Sunday, July 29, 2012

cara kenali barangan diperbuat daripada kulit babi


 




[http://view.my/iphone]

Sekarang ini terdapat pelbagai jenis barangan kulit seperti kasut, beg tangan dan sebagainya yang diperbuat daripada kulit babi.

Biasanya barangan daripada kulit babi ini tidak semahal barangan yang diperbuat dari kulit binatang lain.

Barangan kulit babi ini terdapat di mana-mana seperti di kompleks beli-belah atau barangan bundle yang diimport dari negara-negara lain seperti China, Filipina, Jepun, Korea mahu pun USA.

Selaku umat Islam, kita sewajarnya lebih peka dan berhati-hati dalam membeli sesuatu barangan kulit terutama kasut dan beg tangan.

Berikut adalah cara untuk mengenal pasti sesuatu barangan itu diperbuat daripada kulit babi:

1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan.

Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti.

Struktur kulit babi ini amat jelas dan biasanya kita akan mendapati 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK membentuk segitiga.

Cuba belek dan perhatikan dengan terperinci, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka MEMANG SAH, itu adalah kulit babi.

Jadi, anda seharusnya lebih berhati-hati apabila membeli barangan kulit terutama kasut dan beg tangan.

Walaupun harganya mungkin lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu.

3 titik tompokan itu seperti gambar di bawah adalah petandanya.

2. Harga barangan kulit babi ini biasanya lebih murah berbanding dengan barangan dibuat daripada kulit binatang lain.

3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk.

Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.

4. Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga.

Lagi satu, kulit babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.

Bagaimana dengan anda?

Adakah pernah anda terbeli barangan buatan daripada kulit babi ini seperti kasut, beg tangan, tali pinggang dan seumpamanya?

Diharap kita lebih berhati-hati di masa akan datang.

InsyaAllah, dengan izinnya, semoga kita sentiasa dilindungiNya..

Sebar2kanlah maklumat ini kepada sahabat2 yang lain.....

Friday, July 27, 2012

Awas..teknik terbaru curi kereta...



Minggu lalu, kereta seorang wanita telah dicuri di tempat yang sangat sibuk berhampiran Jaya Jusco di Mahkota Cheras, Kuala Lumpur . Kejadian ini adalah sesuatu yang sangat bernilai untuk dikongsi bersama supaya kita dapat mengurangkan peluang kepada pencuri kereta.

Selepas meletakkan keretanya di tepi jalan di luar Jusco, wanita tersebut mendapati bahawa dia tidak berjaya untuk mengunci keretanya dengan alat kawalan jauh (remote). Pada fikiran beliau alat kawalan jauh tersebut telah kehabisan bateri atau rosak, lalu beliau hanya menggunakan kunci biasa untuk mengunci keretanya secara manual.

Beliau kemudian pergi untuk membeli beberapa barangan runcit dan kira-kira 30 minit kemudian apabila dia kembali ke tempat di mana dia meletakkan kereta beliau, didapati keretanya telah hilang.

Kemudian di balai polis dan juga di agensi insurans, beliau telah diberitahu bahawa terdapat beberapa sindiket mencuri kereta yang menggunakan peranti elektronik 'klip'frekuensi alat kawalan jauh kereta (car remote's frequency clipping). Alat ini boleh mengesan frekuensi remote kereta semasa ia digunakan untuk mengunci kereta.

Kesan dari operasi 'clipping' oleh pencuri kereta ini akan menyebabkan pemilik kenderaan tersebut tidak dapat mengunci kereta dengan alat kawalan jauh.Jadi pemilik kereta akan menguncinya secara manual. Sebaik sahaja pencuri ini memperolehi frekuensi alat kawalan jauh kereta anda, mereka akan mencuri kereta apabila anda berada jauh dari kereta anda.

Pengajaran untuk masa depan apabila anda tidak dapat mengunci kereta anda dengan alat kawalan jauh, kemungkinan tinggi bahawa seseorang berdekatan telah mensasarkan kereta anda. Jadi anda dinasihatkan supaya tidak meletak kenderaan di tempat tersebut dan beredarlah dari situ.

Thursday, July 26, 2012

apa cerita ni...

bila amanah diketepikan dalam hidup..

lambakan surat yang dibiarkan tanpa diberikan kepada pemiliknya..

mungkin ada di antaranya merupakan surat penting atau mengandungi dokumen2 penting...




english contest 2012 skat5



Monday, July 23, 2012

kibar jalur gemilang...

Entri ni agak terlewat saya postkan...
serentak dilancarkan pada 16 Julai 2012 di semua sekolah di seluruh Malaysia....


satu lagi program KPM di peringkat kebangsaan dan semua sekolah merealisasikannya serentak..



Sambutan Hari Guru 2012 - SK LKTP Air Tawar 5




credit untuk anak sulung saya Muhaammad Amirul Hakimi yang telah menghasilkan video ini....TQ Kaito Koruba...

Friday, July 20, 2012

akhirnya... dapat juga nikon 3100




Add caption
bertambahlah lagi satu hobi saya..yang bestnya anak2pun satu kepala..



mmm..4444..252..7171

 Dah lama nak post entri ni...hari ni baru berkesempatan...jom kita bermain dengan angka..
like! comelnya..saya suka bermain dengan angka..


walaupun pageview saya rendah sahaja, nak dibandingkan dengan blogger2 terkenal,namun saya berpuashati dan suka dengan nombor ni...cantikkan!!



sesetengah angka mempunyai sentimental value yang tersendiri buat diri saya..
jam ini menunjukkan angka tepat 2:52 ketika saya memasuki ...
Exit 252 Kulai, Kota Tinggi

satu kebetulan yang menarikkan?


Apapun nombor pilihan kami tetap 7171...mmm..





speechless...malupun ada..

yang ni bikin penasaran! ha2..
 insiden ini cukup memalukan..Pagi pi sek..dok tanya2 awatlah aircond ni tak rasa sejuk..keta pakai x sampai dua tahun aircond dah rosak..
So telefonlah talian hayat Encik BP..awatlah aircond ni x sejuk? BP said balik nanti baru boleh tengok..
 Dah tengahari, cuaca makin panas..sayappun jadilah Mc Gyver sat.. adusshhh terpana seketika..malupun ada ..ada ke x perasan yang temperature dioffkan, patutlah x sejuk... ini mesti set gedebe punya keje ni..
Yang aku pulak pun ada salahnya..bila orang laki kata pompuan pandai drive aje, aku nak marah dan angin satu badan..tapi hakikatnya..ha2 memang betulpun. terimalah hakikatnya cik kak oii.. kememe betul...
yang ni baru ok!
Apapun moral of story....belajarlah untuk ambil tahu function yang ada kata dalam keta supaya tak nampak sangat ketidakcakneannya * betul ke istilah ni* bila berlaku sesuatu disebabkan kejahilan kita untuk mengetahui dan belajar tentang sesuatu perkara. Kena belajar waimma hendak menukar tayar kereta sekalipun..cuba dan terus cuba disamping tanam keyakinan diri kita boleh melakukannya...ha2..walaupun tajuk speechless.. tapi banyak juga saya membebel kat entri ni...

Hari Terbuka SMSSI, Mersing

Assalamualaikum..

Semalam juga saya ke SMSSI untuk menghadiri hari terbuka anak sulung saya Hakimi yang sekarang sedang belajar dalam tingkatan 2..Kesempatan digunakan untuk beramah mesra dengan ibu bapa yang ratanya saya lihat mereka mempunyai komitmen yang tinggi terhadap pembelajaran anak masing2 walaupun status ekonomi membezakan antara mereka... Pendidikan anak2 diutamakan..dan saya merasa bertuah kerana Hakimi terpilih belajar di sekolah yang mempunyai nama yang cukup baik ini.

Pada saya  nak masuk ke sini mesti strong pelajaran dan aktif serta mempunyai sahsiah yang tinggi.., tapi yang paling penting ialah bagaimana mereka perlu mengekalkan prestasi cemerlang dan  berdaya saing sesama mereka untuk meningkatkan perestasi tapi yang paling penting bagaimana mereka ingin muncul sebagai pelajar yang terbaik dari segi akedemik dan sahsiah..Kalau tak kuat semangat boleh kecundang di tengah jalan.

Doa saya semuga Hakimi terus maju  dalam pelajaran di sini dengan cemerlang dan terus meningkat walaupun secara evolusi..yang penting semangat bersaing dan daya juang mesti tinggi..



 Foto ketika majlis hari terbuka semalam...

ngeteh sehari sebelum 1 Ramadhan

Assalamualaikum...
Pagi semalam sibuk nak ke SMSSI Mersing..Hari ni dah mula puasa. Paginya saya dengan suami dan Alif mencari port paling baik untuk sarapan sebelum ke Mersing.  BP ajak makan kat satu gerai di Kota.  Tempatnya sempoi tapi makanannya sedap terutama nasi dagang...susah betul nak cari nasi dagang sedap tapi kat warung ni memang sedap. 

Walaupun kecik warungnya, tapi pelanggan sentiasa ada..Agaknya depa nak bantai makan sebelum Ramadhan kot.. Apa2 jelah.. tapi yang penting kesihatan dan pemakanan kena jaga kerana boleh mengudang musibah yang besar..Saya ni cakap aje..tapi bila dah kena dengan seleranya...kasi bantai aje..mujurlah perut ni x boleh masuk banyak2 walaupun badan berisi gak..kadar metabolisme rendah kot..coverline je le tu..he2..
 



Thursday, July 19, 2012

TQ utk my mentor @ blogger pilihan..

Assalamualaikum...
mmm..malam ni tetiba je nak masuk post ..mata dah ngantuk ni. Esok nak ke SM Sains Sultan Iskandar, Mersing ada hari terbuka Kaito..
tapi gerk hati saya malam ini ialah saya ingin mengucapkan terimakasih kepada beberapa blogger mentor saya yang selama ini banyak memberi saya inspirasi tentang dunia blogger walaupun blog saya ni picisan sahaja. Thanks untuk blogger Mazidul Akmal Sidik, Nasir Hamzah,  dan semestinya Ben Ashaari kerana menyedari kehadiran blog saya serta memberi motivasi kepada saya untuk memeriahkan dunia blogger. Saya amat menghargainya...kita bagaikan satu famili. menghargai dan dihargai...

Wednesday, July 18, 2012

sungai 5 warna di Colombia


Cano Crystals, Sungai 5 Warna di Colombia



Cano Crystals (Caño Cristales) yang terletak di hutan simpan Serrania de La Macarena, Colombia diiktiraf sebagai sungai yang tercantik di dunia. Keunikkan sungai ini ialah air sungai ini akan berubah kepada 5 warna untuk satu tempoh antara musim hujan dan musim kemarau. Ia dikenali sebagai River of five colours.
Sebab utama warna air berubah ialah kerana sungai ini dipenuhi pelbagai alga tetapi air sungai ini tetap jernih. Untuk datang ke sini, anda perlu mahir menunggang kuda kerana ia satu-satunya jalan untuk kesini. Wah, hebat sekali kan ciptaan Allah S.W.T
Fakta ringkas:
Cano Crystals terletak di hutan simpan Serrania de La Macarena, Colombia. Bagi yang tak tau Colombia tu di mana, ia merupakan negara jiran kepada Venezuela.
  • Biasanya, Cano Crystal adalah sama dgn kebanyakan sungai-sungai lain. Tetapi untuk satu tempoh di antara musim hujan dan musim kemarau, sungai ini akan dipenuhi dengan pelbagai alga yang merubah sungai ini kepada 5 warna.
  • Walaubagaimanapun, air sungai ini tetap jernih dan tidak berkeladak.
  • Jika anda berkeinginan untuk datang ke sini, anda harus datang pada waktu yang tepat iaitu di antara musim hujan dan musim kemarau sahaja.
Sumber: Fasihah &amp

Sunday, July 15, 2012

Pelajar Tingkatan 5 ditemui mati tergantung

FOTO: Pelajar Tingkatan Lima Ditemui Mati Tergantung

KULIM – Seorang pelajar tingkatan lima ditemui mati dalam keadaan tergantung di tapak medan selera yang tidak lagi diusahakan, kira-kira jam 7.30 pagi, kelmarin.


Mayat pelajar berkenaan ditemui penduduk Taman Selasih yang kemudiannya menghubungi polis. Ketua Balai Polis Kulim, Asisten Superintendan Mohd Azlan Abd Kadir berkata, ketika ditemui mangsa memakai baju T dan seluar seragam sekolah.

Dari siasatan awal dijalankan mendapati, sebelum ini mangsa bersekolah di Lunas bagaimanapun terpaksa berpindah ke Kulim.

“Mangsa berusia 17 tahun dan masih bersekolah di tingkatan lima. Mayat mangsa ditemui oleh orang awam dalam keadaan tergantung di mana lehernya terjerut dengan tali nilon.
“Ketika pemeriksaan dijalankan terhadap mayat mangsa, polis turut menemui sekeping nota yang ditulis mangsa di atas singki berdekatan dengannya, ” katanya.

Menurutnya, dalam nota itu bertulis, ‘tiga nama ini harus berada di hari pengebumian saya’ mayat mangsa kemudiannya di bawa ke bilik Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat.
Hasil maklumat waris mangsa, mangsa merupakan seorang pelajar pintar dan disenangi keluarga.
Mohd Azlan berkata, keputusan bedah siasat menunjukkan mangsa mati tergantung dan polis tidak menemui sebarang perlakuan jenayah terhadap mangsa dan mengklasifikasikan kematian mangsa sebagai mati mengejut. (Sinar Harian)

Bila baca entri di atas, terfikir mengapalah pengakhiran hidupnya sebegini...saya tak pandai dan tak berani nak komen lebih2..cuma berharap agar kejadian sebegini dijauhkan dari berlaku kepada kita dan orang2 yang kita sayangi..

Saturday, July 14, 2012

mengunjungi rumah Ayu melihat bayinya...

Assaamualaikum...
Habis sesi persekolahan tengahari Jumaat semalam, kami guru2 perempuan meluang sedikit masa menjenguk saudara kami Ayu yang telah mendapat cahayamata ke 4...Pergilah kami secara konvoi ke rumah Ayu di Bandar Mas...Beberapa foto dirakamkan di kediaman beliau dan juga bayinya...tak lupa juga gelgat rakan2 ...Semuga ukhwwah ini terus berpanjangan...


Puan Jamaliah....emmm masih ada peluang tu he2...

Moi macam geram sangat kat baby tu..ngapa ek?



Ayu dan babynya



sori JR...pic 'blur'

apalah yang bising2 sangat ni kawan mak saya ni..huh! nak tidoqpun x boleh..

alahai comel dan sucinya seorang bayi...
Usai ziarah,kami pulang di saat kaum Adam berpusu2 ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat...keberkatan hari Jumaat..Penghulu segala hari..Wassalam...

5 kes jenayah yang menggemparkan Malaysia

 Credit untuk: BeautifulNara


Kes Bunuh Warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu
Shaariibuugiin Altantuyaa atau Altantuya Shaariibuu, seorang warga Mongolia, adalah mangsa bunuh yang sama ada dibunuh menggunakan bahan letupan C-4 atau dibunuh dahulu kemudian mayatnya diletupkan menggunakan bahan letupan C-4 pada 18 Oktober 2006 di sebuah kawasan tinggal di Shah Alam.
Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati kepada dua orang tertuduh, Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar pada 9 April 2009 yang didapati bersalah membunuh Altantuya selepas perbicaraan selama 159 hari.
Kes bunuh Altantuya kini juga sedang disiasat oleh pihak berkuasa Perancis.
Untuk informasi penuh, sila ke Wikipedia.

Kes Rogol dan Bunuh Nurul Huda Abdul Ghani
Nurul Huda Abdul Ghani ialah seorang budak perempuan berusia 10 tahun yang ditemui dalam keadaan bogel dalam pondok kawalan pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad di Tanjung Kupang, Johor pada tahun 2004. Basikalnya ditemui di luar pndok tersebut. Dia dipercayai telah dirogol secara bergilir-gilir oleh tiga lelaki, termasuk seorang pengawal keselamatan.



Pengawal keselamatan berumur 46 tahun yang bertugas di pencawang itu, Mohd Abbas Danus Baksan ditahan selepas bergelut dengan polis kerana enggan membuka pintu pagar pencawang dan sebaliknya menyerang polis yang cuba memasuki kawasan itu.
Nurul Huda ialah anak bongsu Ketua UMNO Cawangan Kampung Pekajang, Ghani Juni yang bekerja sebagai pembantu am rendah di sekolah tempat anaknya belajar. Ghani mempunyai sembilan anak.
Kejadian dikatakan berlaku setelah Nurul Huda keluar untuk membeli barang di kedai runcit berhampiran, manakala pondok tersebut terletak hanya 100 meter dari rumahnya dan Nurul Huda perlu melalui kawasan pencawang tersebut untuk ke kedai runcit yang terletak 500 meter dari rumahnya.



Bagaimanapun, pada tahun 2008 Mohd Abbas telah terlepas dari hukuman mati kerana semua keterangan keadaan yang dikemukakan pihak pendakwaan tidak menunjukkan yang kesalahan itu dilakukan sepenuhnya oleh Mohd Abbas setelah dia mengemukakan rayuan kerana didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Johor kerana membunuh Nurul Huda.
Dia juga dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 24 sebatan dengan rotan oleh Mahkamah Sesyen Johor Baharu pada 26 Jan 2004, selepas dia mengaku bersalah merogol budak perempuan itu.
Peguam yang mewakili Mohd Abbas, Jagdish Kaur, berhujah terdapat orang ketiga terlibat dalam kes itu dan Mohd Abbas dalam keteranganya berkata dirinya dan dua lelaki lain bernama Suyaimi Mohd Zin dan “Jojo” merogol budak perempuan itu.
Katanya pertuduhan asal di Mahkamah Majistret, menyatakan Mohd Abbas melakukan kesalahan itu bersama-sama dua lagi lelaki tetapi selepas kes itu dihadapkan ke Mahkamah Tinggi, hanya nama Mohd Abbas disebut.
Katanya (Jagdish) hakikat yang Suyaimi atau mana-mana orang lain tidak didakwa bersama-sama dengan Mohd Abbas menunjukkan yang pendakwaan tidak mempunyai bukti terhadap mereka.
Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Hanafiah Zakaria berhujah berdasarkan keterangan, jelas menunjukkan Mohd Abbas telah membunuh Nurul Huda kerana hanya dia seorang yang bekerja di pondok pengawal itu dan keengganannya membenarkan polis dan abang Nurul Huda masuk ke pondok itu untuk menyiasat menunjukkan yang dia menyembunyikan sesuatu.
Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri Zaki Tun Azmi berkata terdapat banyak lompang dalam kes pendakwaan dan penyiasatan pihak pendakwaan juga tidak lengkap.
“Adalah menjadi tanggungjawab pendakwaan untuk membuktikan pembunuhan itu. Tugas pihak pembelaan ialah untuk menimbulkan keraguan,” katanya.
Mahkamah, bagaimanapun, mengekalkan hukuman penjara 20 tahun dan 24 sebatan dengan rotan yang diputuskan Mahkamah Sesyen Johor Baharu bagi kesalahan merogol budak prempuan itu, yang Mohd Abbas mengaku bersalah. Namun dia terlepas hukuman sebatan kerana pada masa itu berumur 52 tahun.

***

***
Kes Bunuh Nurul Nadirah @ Dirang
Nurul Nadirah @ Dirang dilaporkan hilang pada 1 Mac lepas oleh ibunya, Roselyn Alan, 25. Roselyn memberikan RM 4 kepada Dirang untuk membeli telur ayam dan dua bungkus mi segera di kedai runcit yang terletak di tingkat bawah blok di sebelah rumahnya. Rumah mereka terletak di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Masai, Johor.

Berikutan kehilangan Dirang, gerakan mencari beliau dilaksanakan selama beberapa hari oleh pihak berkuasa dan penduduk tempatan. Kehilangan Dirang juga mendapat liputan meluas pihak media.
Pada 8 Mac 2012, mayat kanak-kanak yang rentung telah dijumpai di sebuah kawasan tanaman kelapa sawit di Nusa Damai, Masai, 20 KM dari Flat Seri Delima. Pada 12 Mac 2012, mayat rentung itu disahkan oleh pihak polis sebagai Dirang melalui ujian DNA.

Bapa kandung Dirang, Handri Yongot, 35 pada mulanya disyaki sebagai suspek, tetapi kemudiannya dibebaskan dari tuduhan dan dihantar ke Filipina, dari mana dia datang sebelum memasuki Malaysia tanpa dokumen perjalanan sah.
Seramai tiga orang suspek termasuk seorang wanita direman untuk siasatan kes pembunuhan Dirang.
Bagaimanapun, pada 27 Mac 2012, Muidin Maidin, 24, jiran Roselyn, telah didakwa melakukan perbuatan kejam itu terhadap Dirang di ladang kelapa sawit, Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Masai antara pukul 11 pagi dan 7 malam, 1 Mac lepas.
Lelaki bermisai nipis itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati di tali gantung jika disabitkan kesalahan.

Kes Bunuh Noritta Samsudin
Norrita Samsudin, seorang eksekutif pemasaran dan model sambilan ditemui mati di unit No. D71, Kondominum Puncak Prima Galleria, Sri Hartamas, Kuala Lumpur oleh rakan serumahnya, Nor Azora Hamid pada pukul 4.00 pagi Jumaat, 5 Disember 2003. Dia dipercayai dibunuh di antara pukul 12.30 tengahari hari sebelumnya hingga 4.00 pagi dia ditemui.

Jenazahnya di bawa ke rumah keluarganya di Kampung Surau, Utan Aji, Perlis. Pada 7 Disember 2003.
Polis kemudiannya menahan Nor Azora Hamid, 25 dan teman lelakinya Kenneth Michael Yap Teik Huat, 38, untuk membantu siasatan.
Seramai lapan suspek termasuk dua yang dipercayai bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu telah ditangkap. Hasil ujian Asid Deoksiribonukliek (DNA) mendapati salah seorang suspek tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan pembunuhan itu.
22 Disember 2003, Hanif Basree Abdul Rahman di hadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh dan kes itu kemudiannya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Kes perbicaraan Hanif Basree bermula pada 5 Mei 2004 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati.


Bagaimanapun, Jurutera Hanif Basree Abdul Rahman yang dituduh membunuh eksekutif pembangunan perniagaan Noritta Samsudin dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini 1 Julai 2005.
Hakim Datuk Abdull Hamid Embong berkata, pendakwaan telah gagal mengemukakan bukti yang cukup untuk mewujudkan kes prima facie terhadap jurutera Majlis Bandaraya Shah Alam itu.
Mahkamah Persekutuan pada 28 Mac 2008 kemudiannya mengekalkan keputusan yang melepas dan membebaskan Haniff Basree.
Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zaki Azmi yang mengetuai panel lima hakim memutuskan demikian dengan sebulat suara semasa menolak rayuan pihak pendakwaan bagi mengetepikan keputusan mahkamah rayuan yang mengekalkan keputusan membebaskan Hanif Basree yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Sebuah akhbar melaporkan bapa Noritta sebagai berkata:
Saya lebih suka membaca laporan akhbar mengenai kes Norrita di kebun saya kerana suasana di sana sunyi dan menyegarkan. Yang penting, di situ saya boleh menangis sepuas-puasnya.
Menurut satu sumber, ibu dan bapa Allahyarham Noritta telah bercerai selepas kejadian itu, dan bapa Noritta telah meninggal dunia beberapa tahun selepas kes itu berlaku manakala ibunya telah berkahwin semula.

Kes Bunuh Along Spoon @ Sabi’ul Malik
Along atau nama sebenarnya Sabi’ul Malik Shafiee, ialah penyanyi kumpulan Pop Rock, Spoon. Beliau yang ketika itu berusia 19 tahun, telah ditemui mati dalam sebuah guni di sebuah gaung, bertempat di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu pada jam 1 pagi, 6 Januari 2000.



Sebelum itu, Along dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999, Along dipercayai telah dibunuh di sebuah tempat lain sebelum mayatnya dibuang di dalam gaung tersebut.
Ibu dan bapa Along, bagaimanapun enggan menerima keputusan DNA yang mengesahkan mayat tersebut sebagai Along, dan masih berharap Along akan ditemui semula dalam keadaan hidup.



Pada 19 Januari 2000, seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal, Mohamed Ya’cob Demyati dari cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dihadapkan ke mahkamah Majistret Seremban atas tuduhan membunuh Along.
Mohamed Ya’cob kemudiannya pada 10 April 2002 didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi terhadap tuduhan membunuh Along dengan sengaja pada pukul 1 pagi, 26 Disember 2000.
Pada 2 November 2010 Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadap Mohamed Ya’cob.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...