Bila hadir cinta yang satu Jangan ditanya siapa dia Tanyalah siapa kita Dan pulang kemana akhirnya...
Saturday, April 7, 2012
Anak-anak yang tidur dengan lampu menyala akan berisiko mengidap leukemia. Para ilmuwan menyatakan bahawa tubuh perlu suasana gelap untuk menghasilkan bahan kimia bagi melawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu tandas, lampu tidur, lampu-lampu jalanan dan sebagainya dapat menghentikan penghasilan bahan melatonin.
Tubuh memerlukan bahan kimia untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan bahan melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.
Prof. Russle Reiter dari Texas University yang memimpin penelitian tersebut mengatakan “Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, otak anda segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan bahan melatonin menurun.”
Jumlah anak-anak yang mengidap leukimia meningkat dua kali ganda dalam kurun 40 tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda dibawah 15 tahun didiagnosis menderita penyakit ini setiap tahun dan sekitar 100 orang meninggal.
Satu persidangan berkaitan tentang anak-anak yang menderita leukimia diadakan di London menyatakan bahawa mereka menderita kanser akibat terlalu lama memasang lampu waktu tidur di malam hari berbanding dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.
Hal ini menekan penghasilan melatonin di mana secara normalnya terjadi antara jam 9 malam s/d jam 8 pagi. Penelitian terdahulu telah menunjukkan bahawa orang-orang yang paling mudah diserang adalah para pekerja shif yang memiliki risiko terkena kanser payudara.
Pada kenyataannya, Orang-orang buta tidak terdedah terhadap melatonin dan memiliki risiko yang lebih rendah untuk mengidap kanser. Maka para ibu bapa disarankan untuk menggunakan lampu tidur yang suram berwarna merah atau kuning jika anak-anaknya takut pada kegelapan.
Maha Suci Allah yang menciptakan malam dan siang di mana waktu malam itu dijadikan-Nya gelap gelita supaya hamba-hamba-Nya dapat merehatkan tubuh badan yang penat bekerja di siang hari. Begitulah fitrah kejadian manusia di mana Allah Maha Mengetahui apa keperluan hamba-hamba-Nya kerana Dialah yang menciptakan kita semua.....Maka nikmat TuhanMu yang mana engkau dustakan...Wallahu'alam.
Thursday, April 5, 2012
sekadar info untuk dikongsi...
Tidur Berbantalkan Lengan Suami
Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (mengikut satu
kajian) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan
suami selepas 3 tahun berkahwin.
Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.
Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak
lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka
merasa damai dan tenang.
Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.
Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di
atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya
Tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang
Ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda.
(pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu betapa asyik dan rilexnya)…FAKTA
Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan
suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap
lena tidur.
Dan peringatan untuk lelaki/suami, jangalah cukur
ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit sahaja bulu-bulu itu
yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita.
Pada isteri-isteri semua, anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami?
credit dari page facebook
Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (mengikut satu kajian) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin.
Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.
Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang.
Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.
Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya
Tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang
Ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda.
(pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu betapa asyik dan rilexnya)…FAKTA
Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.
Dan peringatan untuk lelaki/suami, jangalah cukur ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit sahaja bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita.
Pada isteri-isteri semua, anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami?
credit dari page facebook
Subscribe to:
Comments (Atom)
