Bekas tentera Perang Dunia Ke 2,Major bersara John Tulloch terkejut
apabila imej yang dirakamkan beliau pada tahun 2010 di Borneo memberi
penampakan yang menyeramkan.
Imej putih yang muncul dalam kamera seakan-akan membentuk rangka manusia yang berbaris.
Insiden ini berlaku semasa Major John Tulloch melawat kembali laluan yang terkenal dengan tragedi Sandakan Death March.
Tragedi Sandakan Death March berlaku pada tahun 1945 apabila tentera
Jepun memaksa 2,400 orang tentera Bersekutu yang kebanyakan tentera
Australia dan 3,600 orang buruh paksa Indonesia.
Daripada 6,000 berkawat daripada Sandakan ke Ranau, hanya 6 orang sahaja
yang selamat, itupun disebabkan oleh hasil ikhtiar mereka untuk
melepaskan diri.
Keganasan dan kebrutalan Jepun semasa Perang Dunia Kedua sangat diketahui. Insiden serupa turut sama berlaku di Filipina.
Insiden yang dikenali Bataan Death Marchmenyebabkan 650 orang tentera
Amerika Syarikat dan 10,000 warga Filipina kehilangan nyawa sebelum
mereka sempat menjejakkan kaki ke Camp O’Donnell.
Mengulas mengenai imej yang dirakamkan beliau ini, Major John Tulloch
merakamkannya daripada dalam kereta jenis 4WD. Pada asalnya, beliau
menganggap ia adalah hasil refleksi daripada tuala yang diletakkan di
atas dashboard. – Dailymail