Thursday, June 28, 2012

Pembongkaran hubungan antara kiblat dn hari kiamat...

Ini adalah satu artikel yang menarik yang sesuai untuk dibuat sebagai renungan kita. Mengenai satu kajian hubungan antara kiblat kaabah dan hari kiamat.  Sungguh beruntung bagi sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah. Di sana kita akan dapat bersujud betul-betul di hadapan kaabah.

Sesungguhnya rumah yang pertama dibangunkan untuk manusia beribadah adalah yang di Bakkah (Makkah) yang diberkati dan menjadi petunjuk manusia. (QS.Ali Imran. 96 )
Kita mungkin pernah bertanya kenapa harus solat mengadap Kiblat, dan juga kenapa harus ada Ibadah Tawaf?
Ini juga sering menjadi tanda tanya manusia, seperti ini:
1. Masa sekolah dulu anda ada belajar Teori Kaedah Tangan Kanan kan, dimana putaran tenaga kalu bergerak berlawanan dengan arah jam, maka arah tenaga akan naik keatas.
2. Dengan pola ibadah tawaf dimana bergerak dengan jalan berputar berlawanan jam di kaabah, ini menimbulkan pertanyaan, kenapa tidak boleh terbalikkan arah tersebut, searah dengan arah jam misalnya?
3. Kenapa solat yang dijalankan harus mengadap Kiblat?
Dan juga berdoa dan pengekebumian menghadap kepada Kiblat?
4. Kenapa Sembahyang di Masjidil Haram menurut Hadis nilainya 100.000 kali dari di tempat sendiri?
5. Singgasana Tuhan ada di Langit Tertinggi??
Pembongkarannya.
1. Tenaga Solat dan Doa dari individu atau jemaah seluruh dunia terkumpul di Kaabah pada SETIAP SAAT, kerana Bumi berputar sehingga solat dari seluruh dunia tidak terhenti dalam masa 24 jam,
Misal orang di Sabah solat zohor, beberapa minit selepas itu orang Johor pulak, beberapa minit kemudian bahagian utara Malaysia pulak dan seterusnya.
Sebelum selesai zohor di India Pakistan di Malaysia sudah mulai Asar dan seterusnya.
Pada saat Zohor di Malaysia London solat Subuh dan seterusnya 24 jam setiap hari, minggu, bulan, tahun dan seterusnya.
2. Tenaga yang terkumpul, berlapis dan bertumpu akan diputarkan, dimana ini dilakukan oleh orang-orang yang bertawaf dimana berputar secara berlawanan arah jam yang dilakukan oleh Jemaah Mekah sekitarnya dan Jemaah Haji.
3. Maka menurut dari aplikasi Teori Kaedah Tangan Kanan bahawa tenaga yang terkumpul akan diputarkan dengan tawaf dan Hasilnya kumpulan tenaga tadi akan MENUJU ke LANGIT!!!
Maka sedikit terjawab bahawa tenaga itu tidak berhenti di Kaabah namun semuanya naik ke langit.
Sebagai satu cerobong yang dimulai dari Kaabah.
Menuju Langit yang mana ke mana disampaikan tu wallahu a’lam.
Yang jelas pasti ALLAH telah membuat saluran agar solat dan doa dalam bentuk tenaga agar sampai ke Hadirat Nya.
Jadi selama 24 Jam sehari terpancar cerobong tenaga yang terfokus naik ke atas Langit.
Selamanya sehinggakan tidak ada manusia yang solah dan tawaf (Kiamat?).
Kesimpulan
1. Solat dan Doa, diyakini akan sampai ke langit menuju Singgahsana ALLAH selama memenuhi kira-kira persyaratan uraian di atas dengan sentiasa renungan hukum agama dan hukum alam, kerana dua-duanya dicipta oleh Allah juga.
Jadi harus “Saintis dan Ulama bersama-sama / sokongan satu sama lain mencapai sefahaman yang lebih luas agama dan Manfaat itulah diterima dalam dan luar.
2. Memperkuatkan kita dalam beribadah solat dan doa khususnya dan menggiatkan diri untuk selalu on-line 24 jam dengan ALLAH, sehingga jiwa akan selalu terjaga dan membuatkan segala kebaikan yang dilakukan dengan ikhlas.
3. Terjawablah jika solat itu bukanlah menyembah batu
( Kaabah ) seperti yang dituduhkan oleh Kaum orientalis, tenaga yang digunakan untuk membawa bersama-sama sifat solat dan doa untuk sampai kepada Allah dengan usaha manusia itu sendiri.
4. Allah Maha Bijaksana, Maha Besar dan Maha Segalanya.
5. Ini sekadar renungan dan analisa, mudah mudahan dapat memotivasikan kita untuk mencetuskan fikiran, kajian lebih dalam untuk lebih lanjut bagi mengukuhkan iman dan saksi Bahawa ALLAH Menciptakan Semesta dengan penuh Kesempurnaan tidak dengan main-main (asal jadi)
Jadi itu lebih banyak dan pebih percaya diri dalam kasih ALLAH Yang Maha Esa.
Mungkin ini renungan dan berfantasi, sekurang-kurangnya untuk pendekatan ini yang mampu menjawab pertanyaan sebagaimana di atas dan tidak bertentangan denga Kitab Suci dan Hadis bahkan mendukungnya.
Ramalan untuk memastikan bahawa Kaabah dan Kiamat hanya Allah yang tahu:
1. Kaabah akan hancur dengan sendirinya (terbukti dengan ditenggelamkannya satu pasukan akan menyerang Kaabah suatu hari nanti).
2. Jika pusat bumi bergeser akan banyak kekacauan (seperti Muslim yang tidak mengenal waktu).
3. Kiamat akan cepat terjadi jika solat sudah ditinggalkan.
4. Anda pasti juga penah mendengar jika siapa yang meninggalkan solat berarti telah merobohkan Agama.
5. Untuk selain Islam, lama-kelamaan kesemuanya akan terbongkar, sepertimana pentium 2 dan pentium 4 adalah sangat berbezakan..
Bagaimana petunjuk Allah disempurnakan dari umat Nabi Ibrahim a.s., hingga Muhammad S.A.W, Nabi Musa a.s. dan Nabi Isa a.s. menyempurnakan Taurat dengan Injil, dan Muhammad SAW menyempurnakan keduanya dengan Al-Quran.

Manusia dan arak..

Alangkah besarnya kecelakaan yang di bawa oleh arak sehingga Rasulullah s.a.w telah melaknat 10 golongan manusia yang terlibat dengannya. Baginda terkenal dengan sifat lembut dan pemaaf, tetapi sangat tegas berkenaan tegahan terlibat dengan ibu segala maksiat ini.

Anas r.a berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah melaknat 10 orang yang berkaitan dengan arak; pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayarnya dan pemesannya." (Riwayat al -Tirmizi no. 1295, Abu Daud no. 3674, Ibn Majjah no. 3381 dan Ahmad no. 316)


Apabila diteliti 10 golongan manusia yang tersenarai dalam hadis di atas, satu kesimpulan yang boleh dibuat iaitu setiap orang yang terlibat dengan arak pasti termasuk dalam laknat Baginda s.a.w. Setiap sen yang diperoleh daripada sumber yang berkaitan dengan arak, pasti menjadi sebab hilangnya keberkatan dalam hidup seseorang. Bahkan ia menjadi punca keruntuhan institusi keluarga dan kecacatan
ibadat.

Masyarakat yang dalamnya wujud peminum arak akan terdedah kepada pelbagai masalah. Musibah terbesar pasti mengundang kemurkaan Allah sekiranya tiada pihak yang cuba memeranginya. Peminum arak sentiasa terdorong untuk melakukan jenayah-jenayah seperti memandu secara berbahaya, merogol, membunuh dan sebagainya. Ini kerana apabila seseorang itu mabuk, pusat kawalan akalnya sudah tidak berfungsi dengan normal, lantas dia akan bertindak di luar kawalan akal.



Kesan Negatif Arak
Menurut kajian Biro Keadilan Mangsa Jenayah Kebangsaan (Jabatan Keadilan Amerika Syarikat), pada tahun 1996 sahaja, purata 2713 kes rogol berlaku setiap hari di Amerika. Statistik menunjukkan bahawa kebanyakan perogol mabuk semasa melakukan jenayah tersebut. Dalam buku Quran Saintifik, Dr. Danial Zainal Abidin mengemukakan beberapa hasil kajian yang membuktikan kemudaratan arak kepada manusia dan masyarakat. Antaranya ialah sebagaimana yang dilaporkan oleh jurnal perubatan The Lancet bahawa pada tahun 2002, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengumumkan alkohol (arak) adalah salah satu pemusnah kesihatan yang berbahaya di dunia.

Di negara - negara yang sedang membangun, arak di kategorikan sebagai pemusnah utama kesihatan. BBC News Online bertarikh 12 November 2002, di bawah tajuk Alcohol Increases Breast Cancer Risk melaporkan risiko seseorang wanita menghidap kanser payudara meningkat sekiranya mereka minum arak. Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit di Amerika (Center for Disease Control and Prevention), setiap tahun antara 1300 hingga 8000 bayi dilahirkan dengan penyakitsindrom alkohol atau Fetal Alcohol Syndrome (FAS). Penyakit ini menyerang bayi disebabkan oleh sikap ibu yang selalu meminum arak. Kesannya, bayi yang dilahirkan mengalami kecacatan fizikal dan mental. Bahkan pelbagai penyakit lain telah didedahkan oleh pakar - pakar perubatan akibat meminum arak.

Amatlah benar pengharaman arak dalam ajaran Islam. Walaupun arak telah sebati dan menjadi minuman kegemaran masyarakat arab, Rasulullah s.a.w tidak pernah teragak - agak untuk menguatkuasakan pengharamannya. Baginda mungkin berdepan dengan risiko dibenci oleh masyarakat
Arab dan juga risiko berkurangnya pendapatan negara Madinah daripada cukai arak, tetapi keutamaan diberikan demi mencari keredhaan Allah dengan melaksanakan perintah-Nya. Wawasan Baginda bukan sekadar bejaya di dunia, tetapi kemenangan hakiki adalah dengan mendapat syurga Allah di akhirat kelak.


Larangan Arak Dalam Bible
Bukan niat penulis untuk berhujah dengan Bible, tetapi sekadar ingin mengetengahkan bahawa bukan Islam sahaja yang melarang pengambilan arak. Sebagai contoh, beberapa ayat yang menyatakan larangan pengambilan arak dalam Bible:
"Minuman keras membuat orang mabuk dan merepek. Bodohlah orang yang menjadi mabuk." (Proverbs, 20: 1)
"Janganlah kamu menjadi mabuk oleh wain, kerana hal itu akan merosakkan hidup kamu." (Ephesians, 5: 8)


Arak Punca Pelbagai Maksiat
Diceritakan bahawa pada zaman sebelum kebangkitan Rasulullah s.a.w, seorang pemuda yang terkenal sangat kuat beribadat telah di fitnah olehseorang perempuan pelacur yang jatuh hati kepadanya.
Si perempuan menggunakan helah menyuruh pembantunya menjemput pemuda itu datang ke rumah, kononnya atas hajat sesuatu yang penting. Apabila pemuda tersebut masuk dalam ke dalam rumahnya, perempuan itu segera mengunci pintu. Di dalam rumah tersebut ada seorang bayi kecil dan satu hidangan arak. Perempuan itu berkata; "Aku beri kamu 3 pilihan; berzina denganku, bunuh bayi ini atau minumlah arak ini. Sekiranya kamu enggan, aku akan menjerit dan memberitahu orang ramai bahawa kamu telah memperkosaku dan bayi ini adalah anakmu."

Melihat kesungguhan pelacur ini, pemuda tersebut terpaksa membuat keputusan untuk memilih salah satu pilihan. Dia memilih untuk meminum arak kerana baginyaia adalah dosa yang paling ringan. Membunuh bayi dan berzina melibatkan orang lain, tetapi meminum arak hanya melibatkan dirinya sahaja untuk bertaubat, pada pandangannya. Akhirnya dia meminum arak itu sehingga mabuk dan ketika mabuk, ia berzina pula dengan pelacur yang hina itu. Selepas itu, tanpa kewarasan fikirannya, dia telah bertindak membunuh bayi itu.






 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...