Saturday, July 7, 2012

Dua letupan kuat di permukaan matahari



WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) – Dua letusan kuat yang berlaku pada permukaan matahari diramalkan mencetuskan ribut geomagnetik dan radiasi terbesar yang pernah dialami Bumi dalam tempoh lima tahun, kata beberapa pakar cuaca kelmarin.
Ribut berkenaan yang akan berterusan sehingga ke hari ini, dijangka mengganggu grid kuasa, sistem navigasi dan satelit selain menyebabkan beberapa syarikat penerbangan mengubah laluan di sekitar kawasan kutub.
Ekoran letusan suria tersebut, penduduk di Asia Tengah berpeluang menyaksikan fenomena cahaya berwarna-warni dikenali sebagai aurora borealis semalam.

“Cuaca angkasa lepas menjadi amat menarik dalam tempoh 24 jam lalu,”
 kata saintis cuaca angkasa lepas Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Negara (NOAA), Joseph Kunches.
Bencana itu bermula pada Ahad lepas di sebuah kawasan aktif yang dinamakan 1429 di permukaan matahari.
Kawasan tersebut menghambur angin api dan plasma dikenali sebagai ledakan jisim korona (CME) yang menuju ke Bumi pada kelajuan 6.4 juta kilometer sejam.
Satu lagi letusan suria dan CME menyusul kelmarin dan ia mencetuskan ribut radiasi solar dan geomagnetik yang kuat. – AFP
Harian Metro

Thursday, July 5, 2012

rutin harian super mama part1

Salam..
Sejak BP menyambung masternya di USIM, terpaksalah saya takeover semua keje yang sebelum ini boleh dishare2kan. Terpanggil pulak untuk menconteng blog saya dengan senarai tugas harian yang seolah2 macam robot pulak saya..
Emmm..5.00 pagi dah kena bukak mata buat apa2 yang patut breakfast and ration anak ke sek.tapi nak dapatkan mood pagi duduk kat dapur mesti pasang JOHARA pagi era.(sesi promotelah pulak).kejutkan anak2 mandi.lepas tu sholat subuh (jangan lupa) and prepare nak ke sek. Pagi saya bagaikan lipas kudung...berpeluh jangan ceritalah. Mandi x payah pakai heater, guna je air kolah.kasi sejuk badan..ha2..Part paling sensitif ..nasa bangunkan si kecil shahmi nak hantar kat umah babysitternya...janganlah dia meragam pagi2 ni..aku nak cepat..Abang2nya tu dah tau apa yang patut dibuat..jangan sesekali buat hal pagi2 buta ni nanti tahu mamanya akan mengamuk..*anak2 kata saya ni garang he2..abah baik..*ha2 taupun....garang n brutal...kalau nak lenggang kangkung alamaknya lewatlah pi sekolah...
Selesai saja..dukung shahmi n angkat 4 beg (laptop,handbag,beg kerja,beg shahmi) dah macam orang kemboja jual barang kat kampung..tu dia...aduishhh..masaklah aku pagi2 ni..tu tak kira lagi nak kunci pintu (banyaknya kunci ngalahkan pintu besi bank)..n bermulalah xpdc pecut menuruni tangga dengan selajunya (mengharap jgnlah ada orang tersembam pagi2 buta ni..tekan kunci keta, letak  shahmi kat belakang..n aku duduk di set driver sambil lepas nafas..fuhhhh ..lega...and sambung lagi dengar JOHARA di ketalah pulak..5 minit baru bertolak ke rumah Cik Azie hantar shahmi and vroommm semula ke sekolah...parking and layan radio sat sebelum keluar dengan bergayanya (cikgu kena jaga penampilan di depan murid2 he)...
berakhirlah segmen pagi rutin harian saya....(lepas ni nak update rutin kat sekolahlah pula ) ..by diari hidupku..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...