Saturday, December 15, 2012

3 maut kemalangan di km 44 (Felda Air Tawar 5) kota tinggi- sungai rengit (15/12/2012)


petangg tadi, pulang dari kota....jem teruk di jalan teluk sengat -air tawar 5 hampir 5 km. rupanya ada accident melibatkan sebuah lori dan 3 buah kereta ( yang saya nampak ketika itu)...sempat recordkan. berselisih dgn 2 kereta yang ditunda...rosak teruk nampaknya.

saya sempat recordkan keadaan kereta ysng terperosok di bawah lori...mmg mengerikan..saya tidak  tahu adakah melibatkan kehilangan nyawa atau tidak saat entri ini ditulis.....tapi kemalangan ini bagi saya cukup
kuat melihatkan keadaan 3 buah  kereta tersebut yang rosak teruk..
berhati-hati2 di jalanraya....





16.12.12 -  laporan terkini kemalangan maut di jalan kota tinggi - sungai rengit yang saya ambil dari laporan BERNAMA..


3 maut dalam kemalangan babit 5 kenderaan

16/12/2012 4:39pm

KOTA TINGGI — Tiga maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 44, Jalan Sungai Rengit–Kota Tinggi di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt. Che Mahazan Che Aik berkata, mereka ialah Mohd. Ali Kenid, 51, dari Kampung Felcra Sungai Layau, Abdul Samah Darmawi, 56, dari Felda Kledang dan Siti Noraizah Abdul Wahab, 21 dari Felda Sungai Mas.
Beliau berkata, Mohd. Ali meninggal dunia di tempat kejadian, Abdul Samah ketika dalam perjalanan ke Hospital Kota Tinggi (HKT) manakala Siti Noraizah pula selepas lima jam menerima rawatan di HKT.
"Kemalangan berlaku kira-kira pukul 5 petang apabila lori treler yang dalam perjalanan menuju ke Kota Tinggi telah bergesel dengan sebuah kereta jenis Proton Saga yang dipandu oleh Siti Noraizah, yang datang dari arah bertentangan.
"Kejadian itu menyebabkan lori treler berkenaan hilang kawalan lalu masuk ke arah bertentangan lalu bertembung dengan kereta Proton Wira yang dipandu oleh Mohd. Ali.
"Kereta yang dipandu oleh Abu Samah dari arah Kota Tinggi ke Sungai Rengit juga tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian tengah lori berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Che Mahazan berkata, pada masa sama, sebuah lagi kereta jenis Proton Saga yang mengekori kenderaan dipandu Siti Noraizah juga tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang kereta mangsa, namun pemandunya hanya cedera ringan.— BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1216&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_04.htm#ixzz2FDNNa41o 
Hakcipta terpelihara 



2 comments:

muhamad nazri said...

Kemalangan melibatkan 4 buah kereta sbenarnya

Pelangi Petang said...

terimakasih muhammad nazri kerana menambah info tentang accident ini...info terbaru dari rakan yg kebetulan di HKT memberitahu semalam seorang mangsa perempuan dari Sungai Mas meninggal...kalau ada info terkini..kongsi2lan di entri ini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...