Saturday, November 19, 2011



Jika wanita sememangnya sudah terkenal dengan waktu dimana mereka akan cepat marah, tidak ceria, dan mood tidak baik terutamanya ketika mereka datang bulan (haid), lelaki juga mempunyai masa yang sesuai yang perlu difahami. Faktor ini disebabkan oleh pengaruh hormon yang akan mempengaruhi emosi seseorang tanpa kita sendiri sedari. Jadi apakah cara terbaik untuk memahami mood lelaki?
Sekiranya anda ingin mengajak mereka berjalan atau membantu menyelesaikan sesuatu tugas, minta bantuan mereka antara pukul 9-12 pagi- Lelaki yang baru sahaja bangun tidur akan dipengaruhi oleh hormon testosteron, yang akan membuatkan mereka berasa aktif. Hormon ini akan membantu menaikkan semangat mereka untuk menjadi hero pada anda. Sekiranya anda ingin meminta bantuan mereka untuk mengubah almari baju, sofa atau barangan berat yang lain, dinasihatkan meminta bantuan pada waktu ini.
Sekiranya anda inginkan mereka bersetuju dengan cadangan anda, nyatakan cadangan anda antara pukul 3-4 petang- Mungkin anda mempunyai cadangan untuk melakukan sesuatu, sebagai contoh destinasi percutian atau sebagainya. Nyatakan cadangan anda pada waktu ini. Ia kerana pada waktu ini kandungan hormon testosteron yang ada dalam tubuh lelaki berada dalam keadaan yang rendah. Ini akan membuatkan pemikiran mereka menjadi lebih matang dan peratusan cadangan anda untuk diterima adalah amat tinggi.
Sekiranya anda ingin berbincang atau luahkan mengenai sesuatu isu yang sensitif, lakukannya antara jam 8-10 malam- Pada waktu ini pula, hormon oxytoxin akan memenuhi tubuh seseorang lelaki dan akan membantu mereka untuk berasa segar dan menenangkan. Mungkin ada sesetengah perkara yang anda tidak bersetuju terhadap mereka dan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini adalah melalui perbincangan. Sekiranya anda berbincang pada waktu ini, kebiasaannya lelaki akan lebih bersikap terbuka dan lebih memahami.











Penampilan diri sangat penting untuk penilaian awal orang lain terhadap diri anda ketika pertemuan kali pertama. Ini kerana melalui penampilan, orang lain akan cuba membuat seribu satu andaian mengenai tingkahlaku, sifat, kerjaya dan sebagainya. Jadi, apakah fakta sekiranya anda memiliki penampilan diri yang menarik?
(1) Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, peratus seseorang yang berpenampilan menarik berjaya didalam temuduga adalah 3 atau 4 peratus lebih tinggi berbanding orang yang kurang berpenampilan menarik. Ini menunjukkan bahawa penampilan mempengaruhi penemuduga dalam memilih pekerja.
(2) Kajian juga menunjukkan bahawa pendapatan lelaki yang berpenampilan menarik adalah lebih tinggi berbanding wanita yang berpenampilan menarik.
(3) Seorang yang berpenampilan menarik mempunya peratus sebanyak lebih 80% untuk mempengaruhi orang lain.
(4) Lelaki yang berpenampilan menarik lebih mudah untuk mendapatkan perhatian daripada seseorang yang lebih berusia berbanding rakan sebaya atau seseorang yang lebih muda daripada mereka.
(5) Berpenampilan menarik sebenarnya mempengaruhi minda separa sedar orang lain untuk membina kepercayaan terhadap diri anda.
(6) Kajian juga menunjukkan bahawa majoriti seseorang yang memiliki penampilan yang menarik bekerja dalam bidang media massa.
(7) Kepandaian seseorang yang berpenampilan menarik biasanya adalah lebih rendah berbanding mereka yang tidak berpenampilan menarik.
(8) Seorang yang berpenampilan menarik lebih bersifat aktif dan mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi berbanding mereka yang kurang berpenampilan menarik yang lebih pasif dan pendiam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...