Saturday, November 3, 2012

4 maut accident di Jasin termasuk pemandu remaja 14 tahun

Korban Pemandu Budak 14 Tahun
Korban Pemandu Budak 14 Tahun - JASIN : Tindakan berani seorang pelajar tingkatan dua memandu kereta bapanya mengundang padah apabila terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta menyebabkan dia dan tiga lagi maut dalam nahas di Kilometer 38.5, Jalan Air Panas-Kesang dekat sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Muhd. Nur Hishamuddin Hashim berkata, kemalangan berlaku pada pukul 11.15 malam.
Mereka yang maut ialah Mohd. Hafiz Helmi, 14; pemandu Perodua Myvi, Mohd. Shahir Mat Sahat, 27, dan dua rakannya, Hairul Nizam Alias, 34, serta Mohammad Izzuddin Usop, 21.
Beliau berkata, kereta Toyota Corolla yang dipandu Mohd. Hafiz dari arah Air Panas ke Kesang dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh Perodua Myvi.
Mohd. Hafiz yang merupakan pelajar tingkatan dua SMK Iskandar Shah, Jasin, dikatakan baru memandu sejauh 700 meter dari rumah mereka di Rumah Awam, Kesang sebelum kemalangan berlaku. – Kosmo

Sunday, October 28, 2012

Sadisafizan betulkan fakta sebenar...accident di Penang Bridge

PANJANG UMUR...Sadisafizan ketika ditemu bual wartawan. Gambar kecil, foto dalam MyKad Sadisafizan yang hilang.
PANJANG UMUR...Sadisafizan ketika ditemu bual wartawan. Gambar kecil, foto dalam MyKad Sadisafizan yang hilang.
KUALA LUMPUR: “Saya tak mati lagi, seram sejuk badan saya bila awak cakap saya mati.”
Itu kata Sadisafizan Said, 36, kepada wartawan Harian Metro yang ke rumahnya di Kampung Selayang Baru, Batu Caves, di sini, untuk menemu bual keluarganya selepas dia dilaporkan terbunuh bersama dua yang lain dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang, awal pagi semalam.
Pertemuan wartawan Harian Metro dengan Sadisafizan, sekali gus menimbulkan persoalan siapa sebenarnya lelaki yang terbunuh dalam kemalangan itu kerana polis sebelum ini memaklumkan seorang daripada mangsa dikenali sebagai Sadisafizan Said berusia 36 tahun.

Menurut polis, selain lelaki menggunakan nama Sadisafizan yang memandu kereta Proton Perdana dalam kemalangan di Kilometer (KM) 1.6 Jambatan Pulau Pinang pada jam 3.35 pagi itu, seorang lagi yang terbunuh dikenali sebagai Muslim Idwar, 38, dari Jalan Gombak, Kuala Lumpur.

Turut maut ialah seorang wanita, Mai Linda, 18, dari Namutrasi di Sumatera Utara, Indonesia yang meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ) jam 10.15 pagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...