Monday, May 7, 2012

promote android

Setiap Smartphone masa kini mempunyai kelebihan masing – masing. Dari Blackberry yang multifunction sehingga android. Admin akan bercerita mengenai android yang menurut beberapa sumber sudah menguasai lebih dari 33% dari seluruh pasaran handphone baru. Jika beberapa tahun lalau masih didominasi oleh symbian, sekarang nokia sudah mularisau melihat perkembangan android yang begitu cepat.

1.Percuma

Produk dari google ini, Android boleh digunakan dengan percuma. Anda boleh customize sendiri aplikasi yang akan digunakan. Bagi pengeluar smartphone, Android merupakan pilihan menarik kerana harganya yang “free” sehingga boleh mengurangkan kos pengeluaran dari handphone yang mereka keluarkan.

Oleh kerana banyak syarikat pengeluar dan developer software yang mengembangkan aplikasi android, pengguna juga boleh memilih aplikasi yang sesuai dengan keperluan masing – masing. Hanya mencari aplikasi di android market kemudian install pada handphone. Jika tidak sesuai dengan keperluan hanya perlu uninstall dan mencari aplikasi lain di android market.


2. Multi Tasking

Seperti notebook, semua handphone android boleh multitasking. Ertinya pengguna boleh memerintahkan handphone untuk membuat beberapa tugas sekaligus. Sebagai contoh, semasa anda download aplikasi, anda boleh menggunakan aplikasi lain seperti mendengar muzik, login ke twitter dan tugas lain.

Seperti apa yang dikatakan Steve Jobs (Apple), PC tablet akan menggantikan tugas notebook tetapi dengan gadget yang lebih ringan.

3. Selalu Update

Seperti operating system “open source” yang lain, Android selalu “ up-to-date” untuk melakukan perubahan. Setiap kali ada “bug” yang baru ditemui, pencipta aplikasi akan menyediakan “patch” untuk memperbaikinya. Dan jangan lupa, setiap versi yang diupgrade akan meningkatkan performance OS itu sendiri.

4. Nama Baik Google
Tidak dinafikan google menjadi salah satu alasan kenapa android cepat dipercayai oleh semua orang di dunia. Google selalu menghadirkan warna baru di internet melalui produk – produk mereka yang penuh dengan inovasi. Dan yang lebih penting lagi, sebagian besar produk google boleh dinikmati dengan percuma.

Dan seperti produk google yang lain, android menjadi terkenal dan terima masyarakat dunia kerana google. Bahkan dikatakan android “menumpang” nama google untuk menjadi terkenal.

5 : Sokongan Smartphone Popular

Mungkin ini yang dinamakan “simbiosis mutualisme” antara pengeluar handphone kelas atas dengan google. Untuk mengurang kos operasi pengeluar handphone akan mencari OS yang berkualiti dengan harga seminimum mungkin dan pada masa yang sama google datang dan memberi tawaran “android” dengan harga “percuma”. Merupakan perkara yang bodoh jika menolak tawaran tersebut, beberapa pengeluar terkenal mula meyokong Android diantaranya Samsung, Motorola, HTC dan sony ericsson.

6. Aplikasi yang pelbagai.

Jika anda baru menggunakan android, cuba anda buka menu android market. Disitu ada beribu aplikasi yang siap sediadigunakan bermula dari aplikasi untuk pekerjaan seharian, aplikasi gallery foto, aplikasi jejaringsocial, games dan banyak lagi.

Hanya perlu memilih aplikasi mana yang anda ingin digunakan dan install pada handphone anda. Walaupun begitu, beberapa aplikasi memang bersifat komersial sehingga anda harus mengeluarkan wang saku untuk menggunakannya.

Beberapa kelebihan di atas adalah gambaran umum kenapa harus memilih android
Malam Pertama Anda

Malam itu ialah MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR! Pernahkah engkau melihat kuburan? Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu? Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?

Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?"

Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza. "Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana ?" Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah. Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!

Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi' bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat: "Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." (Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100) Kemudian ia menjawab sendiri; "Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi'.." Dan disebabkan hal tersebut, Rabi' bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah! Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti? Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. "Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!"

MENGAPA KITA MALAS NAK SOLAT... .SAKIT APA TU... ?

Apasal la engkau malas sembahyang,Tuhan kasi engkau jasad siap dengan bayang-bayang,Bukan ke lebih beruntung daripada dari tiang, Berdiri tanpa roh malam siang... ... Apasal la engkau malas sembahyang,Kerja dah best keluarga pun dah senang,Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang, Takkan lima minit lima waktu engkau tak boleh luang... . Apasal la engkau malas sembahyang, Tuhan kasi otak supaya engkau tak bangang, Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,Tuhan kasi nikmat kenapa engkau tidak kenang... Kenapa la engkau malas sembahyang, Main bola engkau sanggup sampai petang, Beli tiket konsert engkau sanggup beratur panjang, Apa engkau ingat masuk syurga boleh hutang... ? Apasal la engkau malas sembahyang, Engkau kena ingat umur kita bukannya panjang, Pagi kita sihat petang boleh kejang, Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang. ..

Apasal la engkau malas sembahyang, Siksa neraka cuba la engkau bayang,Perjalanan akhirat memang terlalu panjang, Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang !!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...