Salam...Pasti ramai para ibu di luar sana yang ingin kurus dan ramping
selepas bersalin. Bukan susah. Cuma perlukan sedikit kesabaran.
Yang pertama sekali selepas sahaja melahirkan anak, maka bermulalah
proses berpantang. Berpantang ni bukanlah nak menysahkan kita, tapi
untuk memulihkan kecederaan dalaman atau luaran sewaktu proses
melahirkan di samping mengembalikan tenaga.
Dalam jangka waktu berpantang pula, antara amalan yang biasakan
dilakukan ialah, urutan badan (termasuk urut susu ), menyapu param ke
seluruh badan, memakai pilis untuk mengelakkan pening kepala, mandi daun
/herba, bertungku dan memakai bengkung. Sebelum memakai bengkung pula,
perut hendaklah di sapu dulu dengan minyak tapel , atau apa yang orang
dulu-dulu lakukan ialah menyapu limau nipis yang dicampur kapur.
Makan pula perlu di jaga. Jangan makan yang goreng-goreng dan berminyak,
yang gatal , berangin dan sejuk. Orang tua-tua kata, kurangkan minum
air. Tapi menurut pengamal perubatan, minumkan banyak air selepas
bersalin kerana air penting antaranya untuk melancarkan proses membuang
air.
Yang paling penting ialah susukan anak anda secara eksklusif
sekurang-kurangnya 6 bulan pertama. Haa kenapa? Kerana proses penyusuan
susu ibu ini, membantu mempercepatkan proses pengecutan rahim. Ibu yang
menyusukan anaknya secara ekslusif membakar 500 kalori setiap hari.
Jadi ambillah peluang ini untuk kembali ramping.
Apa yang penting, amalkan gaya hidup sihat dan ambil makanan yang berkhasiat. ,