Tuesday, September 4, 2012

Guru Al Quran mati dibunuh




  • Share
Mayat mangsa dibawa ke rumah mayat Hospital Tengku Anis untuk bedah siasat. Gambar kecil: Wan Kalthom
PASIR PUTEH – Guru al-Quran yang membantu kerja memasak untuk majlis hari raya di rumah anaknya di Kampung Jebak, Jeram, dekat sini ditemui maut dibunuh dengan sudip.
Ketika kejadian, mangsa, Wan Kalthom Wan Husin, 68, balik ke rumah yang terletak hanya 100 meter dari rumah anaknya kira-kira jam 10 pagi untuk mengambil sudip.
Selepas tiga jam tidak muncul, anak mangsa, Raja Zailah Raja Hussin, 40, menyuruh anaknya, Nik Mohd Irham Razali, 13, menjenguk ibunya kira-kira jam 1 petang.
Nik Mohd Irham berkata, ketika dia sampai, pintu depan dan tengah berkunci dari dalam dan dia memasuki rumah untuk mencari neneknya melalui pintu belakang yang terbuka.
“Saya terkejut melihat nenek tertiarap di lantai dengan kepalanya berdarah,” katanya.
Raja Zailah berkata, dia yang tergamam melihat ibunya terbaring kaku bergegas memberitahu penduduk dan saudara mara.
“Ibu saya baik orangnya, tidak memusuhi sesiapa pun di kampung ini tetapi saya kesal kerana ada orang yang mengkhianatinya.
“Dia tinggal bersendirian di rumah itu pada siang hari sahaja kerana dia tidur di rumah saya pada sebelah malam,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, siasatan awal mendapati, ada kesan luka sepanjang lapan sentimeter (cm) dan tiga cm lebar di belakang kepala mangsa, selain luka di pipi kiri sepanjang dua cm panjang dan satu cm lebar.
“Kami percaya penjenayah tersebut menggunakan sudip yang dipegang mangsa berikutan menemui peralatan memasak itu yang terbelah dua,” katanya.
Mazlan berkata, siasatan juga mendapati suspek melakukan jenayah tersebut dengan tergesa-gesa kerana tidak menggeledah rumah tersebut dan hanya mengambil seutas gelang tangan yang bernilai kira-kira RM4,000 dan tidak mengambil cincin serta subang yang dipakai mangsa.
“Kami percaya suspek mengekori mangsa ketika Wan Kalsom pulang ke rumahnya dan dipercayai mengenali suspek berikutan tiada kesan pergelutan di dalam rumah tersebut.
“Suspek juga dipercayai berasal daripada kampung sama dan kami meminta orang ramai yang menyalurkan maklumat berhubung kejadian tersebut kepada Bilik Gerakan IPK Kelantan di talian 09-7450999 bagi membantu polis untuk mengesan suspek,” katanya.

Bahtera Nabi Nuh di gunung Ararat

Entri dari Melayukini.net


    Melayukini.net – Kajian – Bahtera Nabi Nuh Di Temui (Menarik!) | Kisah mengenai kajian ini sudah lama sebenarnya disiarkan, akan tetapi berkemungkinan masih lagi di antara kita tidak  mengetahui tentang penemuan bahtera Nabi Nuh yang telah tersadai sejak dahulu lagi.  Kisah yang mengaitkan dengan umat Nabi Nuh A.S yang ditenggelamkan oleh Allah SWT kerana ingkar perintah Allah seperti disebutkan dalam Al-Quran, sudah ditemui dan dilakukan kajian oleh tim penyelidik antropologi yang diketuai oleh Prof. Ron Wyatt di Turki sejak tahun 1977. Boleh lihat gambar di bawah ini.
    1. Maklumat awal di tahun 1960, berita dalam Life Magazine: Pesawat Tentera Negara Turki merakam sebuah imej mirip perahu di puncak gunung Ararat yang panjangnya 500 kaki (150 meter) yang dijangkakan perahu Nabi Nuh AS (The Noah’s Ark).
    2. Ini dia lokasinya di bukit Ararat gambar fosil kapal yg diambil dari jarak dekat.
    3. Gambar yang di ambil dari sudut hujung fosil kapal.
    4. Kerja-kerja pengukuran oleh pihak tim arkeologi.
    5. Struktur Perahu menurut para arkeologi yang menemukannya.
    6. Gambar fosil bahtera Nabi Nuh dengan warna yg lebih jelas dan terang yang diambil kemudian pada dekad terkini.
    Gunung Judi (yang disebut dalam Al Quran) dan Gunung Ararat (yang di sebut dalam Bible) adalah gunung yang sama. Yang membezakan cuma bahasa penggunaannya sahaja. Dalam bible yang ada sekarang menyebut lokasi pendaratannya di ’Ararat’, sementara dalam bible yang terlebih awal di tulis, yang menggunakan bahasa Aramaic (Targums) menyebutnya Gunung ’Judi’. (The ancient Babylonians literature , The Genesis Rabba and Josephus followed the Aramaic opinion).
    Jadi selesai lah masalah berkenaan yang mana satu Gunung Judi dan yang mana satu Gunung Ararat.
    Gambar fosil sauh bahtera Nabi Nuh as
    Melayukini.net - Seperti yang tertulis dalam al-Quran mengenai kisah bahtera Nabi Nuh. Penemuan ini membuktikan lagi kepada orang bukan Islam bahawa kejadian ini adalah benar-benar berlaku. Sebab itulah ramai pengkaji yang cuba mengkaji mengenai al-Quran dan Islam, Allah SWT akan memberikan mereka hidayah, Insha Allah.

    credit: Melayukini.net
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...