Seorang pemuda yang terlampau mabuk akibat minum Arak berlebihan
telah membuat keputusan untuk menyalakan mercun dan memakannya, selepas
itu mercun tersebut meletup didalam mulutnya, letupan tersebut
mengakibatkan sehingga terburai mulutnya.
“Oleh disebabkan itulah Islam melarang umatnya meminum Arak”.
Pengharaman Arak
ISLAM mengharamkan arak sejak 14 abad yang lalu. Orang Arab jahiliah
sebelum kedatangan Islam adalah peminum arak yang tegar. Mereka
menganggap arak sebagai minuman terbaik untuk menikmati keseronokan
hidup sebenar. Terdapat juga di kalangan segelintir umat Arab jahiliah
yang baru memeluk Islam cuba mempengaruhi Rasulullah SAW dengan
mengatakan arak boleh menjadi penawar dan ubat untuk seseorang.
Rasulullah segera menyanggah anggapan itu dengan bersabda:
“Ia bukan ubat, bahkan sebenarnya adalah punca kepada segala penyakit” (riwayat Muslim).
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi
dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah,
adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu
hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. ” (Surah Al-Maaidah:
Ayat 90)
Allah SWT Melaknat Sepuluh Golongan Yang Terlibat Dengan Arak
” Diriwayatkan daripada Anas r.a bahawa rasulallah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak:
1. orang yang memerah arak
2. orang yang diminta arak diperah untuknya
3. orang yang meminumnya
4. orang yang membawanya
5. orang yang meminta dibawa arak kepadanya
6. orang yang memberi minum arak kepada orang lain
7. orang yang menjual arak
8. orang yang mendapat hasil daripada arak
9. orang yang membeli arak
10. orang yang meminta dibelikan arak untuknya “
(Hadith Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)
Huraian Hadith
i) Arak yang juga disebut “khamar” dalam bahasa Arab
bermaksud minuman yang memabukkan. Ia menjadi minuman kemegahan bagi
orang-orang fasik, kafir dan munafik. Di dalam Islam hukum meminumnya
adalah haram.
ii) Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa arak itu
adalah ibu segala kejahatan. Ini terbukti di mana hasil kajian
mendapati bahawa arak sebenarnya boleh merosakkan fizikal dan mental
manusia di mana dari segi ilmu perubatan arak itu boleh memberi
kemudharatan pada tubuh badan manusia seperti menyebabkan penyakit lemah
jantung, barah mulut, tengkuk, kerongkong, penyakit saraf dan penyakit
hati.
iii) Manakala dari aspek mental pula al-Quran
sendiri ada menyebut bahawa arak itu akan mendedahkan gejala yang tidak
baik kepada individu, masyarakat dan negara di mana seseorang yang
meminum arak pasti akan mengalami gangguan minda, hilang pertimbangan
dan kesedaran diri menyebabkan ia akan melakukan sesuatu perkara buruk
yang tidak pernah dilakukan ketika dia berkeadaan waras. Inilah puncanya
berlaku permusuhan dan kebencian serta terjadinya penyakit sosial
seperti gejala seks bebas, pembunuhan dan kemalangan jalanraya
.
iv) Sesungguhnya tujuan utama Islam mengharamkan
pengambilan arak adalah untuk menjaga keperibadian manusia daripada
perkara-perkara yang merosakkan selain daripada kesan arak itu sendiri
yang boleh melalaikan diri daripada mengingati Allah. Bahkan para fuqaha
mengatakan bahawa jenayah arak ini sebenarnya samalah seperti kesalahan
mencuri dan berzina di mana hukuman yang bersabit dengan arak ini
adalah sebat antara 40 hingga 80 kali.
v) Larangan arak selain daripada yang disebutkan di
dalam hadis di atas juga berlaku pada larangan menghadiri majlis di mana
arak disediakan untuk para tetamu. Oleh itu menjadi tanggungjawab
setiap Muslim untuk menjauhi arak daripada kehidupan mereka dan bersama
membenteras gejala tidak sihat ini daripada terus menular di dalam
masyarakat
Arak Merosakkan Akal Manusia
Rasulullah s.a.w bersabda lagi,yang bermaksud: ”Arak ialah setiap yang merosakkan akal fikiran.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith
1. Ijmak ulama’ telah menetapkan bahawa meminum arak adalah haram sama ada dengan kuantiti yang sedikit atau pun banyak.
2. Islam juga mengharamkan daripada menjual,
membeli, ataupun memperniagakan arak meskipun dengan orang yang bukan
Islam. Hal ini tidak terkecuali dengan mengangkut atau membawa serta
membuat arak. Hukumnya juga haram
.
3. Demikian juga Islam mengharamkan seseorang Muslim menjual anggur kepada orang yang mahu memprosesnya menjadi arak.
4. Majlis-majlis yang berunsur arak juga hendaklah diboikot dan kita dilarang mendampingi peminum arak.
5. Menggunakan arak semata-mata sebagai ubat juga
adalah haram dan berdosa. Lain halnya dengan campuran ubat dengan kadar
tertentu dari alkohol- contohnya kerana darurat-seperti untuk memelihara
sesuatu supaya tidak rosak. Tetapi ia hendaklah memenuhi syarat-syarat
berikut:
i) Terdapat bahaya yang sebenar ke atas kesihatan manusia jika tidak meminum ubat tersebut.
ii) Tiada ubat lain yang halal untuk menggantikannya.
iii) Ia hendaklah dengan nasihat seorang
doktor Muslim yang dipercayai dalam profesionnya dan juga dari segi
agamanya. Hal ini kerana prinsip Islam itu berdiri di atas dasar
kemudahan, menghindarkan bahaya dan melaksnakan maslahah berdasarkan
firman Allah S.W.T yang bermaksud:
” Sesiapa yang terpaksa (memakannya) tanpa mengingininya dan tanpa mengulanginya maka tiada dosa atasnya.” (al-Baqarah: 173)
Azab Bagi Golongan Yang Terlibat Dengan Arak
Diantara hadith-hadith mengenai azab peminum arak:
Didalam Hadith Nabi S.A.W mengambarkan tentang ancaman bagi peminum
arak, sepertimana yang diriwayatkan oleh Jabir r.a dalam sebuah hadith
yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah Subhanahu wata’ala memiliki janji untuk
orang-orang yang meminum minuman keras (yang memabukkan), akan
memberinya minum dari Thinatul khabal” mereka bertanya : “ wahai
Rasulullah, apakah Thinatil khabal itu ? beliau menjawab : keringat ahli
neraka atau cairan kotor (yang keluar dari tubuh) penghuni neraka”.
(HR Muslim)
Ibnu Abbas meriwayatkan,Rasulullah SAW bersabda:
“Barang siapa meninggal (Mati) sebagai peminum arak, maka ia akan
bertemu dengan Allah dalam keadaan seperti penyembah berhala” (HR Ath
Thabrani, 12/45, Shahihul Jami’ : 6525)
Rasulullah SAW bersabda;
“Barang siapa mati dalam keadaan tidak berhenti minum arak, niscaya
Allah Ta’ala akan memberinya minum air sungai Ghuthah.Yaitu sungai di
neraka yang bersumber dari kemaluan para pelacur.”
(HR.Imam Ahmad)
Wallahu’alam….
Oleh: HasnulHadiAhmad.Com