Sunday, October 21, 2012

Mengapa jantung rasa berdebar

Pernahkah anda mengalami perasaan jantung yang sentiasa bedebar-debar? Simptom ini adakalanya berlaku ketika mahu hendak tidur, ataupun selepas melakukan sebarang aktiviti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Melayukiniu.net – Mengapakah Seseorang Itu Selalu Berasa Jantung Berdebar | Mungkin ada sebahagian daripada kita mengalami masalah degupan jantung yang selalu bedebar-debar. Adakalanya walaupun kita tidak membuat sebarang aktiviti berat, ia tetap dialami walaupun tidak menjejaskan kesihatan tubuh badan. Timbul satu persoalan, mengapakah seseorang itu selalu berasa jantungnya berdebar? Jom ikuti soal jawab di bawah ini.

Gejala-gejala yang disebutkan itu mungkin disebabkan oleh kerana sering menghadapi masalah membuang air besar dengan tidak lancar, kurang minum air, aturan aktiviti dan pemakanan yang tidak teratur dan tidak mengandungi zat-zat yang diperlukan oleh tubuh badan.
Disarankan supaya tuan mengutamakan makanan daripada jenis syur-sayuran, buah-buahan dan biji-bijian serta minum air ptuih sekurang-kurangnya 8 – 10 gelas dalam sehari. Apabila makan pada waktu pagi dan tengahari, sebaiknya biar sampai kenyang, tetapi makan ala kadar sahaja pada waktu malam. Selain itu, elok juga jika diamalkan makan pil atau tablet vitamin C untuk menambah zat tubuh.
Melayukini.net - Namun sekiranya saranan di atas sudah dilakukan, tetapi tidak mengalami sebarang perubahan, hendalah terus berjumpa dengan doktor. Kita tidak mengetahui apakah punca sebenar masalah penyakit ini, akan tetapi kita boleh mengetahui simptom-simptom awal seperti yang dinyatakan di atas.

Sumber: Petua Tradisional | Koleksi Kesihatan & Riadah Melayukini.net

Tuesday, October 16, 2012

punca migrain

Migrain adalah penyakit biasa yang dihadapi oleh golongan remaja. Ia berlaku kerana darah tidak sampai ke otak akibat tersekat dan menyebabkan sakit kepala yang teramat sangat.
Selain pening akibat sakit kepala, migrain juga memberi rasa tidak selesa kepada perut dan loya sehingga menyebabkan pesakit muntah.
Perasaan yang sering digambarkan oleh pesakit ketika menghadapi migrain adalah seperti dihempap batu dan kepala berdenyut-denyut seperti dicucuk-cucuk.
Serangan migrain ini tidak mengira tempat dan waktu. Kebiasaannya pesakit akan mengalami sakit kepala di sebelah bahagian sahaja.
PUNCA / PENYEBAB MIGRAIN
1. Kesan daripada alahan seseorang
2. Silau akibat lampu yang terang
3. Bunyi yang terlalu kuat
4. Bau wangi yang terlampau kuat
5. Tekanan fizikal atau emosi
6. Waktu tidur yang tidak teratur
7. Merokok atau terdedah kepada asap rokok
8. Stres
9. Menahan lapar
10. Makanan seperti coklat, keju, kopi, limau, tomato dan jeruk atau makanan yang diperap

Sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...