Sunday, January 15, 2012

kasih ibu..


Renungi Sejenak..

Mari sejenak kita lepaskanlah segala hiruk-pikuk dunia..
Lupakanlah semua status, gelaran, dan kedudukan kita waktu ini..
Tundukkanlah wajah dan pejamkan mata..
Marilah kita menjelajah waktu, dua puluh atau tiga puluh tahun yang lalu sebelum kita dilahirkan..
Bayangkanlah seorang wanita yang sedang hamil, itulah ibu kita .
Lelah, letih ibu mengandung selama sembilan bulan..

Dan sekarang, dia sedang mengalami kesakitan..
Keringat dingin satu demi satu mulai berjatuhan..
Sekuat tenaga dia tahan untuk tidak berteriak..
Dia gigit bibirnya sekuat tenaga, namun apa daya
Sakit tak tertahankan, sehingga teriakan pun terlontar
Aduuhh.. sakiiit… Ya Allah.. sakiit!
Seminit, sepuluh minit, satu jam, dua jam, empat jam,
Tujuh jam lebih ibu meregang kesakitan, hingga akhirnya…

Titis demi titis darah mengalir..
Mata membeliak seketika, ibu bertarung antara hidup dan mati
Sehingga akhirnya lahirlah kita…
Kesakitan itu tidak dia hiraukan
Hanya senyum yang menyambut kelahiran kita….

Saudara-saudaraku sekalian,
Kita lihat wanita itu sekarang…
Kulitnya bertambah keriput, badannya sakit,
Rambutnya memutih,
Berjalan tertatih-tatih
Itulah ibu kita…

Dimana kita sering meminta upah jika disuruh.
Seringkali kita membantah kerana malas….
Namun, apa jawapan wanita tua itu?

1) Upah mengandung selama 9 bulan:
- PERCUMA

2) Upah berjaga malam :
- PERCUMA

3) Upah air mata yang menitis kerana kita:
- PERCUMA

4) Upah khuatir kerana memikirkan keadaan kita:
- PERCUMA

5)Upah menyediakan makan minum, pakaian dan keperluan kita:
- PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasih ibu:
- PERCUMA

Dan suatu masa nisan ibu akan terpancang..
Tidak akan ada lagi panggilan merdu dari ibu….
Tidak akan ada lagi tatapan sayang dari seorang ibu…
Tidak ada lagi kesempatan kita berbakti di dunia…

Ya Allah, Jadikan kami Anak yang soleh
Anak yang selalu berbakti kepada orang tua..

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan facebook anda.Sharing is Caring
~7Legendz~

cinta itu fitrah

Cinta seorang lelaki kepada wanita dan cinta wanita kepada lelaki adalah perasaan yang manusiawi yang bersumberkan dari fitrah yang diciptakan Allah SWT di dalam jiwa manusia , iaitu kecenderungan kepada lawan jenisnya ketika telah mencapai kematangan fikiran dan fizikalnya.
“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri , supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya , dan dijadikan-Nya diantara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar- benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (QS Ar Rum : 21)
Cinta pada dasarnya adalah bukanlah sesuatu yang kotor , kerana kekotoran dan kesuciannya bergantung kepada kita. Jika kita mengarah cinta itu kepada kebaikan, maka terbitlah cinta yang suci dan halal. Jika kita mengarahkan cinta kita berlandaskan hawa nafsu semata – mata, maka terbitlah cinta yang kotor dan haram
Cinta mengandungi segala makna kasih sayang , keharmonian , penghargaan dan kerinduan , disamping mengandungi persiapan untuk menempuh kehidupan dikala suka dan duka, lapang dan sempit.
Cinta bukanlah hanya sebuah tarikan luaran sahaja.
Tarikan secara luaran hanyalah permulaan cinta, bukan puncaknya.
Dan sudah fitrah manusia untuk menyukai keindahan.
Tetapi disamping keindahan bentuk dan rupa harus disertai keindahan keperibadian dengan akhlak yang baik.
Islam adalah agama fitrah. Kerana itulah Islam tidaklah membelenggu perasaan manusia.
Islam tidak mengingkari perasaan cinta yang tumbuh pada diri seorang manusia .
Akan tetapi Islam mengajarkan pada manusia untuk menjaga perasaan cinta itu, dirawat dan dilindungi dari segala kehinaan dan apa saja yang mengotorinya.
Islam membersihkan dan mengarahkan perasaan cinta. Islam mengajarkan bahawa sebelum dilaksanakan akad nikah, kita harus bersih dari persentuhan dan perkara – perkara lain yang haram.
Jadi, kenapa ada sesetengah dari kita mahu menghalang perasaan cinta?
Cinta itu hendaklah dikawal, Bukan Dihalang. Kerana Cinta adalah Fitrah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...