Thursday, April 19, 2012

•Pukau adalah sejenis ilmu sihir yang digunakan bagi menguasai fikiran manusia.Melalui sihir ini,minda,hati dan tingkah laku mangsa di pengaruhi secara jahat melalui bantuan jin jin yang mampu menguasai manusia yang lemah roh atau jiwanya.Terdapat beberapa versi ilmu pukau yang biasa diamalkan,iaitu:

Pukau digunakan bagi mempengaruhi mangsa sehingga tidak dapat mengawal diri dan hanya menurut perintah.Mangsa menyerahkan apa sahaja yang ada di tangannya seperti wang,barang kemas dan mengeluarkan wang daripada akaun bank tanpa disedari.Keadaan ini digunakan oleh para penjenayah dan pencuri.Ia juga dinamakan sebagai ilmu penunduk.Ilmu ini kerap digunakan bagi menculik atau melarikan seseorang termasuk anak gadis atau kanak kanak.Mangsa mampu melupakan perihal kejadian itu atau berada dalam keadaan separa sedar,tetapi tidak berdaya berbuat apa apa.

•Pukau digunakan sebagai ilmu pengasih.

•Pukau yang digunakan oleh erompak bagi memasuki rumah yang mahu dirompak.Orang yang berada didalam rumah berasa mengantuk sehingga mereka semua tidur dengan nyenyaknya.sekiranya ada ahli rumah yang tersedar,mereka biasanya dalam keadaan separuh sedar dan seolah olah diikat serta tidak mampu bergerak atau menjerit bagi meminta pertolongan.Perompak perompak yang menggunakan sihir jenis ini biasanya memakan makanan yang ada dirumah mangsa,meninggalkan najis manusia,selipar atau kasut di luar rumah mangsa.

•Pukau yang digunakan oleh penyihir bagi merubah pandangan realiti,kepada sesuatu objek atau perkara.ia dikenali dengan nama sihir takhyil di rantau Arab.Sebagai contoh,pada zaman Nabi Musa,tali yang dicampakkan itu kelihatan seperti ular.mangsa melihat seolah olah orang yang menyihir itu besar daripada bentuknya yang asal atau mangsa berasa seolah olah melakukan sesuatu,tetapi hakikatnya beliau tidak berbuat apa apa pun.Mangsa melihat objek itu sedang bergerak,padahal objek itu tetap berada di situ tanpa berubah kedudukannya.Sihir jenis ini digunakan oleh ahli silap mata jalanan yang menggunakan ilmu hitam,seperti memotong tangan sehingga putus dan seterusnya memancut mancutkan darah tetapi hakikatnya itu hanya mainan ilusi oleh syaitan dan iblis ini.






Ilmu pukau biasanya tidak menggunakan perantaraan bomoh kerana pengamal pengamal pukai itu sebenarnya bertindak sebagai tukang tuakng sihir.Ilmu pukau dapat disampaikan kepada mangsa melalui beberapa cara.


•Pancaran mata beserta mantera.


•Sentuhan,seperti berjabat tangan atau tepukan dibahu beserta mantera.


•Penggunaan minyak wangi yang di calit sedikit.


•Pemujaan jin dengan menjamu jin sebelum rompakan dijalankan


Jin jin terlibat secara langsung kerana adanya ritual pemujaan dan penyeruan nama nama mereka dalam mantera.Penguasaan ilmu pukau kepada mangsa bergantung pada beberapa faktor.Mangsa yang mempunyai kekuatan jiwa atau kekuatan minda sukar dipukau.Mangsa yan menjaga hubungannya dengan Allah juga dilindungi Allah daripada bahana ilmu pukau.
Sihir jenis ini dihantar bagi menyebabkan gangguan mental kepada mangsa.Pesakit yang terkena sihir ini menjadi bingung sepanjang masa,tidak boleh fokus dan mudah lupa kepada sesuatu perkara.Pesakit juga kerap meracau racau dan bercakap seorang diri.Mangsa berpakaian selekeh dan kadangkala tidak menghiraukan keaiban diri sendiri.Pesakit seolah olah berada dalam dunianya sendiri ,Kerap kali berlaku pada asalnya pesakit seorang yang normal ,bekerjaya dan berpelajaran tetapi bertukar menjadi kurang siuman.

Pesakit tidak boleh menjalankan apa apa tugas yang biasa dilakukannya sehingga lupa menjaga kebersihan dan keselamatan diri.Pada tahap yang lebih kritikal,mangsa sihir ini berjalan seorang diri dan merayau rayau tanpa tujuan serta tidur di tempat sunyi.Rawatan moden tidak berkesan dan mangsa dihantar ke hospital penyakit mental bagi menjalani rawatan.

Sihir jenis ini dihantar kerana perasaan sakit hati,hasad dengki dan dendam.Perlaksanaan sihir adalah dengan adanya penggunaan mantera,bahan pujaan sihir dan penyeruan kepada jin jin.Jin jin jahat itu masuk ke dalam otak mangsa dan membuat gangguan pada bahagian fungsi fikiran dan akal rasional.Mangsa sihir dibisikkan dengan hasutan hasutan yang menyebabkan mangsa keliru perihal perbezaan alam hakiki dan alam yang diciptakan oleh jin jin itu.Tahap terakhir sihir ini adalah penguasaan penuh minda pesakit sehingga beliau hanya hidup di alamnya sendiri.

Penyakit mental atau gila ini di rujuk kepada pakar psikiatri.Rawatan yang dilakukan termasuk rawatan psikoterapi,kaunseling ,rawatan ubat medikal dan pengasingan pesakit di wad wad atau hospital penyakit mental kepada tiga cabang



Skizofrenia

Ia adalah penyakit yang difahami sebagai penyakit gila yang sebenar.Tanda tanda utama orang menghidap penyakit ini adalah :

a. Mengalami halusinasi secara visual atau pendengaran.Pesakit terdengar bisikan bisikan yang memberitahu sesuatu atau menyuruh melakukan sesuatu.Pesakit juga melihat dan berkomunikasi dengan orang yang hanya beliau sahaja yang nampak.Pesakit selalu merasakan ada konspirasi jahat yang mahu menganiaya drinya.

b.Merasakan diri terlalu hebat sehingga kepada tahap yang pelik atau bizarre delusion.Contohnya ,beliau merasakan dirinya sebagai presiden Amerika Syarikat.merasakan dirinya boleh berhubung dengan roh roh atau makhluk asing dari palnet lain atau boleh berhubung dengan roh roh atau makhluk asing dari planet lain atau boleh membaca fikiran orang lain.

c.Pesakit tidak boleh berfungsi sebagai seorang yang normal,seperti bekerja atau berkeluarga.



Penyakit kerisauan (anxiety disorder)

Penyakit mental ini dikenali sebagai sifat bimbang atau risau yang berlebihan.Contoh yang paling popular adalah obsessive compulsive diorder iaitu sejenis penyakit was was yang menjadikan pesakit berasa seolah olah tangan atau badannya kotor,lalu pesakit itu berulang ulang membasuh tangannya atau mandi hanya bagi memuaskan hati.
Penyakit was was yang biasa didengar oleh masyarakat kita adalah ketika mengambil wuduk atau mengangkat takbiratulihram. Pesakit itu terpaksa melakukan aktiviti itu berulang ulang sehingga menyusahkan diri.



Penyakit sedih berlebihan atau kemurungan(major depression)

Penyakit mental ini dikenal pasti apabila pesakit menjadi sedih yang keterlaluan,disebabkan faktor faktor yang biasa seperti kematian pasangan atau ditimpa musibah.Beza pesakit ini dengan orang normal adalah pesakit itu tidak dapat mengawal dirinya sendiri.

Antara gejala penyakit ini adalah seperti pesakit sentiasa berasa murung dan hiba,suka menyendiri di dalam bilik yang gelap,tidak dapat menumpukan fikiran dan tidak dapat bekerja atau melakukan aktiviti.Pesakit juga menjadi seorang yang terlalu pendiam dan selalu terfikir mahu membunuh diri.Mereka mudah berasa putus harapan dan dunia dirasakan gelap tanpa apa apa penyelesaian masalah.



Hubungan penyakit mental dan gangguan jin.



Sekiranya kita perhatikan,terdapat banyak persamaan definisi yang dibuat oleh ilmu perubatan moden berkenaan penyakit mental dan juga pemahaman ilmu sihir yang ditemui pada pesakit pesakit gangguan jin.Kami mengambil pendirian,penyakit mental yang disebabkan oleh sihir atau gangguan rambang sememangnya tidak dapat lari daripada penglibatan jin,syaitan dan iblis.Contohnya:

a)Halusinasi visual atau pendengaran sebenar menjelaskan perihal penipuan jin yang sentiasa menampakkan diri atau menghasilkan bunyi bunyi bagi menakutkan manusia.Kesan ini lebih ketara berlaku kepada pesakit pesakit mental.

b)Obsessive compulsive diorder pula menjelaskan perihal penyakit was was yang diajar oleh nabi Muhammad supaya berlindung daripadanya dengan doa atau membaca surah Annas.Syaitan yang bernama al-khannas terlibat dalam aktiviti mencetuskan rasa was was.

c)Penyakit sedih yang keterlaluan9major depression)pula membuka ruang untuk iblis menguasai manusia.Sifat sedih adalah normal tetapi sifat sedih yang keterlaluan menyebabkan syaitan dan iblis menghasut supaya kita berputus asa sehingga kepada tahap membunuh diri.Nabi Muhammad juga mengajar kita doa perlindungan khusus bagi mengelakkan diri daripada penyakit sedih dan kecewa ini.



Kesimpulannya,penyakit mental berlaku kepada semua orang.Emosi yang normal ialah emosi yang terkawal dans entiasa dipantau oleh akal fikiran manusia supaya bersifat sederhana dan pasrah.Emosi yang tidak terkawal seperti takut,risau dan sedih yang keterlaluan membuka ruang untuk syaitan menguasai manusia.Pada masa yang sama,faktor sihir dan pennglibatan jin jin dalam penyakit mental khususnya gila tidak boleh ditolak mentah mentah.

Rasullullah mengajar kita cara cara menstabilkan emosi dengan berdoa dan berserah diri kepada Allah.Terpulang kepada pembaca sekalian bagi memilih jalan mana yang sesuai mengikut fitrah manusia dan seperti yang diajar oleh Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...