5 Tip Istimewa untuk Suami
Isteri adalah anugerah dan nikmat istimewa yang diberikan
oleh Allah untuk lelaki. Kebanyakan kita apabila bercinta amat romantik
namun apabila sudah berkahwin, sifat romantic tersebut semakin padam
dan hampir lenyap. Semaikan semula perasaan cinta anda agar hidup suami
isteri bertambah dengan nikmat dan kebahagiaan.
Berikut adalah Tips untuk Suami.
1. Berikan bunga atau hadiah istimewa.
Boleh dilakukan pada awal bulan setiap kali menerima gaji.
Hantarkannya semasa dia bekerja atau dirumah. Luahkan kasih saying anda.
Hadiah dan bunga tidak perlu mahal.
2. Berikan Kad, Surat, Text atau FB message.
Tulis sesuatu yang indah untuk isteri seperti betapa cantiknya dia,
rindukan masakannya (walaupun maggi) atau sekadar ucapan terima kasih
kerana menjaga dan mendidik zuriat anda.
3. Ringankan beban isteri.
Cinta tidak perlu diluahkan dengan kata-kata. Ia amat bermakna apabila
dipraktikkan. Tolong Isteri dengan kerja rumah yang begitu membebankan.
Mengambil giliran menjaga anak atau dengan memberikannya sedikit masa
(Time Out) masa untuk rehat seketika dari membuat kerja rumah (bagi
surirumah sepenuh masa)
4. Luahkan kasih sayang.
Bilakah
kali terakhir anda mengucapkan cinta anda kepada isteri? Ucapan ini amat
bermakna. Ia sbenarnya memberikan maksud yang luas. Dengan mengucapkan
cinta, anda seperti memberikan harapan dan keyakinan kepada isteri dan
menguatkan semangat untuknya dalam menghadapi dunia yang penuh dugaan
ini.
5. Bawa dia keluar.
Gunakan masa yang ada untuk
membawa isteri anda keluar bersiar. Jika ada peluang, lakukan aktiviti
bersama-sama seperti menaiki basikal, berjogging, melawat museum atau
pameran atau sekadar jalan jalan cari makan.
Bila hadir cinta yang satu Jangan ditanya siapa dia Tanyalah siapa kita Dan pulang kemana akhirnya...
Monday, April 16, 2012
Sunday, April 15, 2012
Jangan di tangisi apa yang bukan milik mu
Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa.Sesuatu yang
luput dari genggaman , keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang
tidak sesuai dengan harapan.
Dan sungguh sangat
beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa , masih ada setitik
cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran.Masih ada kekuatan untuk
melangkahkan kaki menuju ke majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberi ketenangan jiwa.
Hidup ini ibarat belantara.Temapat dimana kita mengejar
keinginan dan impian.Dan memang manusia di ciptakan semuanya mempunyai
kehendak dan mempunyai impian.Tetapi perlulah sentiasa beringat bahawa
tidak semua yang kita inginkan akan tercapai.Sesungguhnya tidak mudah
menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tidak perlu kita
tangisi.Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak hanya punya
satu hukum.Harus bahagia..harus berjaya..harus itu dan ini.
Banyak orang yang berjaya namun hakikatnya kejayaan yang
dia peroleh ituu adalah dari Allah swt sehingga membuat dirinya sombong
dan melakukan dengan sewenang-wenangnya.Begitu juga kegagalan yang tidak
di hadapi dengan betul.Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah
tidak tercapainya apa yang bukan menjadi hak kita.
Apa yang menjadi hak kita di dunia samada kedudukan , pangkat ,
kebahagiaan dan rezeki pasti akan diberikan Allah swt.Tetapi apa yang
bukan menjadi hak milik kita,kita tidak akan mampu memilikinya meskipun
apa yang kita inginkan itu nyaris-nyaris kita dapatkan meskipun kita
telah berusaha separuh mati.
'tidak suatu bencana yang menimpa
di bumi dan tidak pula pada diri mu sendiri melainkan telah tertulis di
dalam kitab (luh mahfuz) sebelum kami menciptakannya.sesungguhnya yang
demikian itu adalah mudah bagi Allah swt .kami jelaskan yang demikian
itu supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu ,
dan supaya kamu jangan terlalu gembira dengan apa yang diberikan-Nya
kepada mu.Dan Allah swt tidak suka kepada orang yang sombong lagi
membanggakan diri''
(Surah Al-Hadid:22-23)
Subscribe to:
Posts (Atom)