Tuesday, June 18, 2013

bas express rempuh treler

Ipoh: “Kecuaian pemandu bas menyebabkan isteri saya cedera dan terpaksa menjalani pembedahan akibat pendarahan dalam perut,” kata mangsa kemalangan bas ekspres, Chan Chin Seong, 29, selepas dia dan isterinya, See Yee, 25, tercampak ketika bas dinaiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 301.2, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Tapah awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, mangsa dan isteri bersama dua anak lelaki berusia empat dan enam tahun cedera selepas bas berkenaan merempuh belakang treler menyebabkan 13 daripada 28 penumpang dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk rawatan.
Chin Seong yang ditemui di wad kecemasan HRPB pagi semalam berkata, isterinya itu kini separuh sedar dan sudah menjalani imbasan sinar X.

Dia yang bekerja sebagai pengurus operasi kedai fabrik dan langsir berkata, doktor memberitahu perut isterinya mengalami pendarahan dalaman dan perlu menjalani pembedahan.
Foto
KEADAAN bas ekspres dinaiki sekumpulan pekerja syarikat fabrik yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 301.2 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Tapah, awal pagi semalam.

“Kemalangan berlaku sekelip mata dan kami sememangnya mula berasa tidak sedap hati kira-kira 20 minit sebelum nahas berlaku.

Sunday, June 16, 2013

menarik..lukisan yang simple dijual USD44 juta...

Hebat! Lukisan ‘Simple’ Ini Dijual Dengan Harga USD$44 Juta


Hebat! Lukisan ‘Simple’ Ini Dijual Dengan Harga USD$44 Juta
Hebat! Lukisan ‘Simple’ Ini Dijual Dengan Harga USD$44 Juta -
Lazimnya, lukisan yang dilukis dengan menarik dan mempunyai nilai abstrak yang tinggi akan dijual pada harga yang tinggi. Namun, siapa sangka dengan lukisan yang hanya dilukis dengan cara yang paling senang dan ‘simple’ ini, di mana ia akan dijual pada harga setinggi USD$44 juta. Nak tahu apa yang menariknya pasal lukisan tu, mari tengok di bawah ni.
Walaupun tanggapan seni itu terletak pada pandangan penonton, namun “seni” pada lukisan ini betul-betul gila! Tiada siapa yang dapat menyangka bahawa lukisan pada kanvas biru dengan satu garisan putih ini mampu dijual pada harga yang tinggi. Malah, lukisan ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dengan keadaan mata yang tertutup.
Lukisan yang dinamakan “Onement VI” yang dilukis oleh seorang pelukis ekspresionis abstrak, Barnett Newman telah dijual pada Selasa lalu di pusat lelongan Sotheby dengan nilai USD$43.8 juta.
Lukisan yang dilukis di atas kanvas berukuran 8.5 kaki x 10 kaki ini telah dilukis oleh Newman pada tahun 1953. Hingga semalam, lukisan Newman sebelum ini iaitu “Onement V” telah memegang rekod dengan nilai USD$22.4 juta pada tahun lepas.
Sekiranya Newman masih hidup, kemungkinan besar karya lukisannya boleh mencecah nilai jualan sebanyak USD$50 juta. – 
Hebat! Lukisan ‘Simple’ Ini Dijual Dengan Harga USD$44 Juta
Hebat! Lukisan ‘Simple’ Ini Dijual Dengan Harga USD$44 Juta
Hebat! Lukisan ‘Simple’ Ini Dijual Dengan Harga USD$44 Juta
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...