya itu didera dengan kejam oleh teman lelakinya sejak seminggu lalu.
Menurutnya, sebaik menerima panggilan itu dia bergegas ke rumah kanak-kanak itu namun setibanya dia di rumah itu, didapati berkunci malah panggilan juga tidak berjawab menyebabkan dia terpaksa meminta bantuan polis.
Roszaidah berkata, polis yang tiba kemudiannya bertindak mengarahkan pintu rumah itu dibuka sebelum dia menemui anak angkatnya Norfatin Aqilah Abdullah berada dalam keadaan menyayat hati.
Budak Terpaksa Tanggung Azab Didera
“Saya terkejut apabila melihat Norfatin berada dalam keadaan lemah dengan kesan lebam dan luka di beberapa bahagian badan termasuk muka,” katanya ketika ditemui di Hospital Selayang di sini, semalam.
Menurutnya, teman lelaki adik angkatnya itu kemudiannya dibawa ke Balai Polis Desa Jaya manakala dia diarah untuk membawa kanak-kanak itu untuk pemeriksaan doktor di Hospital Selayang.
Katanya, Norfatin yang sudah boleh bercakap sempat menceritakan kejadian bagaimana dia diikat dan dipukul.
Pemeriksaan lanjut pihak hospital mengesahkan kanak-kanak itu memang didera dan terpaksa ditahan sehari di hospital untuk rawatan lanjut.
Difahamkan, terdapat kesan ikatan pada pergelangan kaki dan tangan manakala kesan luka, termasuk lebam lama dan baru selain kesan seperti dicucuh putung rokok.
Roszaidah berkata, ibu kandung mangsa berusia 27 tahun menjalin hubungan dengan suspek berusia awal 20-an sejak lebih tiga bulan lalu.
“Hak penjagaan Norfatin memang diletakkan di bawah nama saya dan telah didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara namun memikirkan ibunya mahu berkahwin dengan lelaki itu, saya bersetuju untuk menyerahkan Norfatin kembali namun tidak sangka jadi begini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan kes berkenaan sedang disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Menurutnya, polis telah meneliti laporan perubatan kanak-kanak termasuk menyoal siasat ibu angkat dan kandung kanak-kanak itu serta suspek terlibat kini telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Ibu Tanam Bayi Hidup-Hidup di Tampin

STATUS kesihatan seorang ibu yang mencurigakan ketika dia menjalani pemeriksaan di Hospital Melaka (HM) membawa kepada penahanan wanita itu kerana disyaki menanam mayat bayi lelakinya yang lahir tidak cukup bulan di kawasan semak sekitar Jalan Batu Belang, dekat sini.
Tempat mayat bayi ditanam.
Difahamkan, suspek berusia 25 tahun pergi mendapatkan rawatan di hospital berkenaan pada malam Jumaat lalu sebelum ditahan polis bagi membantu siasatan jam 1 pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, sejurus menerima laporan daripada HM, sepasukan polis diketuai Cif Inspektor Azmi Abdul Salam bergegas ke hospital itu untuk menahan wanita berkenaan.
“Selepas disoal siasat, suspek membawa anggota polis ke tempat mayat bayinya ditanam di kawasan semak di Jalan Batu Belang. Bayi itu dipercayai ditanam pada sebelah petang.
“Polis mengambil masa hampir setengah jam untuk menggali dan mengeluarkan mayat bayi lelaki yang sudah reput dan berkecai itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Menurut beliau, mayat bayi itu dibawa ke Hospital Tampin sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.
Kata Wooi, suspek dari Taman Indah, dekat sini, direman tiga hari mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat secara sulit dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Menurutnya, bayi itu dipercayai dilahirkan pada 22 November dan suspek kini dikatakan dalam proses bercerai dengan suaminya. Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Cif Inspektor Azmi Abdul Salam di talian 06-4411221/ 06-4411222 bagi membantu siasatan.



Apa Dosa Nureffa Sahira Hingga Diperlakukan Begini?
Apa Dosa Nureffa Sahira Hingga Diperlakukan Begini? - KEJAM…inilah perkataan terbaik boleh kita beri kepada penjenayah yang sanggup melakukan perbuatan paling hina seperti ini.
Misteri kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun sejak lima hari lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam keadaan menyayat hati di sebuah ladang sawit di Kampung Salimbangun, Semporna, Sabah kelmarin.
Harian Metro melaporkan, mayat Nureffa Sahira Ringkasan ditemui dalam tong dram dengan badannya berlipat, dipenuhi ulat dan mulai reput, kira-kira 500 meter dari kediaman mangsa.
Mayat kanak-kanak itu ditemui jam 2 petang oleh penduduk kampung yang melakukan gerakan mencari sejak mangsa dilaporkan hilang 31 Disember lalu.
Menurut seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali, kanak-kanak itu yang juga anak tunggal disedari hilang dari rumahnya apabila tidak pulang selepas bermain di pekarangan kediamannya itu.
Berikutan itu, katanya, usaha mencari mangsa dilakukan ahli keluarganya dengan bantuan penduduk kampung, namun gagal hinggalah ia ditemui dalam tong dram tersebut.
Apa dosa Nureffa Sahira…apa yang kanak-kanak enam tahun ini mampu lakukan hingga dia diperlakukan sebegini rupa?
Semoga polis dapat segera mengheret pelakunya ke muka pengadilan, kalau ia boleh berlaku pada Nureffa Sahira, ia juga boleh berlaku pada anak kita semua, Nauzubillah. – MyNewsHub

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...