Saturday, May 19, 2012

Tips elak kerosakan kereta..

Sering mengalami kerosakan kereta bukanlah satu perkara yang pelik kerana ia sering terjadi tidak kira kereta baru ataupun lama. Namun kita perlu ketahui bagaimana cara untuk mengurangkan kes kerosakan pada kereta.

Tips Elak Kerosakan Kereta (Menarik!) | Sama ada kereta baru ataupun lama, sebagai seorang pemilik kereta, kita tidak akan terlepas dari mengeluarkan kos membaiki segala kerosakan yang berlaku. Kerosakan adakalanya berpunca daripada kecuaian pemilik kereta sendiri dan ia bergantung kepada tahap ketahanan sesebuah kereta.
Anda perlu mengetahui beberapa tips bagaimana untuk memastikan beberapa komponen kereta terpakai yang akan dibeli berada dalam keadaan elok dan boleh terus digunakan selepas membeli tanpa rasa ragu akan kerosakan dalam kadar segera. Hal ini kerana kebiasaanya kereta terpakai sering mengalami kerosakan berbanding kereta baru. Namun jika pemiliknya bijak menjaga kereta, Insha Allah kerosakan boleh dikurangkan.
Kereta yang telah terpakai sebenarnya banyak jenis iaitu kereta terpakai boleh terus guna dan kereta terpakai boleh guna tetapi rosak selalu. Olehkerana nama pun kereta terpakai jadi masalah ini memang biasa untuk sesebuah kereta yang dibeli dari penjual kereta terpakai.
Kereta pada kebiasaannya pembeli akan meneliti sekitar dalaman kereta samada elok atau tidak dari kerusi, lekap pintu, dashboard dan juga luaran seperti enjin, body serta roda. Kita tinggalkan dulu berkenaan dalaman kereta kerana ini semua telah sedia maklum dan mungkin ramai yang pandai menilai keadaan dalaman kereta sebelum membelinya. Kita terus pergi kepada bahagian enjin kereta dan roda.
Kereta selalunya pejual kereta akan memastikan beberapa perkara yang wajib mereka kemaskan sebelum menjualnya iatu termasuklah menukar beberapa komponen enjin kereta serta komponen roda supaya ia boleh digunakan terus tanpa mengalami kerosakan serta merta. Pembeli boleh memastikan komponen yang telah ditukar ataupun tidak tersebut ini dalam keadaan baik dengan cara seperti di bawah dan antara komponen yang selalu dikemaskinikan adalah:-
  1.     Timing belt atau talisawat
  2.     Brake pad atau cekam brek
  3.     Minyak enjin dan penapis minyak
  4.     Minyak gear auto dan
  5.     Klac
Kereta akan berkeadaan baik jika pembeli dapat memastikan komponen tersebut telah ditukar iaitu dengan memeriksa sendiri beberapa komponen yang boleh dipastikan penukarannya. Seperti talisawat atau timing belt caranya mudah iaitu dengan membuka penutup talisawat dan pastikan tulisan atau tanda jenama talisawat tersebut masih dalam keadaan elok atau baru.
Manakala untuk brek adalah dengan menekan pedal brek beberapa kali dan pastikan setiap kali ditekan pedal pada enjin dihidupkan dan pastikan tiada terasa terdapat gap atau selang antara cengkaman dan pengepaman(pressing). Jika keadaan ini berlaku bermakna pad brek telah ditukar.
Kereta juga kadangkala mempunyai label baru untuk komponen yang telah ditukar seperti pencatat kilometer di talisawat dan juga pada setiap kali servis dilakukan. Pastikan label tersebut telah disematkan pada kereta yang akan dibeli.
Kereta  gear manual dan automatik klac adalah komponen penting yang harus dipastikan sebelum membeli sebuah kereta terpakai. Untuk kereta manual carnya amat mudah iaitu dengan meletakan gear pada kedudukan gear 4 dengan handbrake ditarik dan menekan pedal minyak perlaha-lahan. Jika kereta  terus bergerak ini bermakna klac tersebut telah haus dan perlu diganti. Manakala kereta gear automatik pula jika semasa test drive pastikan kereta tidak melonjak semasa gear automatik sedang berfungsi dan ini akan mencegah kereta yang akan dibeli mengalami kerosakan segera selepas pembelian.
Melayukini.net - Apa yang paling penting adalah sentiasa memastikan kereta dalam keadaan yang baik. Buat satu jadual untuk proses maintenance kereta dari segi servis minyak hitam, tayar, minyak gear, aircond dan sebagainya. Jika anda membuat jadual berkala, insha Allah kerosakan kereta akan berkurang.

Bahaya Banzene dalam kereta penyebab barah




Ramai orang apabila menghidupkan enjin kereta, mereka akan terus membuka suis penghawa dingin. Tahukah anda, perbuatan tersebut amat berbahaya terhadap kesihatan kerana terdapat sejenis toksin yang menyebabkan kanser.

Bahaya Benzene Dalam Kereta Penyebab Kanser | Kebiasaanya kita dapat melihat pemilik kereta menghidupkan enjin dan terus membuka penghawa dingin. Namun, langkah awal adalah kita perlu membuka tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser iaitu carcinogen yang dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta.
Di samping menyebabkab kanser, Benzene juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.
Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih-lebihan secara tidak sedar.
Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila.
Melayukini.net - Untuk mengelakkan haba dari terperangkap dalam kereta, bukakan sedikit tingkap kereta. Namun cara ini hanya boleh diaplikasikan jika anda ingin meninggalkan kereta dalam tempoh singkat kerana bimbang pencuri dapat membuka kereta melalui tingkap yang terbuka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...