Wednesday, September 19, 2012

cara menghilangkan lebam bawah mata

Pancaran mata sebenarnya adalah bahasa hati seseorang. Bak kata pepatah, “Dari mata turun ke hati”. Seorang yang banyak pengalaman, contohnya mak kita, boleh tahu samada kita bercakap benar atau tidak dengan hanya merenung pandangan dan kerdipan mata ketika kita berhadapan dengannya. Dikatakan juga orang yang cantik jelita ialah seseorang yang turut mempunyai pandangan mata yang bercahaya dan berseri-seri. Jadi memang penting sekali untuk kita menjaga kecantikan mata ini. Jadi kita kena tahu bagaimanakah cara untukmenghilangkan lebam bawah mata agar ia tampil berseri.


Petua Hilangkan Lingkaran Hitam Pada Mata
Potong sebiji kentang dan hiris kepada beberapa kepingan nipis.Lepas tu lekapkan hirisan kentang tu pada sekeliling dan kedua-dua belah mata. Biarkan selama 10-20 minit lepas tu barulah dibilas dengan air bersih.
Cuba amalkan selalu kerana dikatakan kandungan enzim dalam kentang bukan sahaja dapat membantu mengurangkan lingkaran hitam kat mata malah boleh mencerahkan kulit.
Petua Hilangkan Kesan Hitam Bawah Mata
Perah lemon dalam cawan. Kemudian sapukan perahan tu perlahan-lahan di kawasan sekitar bawah mata. Sebaik-baiknya amalkan dua kali setiap hari untuk mendapat hasil yang diharapkan.
ATAU
Sediakan satu cawan air panas dan sehelai kain yang lembut. Celup kain dalam air panas (pastikan jangan terlalu panas takut melecur pula nanti..huhu..) angkat dan letakkan pada mata. Biarkan selama 15 minit.
Lepas tu barulah disapu sedikit krim pelembam pada sekitar mata. Jika rajin amal, lingkaran hitam atau tanda seakan-akan lebam pada mata tu tidak akan kelihatan lagi.

credit: via giler kentang

Gadis penerima jantung meninggal dunia..

KENANGAN...Hui Yee ketika menerima rawatan di IJN pada 2006.
KENANGAN...Hui Yee ketika menerima rawatan di IJN pada 2006.


BATU PAHAT: “Bulan depan jantung yang saya guna genap lima tahun, mak tolong masakkan saya ‘Mee Sua’ (Mee Sup) dan jangan lupa jemput kawan-kawan saya sekali.” Itu permintaan terakhir penerima jantung, Tee Hui Yee, 19, kepada ibunya Dina Bato Sam Bua, 51, kelmarin sebelum meninggal dunia, pagi semalam.
Hui Yee remaja yang pernah mendapat perhatian masyarakat selepas penderitaannya bergantung hidup menggunakan jantung mekanikal dilaporkan media, meninggal dunia jam 10.02 pagi semalam selepas mengadu sakit bahu kanan, malam kelmarin.
Dina berkata, sebelum Hui Yee mengadu sakit, dia bersama rakannya sempat keluar ke bandar untuk makan ‘steam boat’ yang juga makanan kegemarannya.

“Hui Yee ada beritahu saya dia ke bandar untuk makan steam boat bersama rakannya, tetapi saya hairan kerana dia pulang awal malam itu.


Saya masih teringat lagi berita di akhbar, ( kalau salah minta betulkan sebab dah lama berlalu) beliau menerima jantung tersebut dari seorang remaja cina berasal dari  area Pulai Indah@ Kangkar Pulai, JB selepas jantung pertama yang ingin diterima dari remaja melayu yang meninggal tidak sesuai dengannya..

Akhirnya..sampai saat ketentuan, dia pergi juga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...