Didalam Proses Penentuan Jantina seorang bayi, adakah ditentukan oleh benih bapa atau pun ibu?
Dalam
surah an-Najm ayat 45-46, Allah menjelaskan,
“Dialah yang menciptakan kamu berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, daripada nuthfah, apabila dipancarkan.”
Nuthfah, mengikut tafsiran yang sahih, bermaksud
air mani yang sedikit. Seperti yang disebutkan sebelum ini mengikut
Imam Qartubi didalam
al-Jamik li Ah Kamil Quran, nuthfah bermaksud,
”Air mani lelaki, ia dinamakan nuthfah disebabkan jumlahnya yang sedikit iaitu airnya yang sedikit.” Oleh kerana
air mani adalah
sperma yang bercampur dengan cecair yang dikeluarkan oleh beberapa alat jantina lelaki, justeru nuthfah yang bermaksud
‘jumlah yang sedikit’ membawa maksud
sperma. Hal ini disebabkan daripada air mani yang banyak satu bahagian kecil atau sedikit sahaja daripadanya yang diperlukan bagi
proses persenyawaan. Yang sedikit yang menjadi penentu itu adalah sperma.
Justeru didalam kamus
Hans Wehr A Dictionary of Modern Written Arabic, perkataan
nuthfah diterjemahkan sebagai
drop,
spermiaitu setitik atau sperma.
Justeru ayat ini dengan jelas menunjukkan, dalam proses kejadian manusia,
penentuan jantina seorang bayi ditentukan oleh nuthfah iaitu
benih lelaki yang terdapat dalam
air mani.
Kenyataan ini adalah selari dengan penemuan sains semasa. Hal ini
disebabkan secara umumnya rupa bentuk seseorang bayi secara teroerinci
ditentukan oleh
46 kromosom dan daripada 46 kromosom ini dua daripadanya adalah kromosom seks.
Kromosom seks inilah yang samada seseorang bayi menjadi lelaki atau perempuan.
Y dan XX
Benih lelaki iaitu
sperma, mempunyai
kromosom seks ‘XY’ dan benih wanita iaitu
ovum, mengandungi
kromosom seks ‘XX’. Semasa
proses persenyawaan berlaku antara benih lelaki atau perempuan, kromosom seks lelaki berpisah
menjadi X dan Y dan kromosom seks wanita berpisah
menjadi X dan X. Salah satu daripada
kromosom seks lelaki bercantumdengan salah satu daripada
kromosom seks perempuan bagi menentukan status jantina seseorang bayi.
Oleh kerana kedua-dua kromosom seks wanita adalah sama-sama iaitu X
dan X, sedangkan kromosom seks lelaki adalah berbeza iaitu X dan Y,
maka yang menentukan samada seseorang bayi menjadi lelaki ataupun perempuan adalah kromosom lelaki. Sekiranya
kromosom X lelaki bercantum dengan kromosom X perempuan, maka bayi itu menjadi perempuan. Sebaliknya,
apabila kromosom Y lelaki bercantum dengan kromosom X perempuan, maka bayi itu menjadi lelaki. Justeru benarlah kenyataan Allah yang mengatakan
kejadian lelaki dan perempuan ditentukan oleh nuthfah atau
sperma lelaki. –
Dr. Danial Zainal Abidin
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia
bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan
perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan);
oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.”(Surah Al-Insaan 76:2)
“Dialah yang membentuk kamu dalam rahim (ibu kamu)
sebagaimana dikehendaki-Nya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah)
melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (surah A-li’Imraan 3:6)
Wallahu’alam….