Saturday, May 19, 2012

Hobi yang boleh mendatangkan syirik

Pasal artikel ni saya baru tahu. sebelum ni saya pernah jumpa kereta yang meletakkan patung sebegini.. saya rasa kelakar dan hairan kenapa patung tersebut diletak di bahagian bawah kereta..anak saya siap cakap kenapalah  patung mainan anak dia yang comel2 tu diletakkan di situ.....mungkin bagi pemahamannya sebagai seorang kanak-kanak, barang permainan tersebut perlu disimpan di dalam rumah dan bukannya dibeli dan diletak ditempat yang tidak sepatutnya..bila baca artikel ni...barulah saya faham..jom kongsi artikel ini untuk pemantapan akidah kita bersama..
Hobi yang boleh mendatangkan syirik
Sudah tentu sahabat-sahabat pernah melihat ada orang yang meletakkan anak patung di bawah bumper kereta... Sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand.Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat mereka mati. Bagi mengelakkan roh menganggu mereka yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka memasang anak patung pada bumper kereta, supaya roh kanak-kanak tenang. Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.

Firman Allah, mafhumnya: Maka barangsiapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta." (Ta Ha : 123)

Sabda Rasulullah saw Bermaksud: “Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada mereka” (Riwayat Abu Daud).

Kesimpulannya janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat islam atau pun tidak. Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah mensyirikkan Allah s.w.t.


seminggu guna air mayat

Memang meloyakan tak boleh nak digambarkan lagi bagaimana malangnya nasib penduduk Perumahan Rakyat Sri Titingan selama ini mereka telah menggunakan dan meminum air mayat. Mereka menyedari sesuatu yang tidak kena pada air yang mereka gunakan kerana ianya berbau busuk. Sudah seminggu mereka menggunakannya. Akhirnya setelah penyiasatan di atas kolam takungan air terdapat mayat busuk di dalamnya.


TAWAU, 12 Mei (Bernama) -- Mayat seorang lelaki bogel dan hampir reput dijumpai di dalam sebuah tangki simpanan air di Projek Perumahan Rakyat Sri Titingan dekat sini pagi tadi. Mayat dijumpai oleh seorang kakitangan pengurusan perumahan berkenaan kira-kira 8.30 pagi setelah mendapat aduan penghuni bahawa air yang mereka gunakan sejak seminggu lalu berbau seperti bahan pencuci dan busuk.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Ibrahim Chin mengesahkan penemuan mayat berkenaan.

"Siasatan awal kita mendapati tiada unsur jenayah dalam kes ini namun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

Pembantu Menteri Kewangan Sabah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Apas, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan mahu Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kimia sentiasa memeriksa tangki simpanan air di kawasan perumahan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...