Bila hadir cinta yang satu Jangan ditanya siapa dia Tanyalah siapa kita Dan pulang kemana akhirnya...
Sunday, April 22, 2012
Saturday, April 21, 2012
Thursday, April 19, 2012
Sihir Gangguan Penyakit Fizikal
Sihir jenis ini dihantar bagi memberikan kesakitan kepada jasad
pesakit.Hakikatnya,kesakitan yang dialami oleh pesakit benar benar
dirasai.Pesakit pesakit mendapatkan rawatan moden daripada doktor
sehinggga kepada tahap rawatan doktor pakar.Pesakit pesakit mendapatkan
rawatan moden daripada doktor sehingga kepada tahap rawatan doktor
pakar.Pelbagai kaedah perubatan moden dijalankan seperti pemeriksaan
makmal,pemeriksaan x ray,imbasan CT ataupun MRI(CT scan dan MRI scan)
dan ujian saraf dilakukan,tetapi tidak menunjukkan apa apa keputusan
yang menjurus kepada diagnosis,nama penyakit)yang tepat.Doktor hanya
mampu memberikan rawatan bagi mengurangkan gejala penyakit seperti uban
penahan sakit.Pesakit pula dinasihatkan supaya bersabar tanpa diberikan
kata putus perihal penyakit yang dialami.Terdapat dua cara gangguan jin
secara fizikal ini berlaku,iaitu:
–> Sihir yang dihantar bertujuan memberikan kesakitan ataupun kesan penyakit fizikal kenapa mangsa.
–> Jin menganggu atau menumpang didalam tubuh orang yang lemah
akibat penyakit fizikal yang hakiki,seperti pesakit kronik yang
mempunyai sakit belakng disebabkan masalah tulang belakang.Namun
begitu,jin menumpang pada bahagian yang sakit itu lalu menambah kadar
kesakitan yang ada.
Terdapat kes kes rawatan dan mendapati
penyakit yang dialami oleh pesakit pesakit itu sebenarnya adalah
gangguan jin.Contoh penyakit fizikal sepertimana berikut menjelaskan
lagi fenomena ini.
A) Sakit kepala kronik atau migrain
Pesakit mengadu sakit kepala diikuti oleh rasa loya dan muntah
muntah.Gangguan penglihatan juga kerap berlaku dalam fasa aktif.Ubat
penahan sakit tidak lagi berkesan.
B)Lumpuh sebelah muka atau bell’s palsy
Pesakit mengadu mukanya senget sebelah apabila melihat pada
cermin.Pesakit berasa sukar menggerakkan otot otot muka pada bahagian
yang diganggu.
C)Kelumpuhan anggota badan sama ada tangan atau pun kaki
Tanda tanda ini seperti kelumpuhan orangyang terkena penyakit
strok.Bezanya,tidak ada kesan kesan pendarahan atau penyakit didalam
otak apabila dilihat melalui CT scan atau MRI scan.Kelumpuhan yang
berlaku dalam penyakit gangguan jin bukanlah kelumpuhan total,tetapi
kepada kelumpuhan separa,iaitu otot otot menjadi lemah.
D)Jantung berdebar debar
Penyakit jantung berdebar debar disebabkan oleh gangguan fizikal yang
sebenar,iaitu fungsi elektrik jantung tidak sihat.Keadaab ini berlaku
kepada pesakit yang menghidap Atrial fibrillation.Kesan penyakit dapat
dilihat melalui ECG,iaitu pemeriksaan bagi melihat fungsi elektrik
jantung.Terdapat pesakit pesakit yang mengalami tanda berdebar yang sama
tetapi apabila diperiksa melalui ECG semuanya masih berada dalam
keadaaan normal.Apabila jin dipaksa keluar dari dada pesakit oleh
perawat,pesakit berasa jantungnya normal kembali.
E)Demam panas
Demam dengan suhu badan yang terlalu tinggi disebabkan oleh gangguan
jin.Orang yang terkena sihir cenderung mengalami demam.Malah,orang yang
terserempak dengan hantu,iaitu jin jin selalunya mengadu mendapat demam
panas kemudiannya dan tidak sihat beberapa hari.
F)Demam yang tidakk diketahui puncanya atau pyrexia of uknown origin
Keadaan ini selalunya berlaku apabila seseorang masuk kedalam
hutan.Orang itu menghidap penyakit demam yang berpanjangan terutama pada
waktu maghrib.Punca demam yang biasanya berlaku adalah demam
malaysia,leptospirosis dan TB.Penyakit penyakit itu dapat dikesan
melalui pemeriksaan darah atau x ray pesakit.Punya sebenar kes kes itu
berlaku tidak dikenal pasti.Kami berpendapat.apabila demam tidak dapat
dikesan,punca sebenarnya berkemungkinan disebabkan oleh gangguan jin.
G)Sakit sendi yang berpanjangan atau chronic arthritis
Penyakit ini tidak mengenal peringkat usia.Pesakit mengadu sakit sendi
pada bahagian sendi sendi utama dan sakit sendi itu mampu berpindah
pindah.Sebagai contoh,pada mulanya pesakit mengalami rasa sakit dilutut
dan berpindah pula ke bahagian pergelangan tangan atau siku.Sakit sendi
yang dialami pula diikuti oleh demam yang rendah suhu.Pemeriksaan darah
menunjukkan pesakit berada dalam keadaan normal.Kmai
berpendapat,penyakit ini juga berkemungkinan disebabkan oleh jin.
H)Sakit sengal sengal otot yang berpanjangan atau chronic fibromyalgia
Pesakit mengadu sengal sengal otot tanpa punca yang dapat
dikesan.Pesakit juga selalu mengadu mengalami sakit belakang,sakit
bahu,sakit tengkuk atau sakit pada sendi utama.Pesakit mengalami rasa
sakit di telapak kaki atau pada bahagian sendi sendi kecil pada jari
jemari.Pemeriksaan darah,x ray dan uji kaji saraf menunjukkan semuanya
berada dalam keadaan normal.Doktor perubatan mengatakan penyakit yang
dialami berpunca daripada stress,makanan yang mengandungi bahan pengawet
atau kurang bersenam.Kami masih lagi berpendapat penyakit ini juga
adalah salah satu bentuk gangguan jin.
I)Penyakit ketumbuhan atau kanser
Penyakit kanser adalah penyakit fizikal yang dapat di kesan.Kanser yang
dikesan secara fizikal melalui pemeriksaan darah,x ray,CT scan,MRI scan
atau pemerhatian secara zahir.Rawatan penyakit kanser biasanya
dilakukan melalui pembedahan,kimoterapi atau radioterapi.Ada juga
pesakit yang mengamalkan herba herba atau menjalani terapi penafasan
qiqong dan sebagainya.Kami tidak menolak penyakit kanser juga
berkemungkinan berpunca daripada gangguan jin.
J)Rabun atau buta
Rabun atau buta juga disebabkan oleh gangguan jin yang dilaksanakan
melalui sihir.Biasanya ia berlaku secara tibab tiba.Pesakit dinasihati
berjumpa pakar mata dahulu sebelum menjalanii rawatan alternatif.Sihir
jenis ini biasanya mengelirukan pesakit atau mangsa sihir.Ia datang
seperti penyakit fizikal yang dapat diraway oleh doktor perubatan moden
tetapi pemeriksaan makmal,x ray atau imbasan,biasanya menunjukkan
pesakit itu berada dalam keadaan normal.Pesakit dinasihatkan supaya
menjalani rawatan doktor terlebih dahulu sebelum pergi kepada perawat
alternatif.Pihak doktor moden berasa hampa kerana tidak dapat mencari
diagnosis,nama penyakit yang tepat kepada penyakit yang
dihidapi.Akhirnya,rawatan hanya bersifat menahan gejala yang dialami
pesakit dengan bantuan ubat.
Penyakit fizikal
wujud,tetapi ada penyakit yang mirip penyakit fizikal tetapi sebenarnya
ia adalah penyakit serangan jin.Penyakit seperti ini tidak dapat dikesan
melalui teknologi moden,berlaku berpanjangan dan terdapat tanda tanda
umum gangguan jin yang lain.Selain itu ,orang yang lemah secara fizikal
disebabkan penyakit tubuh badan juga mudah terkena serangan jin yang
mahu menambah penyakit yang dihidapinya.
•Pukau
adalah sejenis ilmu sihir yang digunakan bagi menguasai fikiran
manusia.Melalui sihir ini,minda,hati dan tingkah laku mangsa di
pengaruhi secara jahat melalui bantuan jin jin yang mampu menguasai
manusia yang lemah roh atau jiwanya.Terdapat beberapa versi ilmu pukau
yang biasa diamalkan,iaitu:
Pukau digunakan bagi mempengaruhi mangsa sehingga tidak dapat mengawal diri dan hanya menurut perintah.Mangsa
menyerahkan apa sahaja yang ada di tangannya seperti wang,barang kemas
dan mengeluarkan wang daripada akaun bank tanpa disedari.Keadaan ini
digunakan oleh para penjenayah dan pencuri.Ia juga dinamakan sebagai
ilmu penunduk.Ilmu ini kerap digunakan bagi menculik atau melarikan
seseorang termasuk anak gadis atau kanak kanak.Mangsa mampu melupakan
perihal kejadian itu atau berada dalam keadaan separa sedar,tetapi tidak
berdaya berbuat apa apa.
•Pukau digunakan sebagai ilmu pengasih.
•Pukau yang digunakan oleh erompak bagi memasuki rumah yang mahu
dirompak.Orang yang berada didalam rumah berasa mengantuk sehingga
mereka semua tidur dengan nyenyaknya.sekiranya ada ahli rumah yang
tersedar,mereka biasanya dalam keadaan separuh sedar dan seolah olah
diikat serta tidak mampu bergerak atau menjerit bagi meminta
pertolongan.Perompak perompak yang menggunakan sihir jenis ini biasanya
memakan makanan yang ada dirumah mangsa,meninggalkan najis
manusia,selipar atau kasut di luar rumah mangsa.
•Pukau yang
digunakan oleh penyihir bagi merubah pandangan realiti,kepada sesuatu
objek atau perkara.ia dikenali dengan nama sihir takhyil di rantau
Arab.Sebagai contoh,pada zaman Nabi Musa,tali yang dicampakkan itu
kelihatan seperti ular.mangsa melihat seolah olah orang yang menyihir
itu besar daripada bentuknya yang asal atau mangsa berasa seolah olah
melakukan sesuatu,tetapi hakikatnya beliau tidak berbuat apa apa
pun.Mangsa melihat objek itu sedang bergerak,padahal objek itu tetap
berada di situ tanpa berubah kedudukannya.Sihir jenis ini digunakan oleh
ahli silap mata jalanan yang menggunakan ilmu hitam,seperti memotong
tangan sehingga putus dan seterusnya memancut mancutkan darah tetapi
hakikatnya itu hanya mainan ilusi oleh syaitan dan iblis ini.
Ilmu pukau biasanya tidak menggunakan perantaraan bomoh kerana pengamal
pengamal pukai itu sebenarnya bertindak sebagai tukang tuakng
sihir.Ilmu pukau dapat disampaikan kepada mangsa melalui beberapa cara.
•Pancaran mata beserta mantera.
•Sentuhan,seperti berjabat tangan atau tepukan dibahu beserta mantera.
•Penggunaan minyak wangi yang di calit sedikit.
•Pemujaan jin dengan menjamu jin sebelum rompakan dijalankan
Jin jin terlibat secara langsung kerana adanya ritual pemujaan dan
penyeruan nama nama mereka dalam mantera.Penguasaan ilmu pukau kepada
mangsa bergantung pada beberapa faktor.Mangsa yang mempunyai kekuatan
jiwa atau kekuatan minda sukar dipukau.Mangsa yan menjaga hubungannya
dengan Allah juga dilindungi Allah daripada bahana ilmu pukau.
Sihir
jenis ini dihantar bagi menyebabkan gangguan mental kepada
mangsa.Pesakit yang terkena sihir ini menjadi bingung sepanjang
masa,tidak boleh fokus dan mudah lupa kepada sesuatu perkara.Pesakit
juga kerap meracau racau dan bercakap seorang diri.Mangsa berpakaian
selekeh dan kadangkala tidak menghiraukan keaiban diri sendiri.Pesakit
seolah olah berada dalam dunianya sendiri ,Kerap kali berlaku pada
asalnya pesakit seorang yang normal ,bekerjaya dan berpelajaran tetapi
bertukar menjadi kurang siuman.
Pesakit tidak boleh menjalankan
apa apa tugas yang biasa dilakukannya sehingga lupa menjaga kebersihan
dan keselamatan diri.Pada tahap yang lebih kritikal,mangsa sihir ini
berjalan seorang diri dan merayau rayau tanpa tujuan serta tidur di
tempat sunyi.Rawatan moden tidak berkesan dan mangsa dihantar ke
hospital penyakit mental bagi menjalani rawatan.
Sihir jenis
ini dihantar kerana perasaan sakit hati,hasad dengki dan
dendam.Perlaksanaan sihir adalah dengan adanya penggunaan mantera,bahan
pujaan sihir dan penyeruan kepada jin jin.Jin jin jahat itu masuk ke
dalam otak mangsa dan membuat gangguan pada bahagian fungsi fikiran dan
akal rasional.Mangsa sihir dibisikkan dengan hasutan hasutan yang
menyebabkan mangsa keliru perihal perbezaan alam hakiki dan alam yang
diciptakan oleh jin jin itu.Tahap terakhir sihir ini adalah penguasaan
penuh minda pesakit sehingga beliau hanya hidup di alamnya sendiri.
Penyakit mental atau gila ini di rujuk kepada pakar psikiatri.Rawatan
yang dilakukan termasuk rawatan psikoterapi,kaunseling ,rawatan ubat
medikal dan pengasingan pesakit di wad wad atau hospital penyakit mental
kepada tiga cabang
Skizofrenia
Ia adalah penyakit yang difahami sebagai penyakit gila yang sebenar.Tanda tanda utama orang menghidap penyakit ini adalah :
a. Mengalami halusinasi secara visual atau pendengaran.Pesakit
terdengar bisikan bisikan yang memberitahu sesuatu atau menyuruh
melakukan sesuatu.Pesakit juga melihat dan berkomunikasi dengan orang
yang hanya beliau sahaja yang nampak.Pesakit selalu merasakan ada
konspirasi jahat yang mahu menganiaya drinya.
b.Merasakan diri
terlalu hebat sehingga kepada tahap yang pelik atau bizarre
delusion.Contohnya ,beliau merasakan dirinya sebagai presiden Amerika
Syarikat.merasakan dirinya boleh berhubung dengan roh roh atau makhluk
asing dari palnet lain atau boleh berhubung dengan roh roh atau makhluk
asing dari planet lain atau boleh membaca fikiran orang lain.
c.Pesakit tidak boleh berfungsi sebagai seorang yang normal,seperti bekerja atau berkeluarga.
Penyakit kerisauan (anxiety disorder)
Penyakit mental ini dikenali sebagai sifat bimbang atau risau yang
berlebihan.Contoh yang paling popular adalah obsessive compulsive
diorder iaitu sejenis penyakit was was yang menjadikan pesakit berasa
seolah olah tangan atau badannya kotor,lalu pesakit itu berulang ulang
membasuh tangannya atau mandi hanya bagi memuaskan hati.
Penyakit
was was yang biasa didengar oleh masyarakat kita adalah ketika mengambil
wuduk atau mengangkat takbiratulihram. Pesakit itu terpaksa melakukan
aktiviti itu berulang ulang sehingga menyusahkan diri.
Penyakit sedih berlebihan atau kemurungan(major depression)
Penyakit mental ini dikenal pasti apabila pesakit menjadi sedih yang
keterlaluan,disebabkan faktor faktor yang biasa seperti kematian
pasangan atau ditimpa musibah.Beza pesakit ini dengan orang normal
adalah pesakit itu tidak dapat mengawal dirinya sendiri.
Antara
gejala penyakit ini adalah seperti pesakit sentiasa berasa murung dan
hiba,suka menyendiri di dalam bilik yang gelap,tidak dapat menumpukan
fikiran dan tidak dapat bekerja atau melakukan aktiviti.Pesakit juga
menjadi seorang yang terlalu pendiam dan selalu terfikir mahu membunuh
diri.Mereka mudah berasa putus harapan dan dunia dirasakan gelap tanpa
apa apa penyelesaian masalah.
Hubungan penyakit mental dan gangguan jin.
Sekiranya kita perhatikan,terdapat banyak persamaan definisi yang
dibuat oleh ilmu perubatan moden berkenaan penyakit mental dan juga
pemahaman ilmu sihir yang ditemui pada pesakit pesakit gangguan jin.Kami
mengambil pendirian,penyakit mental yang disebabkan oleh sihir atau
gangguan rambang sememangnya tidak dapat lari daripada penglibatan
jin,syaitan dan iblis.Contohnya:
a)Halusinasi visual atau
pendengaran sebenar menjelaskan perihal penipuan jin yang sentiasa
menampakkan diri atau menghasilkan bunyi bunyi bagi menakutkan
manusia.Kesan ini lebih ketara berlaku kepada pesakit pesakit mental.
b)Obsessive compulsive diorder pula menjelaskan perihal penyakit was
was yang diajar oleh nabi Muhammad supaya berlindung daripadanya dengan
doa atau membaca surah Annas.Syaitan yang bernama al-khannas terlibat
dalam aktiviti mencetuskan rasa was was.
c)Penyakit sedih yang
keterlaluan9major depression)pula membuka ruang untuk iblis menguasai
manusia.Sifat sedih adalah normal tetapi sifat sedih yang keterlaluan
menyebabkan syaitan dan iblis menghasut supaya kita berputus asa
sehingga kepada tahap membunuh diri.Nabi Muhammad juga mengajar kita doa
perlindungan khusus bagi mengelakkan diri daripada penyakit sedih dan
kecewa ini.
Kesimpulannya,penyakit mental berlaku
kepada semua orang.Emosi yang normal ialah emosi yang terkawal dans
entiasa dipantau oleh akal fikiran manusia supaya bersifat sederhana dan
pasrah.Emosi yang tidak terkawal seperti takut,risau dan sedih yang
keterlaluan membuka ruang untuk syaitan menguasai manusia.Pada masa yang
sama,faktor sihir dan pennglibatan jin jin dalam penyakit mental
khususnya gila tidak boleh ditolak mentah mentah.
Rasullullah
mengajar kita cara cara menstabilkan emosi dengan berdoa dan berserah
diri kepada Allah.Terpulang kepada pembaca sekalian bagi memilih jalan
mana yang sesuai mengikut fitrah manusia dan seperti yang diajar oleh
Allah.
Beef Steak
Bahan-bahan ( 4 org )
- 4 keping daging
- 1/2 cawan jus halia
- 1/2 cawan air bawang putih
- 4 sudu besar lada hitam (dikisar atau boleh beli sos nya)
- 4 biji ubi kentang (dibuang kulit dan rebus)
- 10 biji tomato ceri
- beberapa helai daun salad
- black pepper sos
- 340 gm cili sos, 200 gm tomato sos
- 2 sudu kecil gula
- 6 cawan stok daging
- 6 ulas bawang putih, 5 cm halia (dikisar halus)
- cara membuat sos nya:- 1. tumis halia bersama bawang putih, kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam, gula & stok daging.
- untuk pekat kuah masukkan sedikit bancuhan tepung jagung.
Cara-cara
- 1. keping daging diperap dengan jus halia, air bawang putih dan serbuk lada hitam selama 30 mins
- panaskan kuali dan goreng daging yang diperap tadi tanpa minyak
- setelah masak angkat dan masukkan didalam pinggan, hiaskan dgn tomato, ubi kentang & daun salad dan tuangkan sos black pepper diatas steak.
Wednesday, April 18, 2012
Ambilah ruang waktu...
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga...
Monday, April 16, 2012
APAKAH ITU QARIN ?
Tahukah apakah itu Qarin yang sentiasa ada bersama kita ?
Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.
Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.
Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya.
Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.
Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."
(Riwayat Ahmad dan Muslim)
Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam."
(Riwayat Muslim)
Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan."
(Riwayat Baihaqi)
Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."
Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.
#Cuba Bayangkan sejenak tentang Kembar kita ini, terutamanya apabila kita terasa ingin melakukan perbuatan Dosa dan Kejahatan.
Sudah Pasti dia Gembira jika kita Tewas dengan Kejahatan dan Sedih jika kita berjaya Menangkis.
*Ingatlah ini dan berfikir tentang Apa yang akan kita lakukan.
JANGAN SEKALI KALI TEWAS DENGAN NYA DAN KEMBALI SETERUSNYA MENUJU DI DALAM JALAN ISLAM YANG SEBENAR !
Tahukah apakah itu Qarin yang sentiasa ada bersama kita ?
Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.
Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.
Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya.
Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.
Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."
(Riwayat Ahmad dan Muslim)
Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam."
(Riwayat Muslim)
Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan."
(Riwayat Baihaqi)
Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."
Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.
#Cuba Bayangkan sejenak tentang Kembar kita ini, terutamanya apabila kita terasa ingin melakukan perbuatan Dosa dan Kejahatan.
Sudah Pasti dia Gembira jika kita Tewas dengan Kejahatan dan Sedih jika kita berjaya Menangkis.
*Ingatlah ini dan berfikir tentang Apa yang akan kita lakukan.
JANGAN SEKALI KALI TEWAS DENGAN NYA DAN KEMBALI SETERUSNYA MENUJU DI DALAM JALAN ISLAM YANG SEBENAR !
SERIBU kebaikan yg kamu buat bagi seseorang
tidak akan berarti saat kamu membuat SATU
kesalahan dimata mereka.
Memang menghakimi orang jauh lebih mudah
dari pada mengintropeksi diri sendiri!
tapi sadarilah, bahwa "jika kamu adalah MANUSIA,
maka kamu tidak akan pernah menjadi sempurna!".
jangan menghakimi seseorang krn kesalahan.
KITA juga belum tentu lebih baik dari mereka.
TANDA - TANDA AWAL KANSER
(1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.
(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan
berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit
di buah dada.
(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat
membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku
pendarahan semasa membuang air.
(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.
(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem
pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.
(6) Kanser limpa- sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun
berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen
membengkak.
(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan
keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu
rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.
(8) Kanser
otak- sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau
lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.
(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
(10) Kanser darah (leukimia)-letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).
(11) Kanser tekak- suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.
10 PENYEBAB UTAMA KANSER
(1) Makanan
(2) Alkohol
(3) Sinaran cahaya matahari
(4) Pengambilan ubat
(5) Perokok yang tidak aktif
(6) Tembakau
(7) Radiasi
(8) Pekerjaan
(9) Pencemaran air dan udara
(10) Keturunan
TEH DAN KANSER
Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan
kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum
teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga
berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain
memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem "detoxification"
di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak
dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga
berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko
serangan stroke.
DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA
(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil
Mangga boleh mengelakkan kanser
Mangga mungkin terlalu erat dengan lidah kita. Oleh kerana eratnya,
kita mungkin tidak tahu bahawa dalam isinya yang kuning dan merah, itu
terkandung zat-zat luar biasa yang boleh menjadi penawar kepada kanser
dan strok. Selain itu, mangga mendapat permintaan yang tinggi di pasaran
dan merupakan makanan pencuci mulut yang sangat popular di kalangan
rakyat
urn:schemas- microsoft- com:office: smarttags" /> Malaysia .
Mangga atau nama saintifiknya Mangifea indica L. dari keluarga
Anacardiaceae dipercayai berasal dari kawasan Indo-Burma dan mungkin
juga dari Asia Tenggara. Di Malaysia, kawasan utama ditanam ialah Perak,
Perlis dan Kedah. Bagaimanapun terdapat tanaman secara kecil-kecilan di
negeri-negeri lain.
Buah mangga terdapat dalam pelbagai saiz
dan bentuk mengikut klon. Kulitnya berwarna hijau ke kuning atau merah
ketika masak manakala isinya berwarna kuning pucat hingga ke oren.
Setiap buah mengandungi biji yang dilitupi endokap bersabut keras.
Kebanyakan jenis mangga di Asia Tenggara terdiri dari poliembryinik
iaitu mengeluarkan beberapa biji dari satu buah.
Pokok mangga
sederhana besar mencapai ketinggian sehingga 10 - 40 meter. Dahannya
tumbuh secara bebas dan membentuk kanopi yang menyeluruh. Berdaun lebat
berwarna merah ke coklat hingga ke hijau terang bergantung pada klon.
Mangga mengeluarkan dua jenis bunga iaitu bunga hermoprodite dan bunga
jantan di hujung tangkai-tangkai yang dewasa. Bunga hermoprodite
biasanya mengandungi 1 - 40 % dari jumlah (200-10,000) bunga pda setiap
tangkai.
Walaupun bentuk, ukuran, warna dan rasa buah mangga
adalah beragam, dari segi gizi, semuanya hampir tidak jauh berbeza.
Mangga ranum segar mengandungi air sekitar 82 peratus, vitamin C 41 mg
dan kalori 73 kal per 100 gram. Manakala, pada setiap 100 gram mangga
muda yang masih belum matang, terkandung air lebih kurang 84 peratus,
vitamin C 65 mg dan 65 kal. Tenaga dalam mangga muda lebih rendah kerana
lebih banyak mengandungi zat pati yang akan berubah menjadi gula dalam
proses pematangan.
Sebahagian besar tenaga mangga berasal dari
karbohidrat berupa gula yang membuatnya terasa manis. Kandungan gula ini
didominasi oleh golongan sukrosa. Mangga mempunyai lebih kurang 7 - 12
peratus kandungan gula tetapi ada juga jenis mangga gulanya yang
mencapai hingga 16 - 18 peratus.
Mangga juga merupakan sumber
beta-karotin, kalsium dan vitamin C. Beta-karotin adalah zat di dalam
tubuh yang akan diubah menjadi vitamin A (zat gizi yang penting untuk
fungsi retina). Beta-karotin (dan vitamin C) juga tergolong dalam
anti-oksida, senyawa yang dapat memberikan perlindungan terhadap kanser
kerana dapat meneutralkan radikal bebas. Radikal bebas adalah
molekul-molekul tak stabil yang dihasilkan oleh pelbagai proses kimia
normal tubuh, radiasi matahari atau kosmis, asap rokok dan
pengaruh-pengaruh persekitaran lain.
Zat-zat gizi anti-oksida,
vitamin C memiliki fungsi menjaga dan memacu kesihatan pembuluh-pembuluh
darah, kesihatan gigi dan gusi. Ia membantu penyerapan zat besi dan
dapat menggelakkan produksi natrosamin iaitu satu
zat pemicu kanser.
Mangga bukanlah jenis pokok yang sukar untuk ditanam. Kebiasaannya ia
ditanam secara pembiakan tampang, tut atau kaedah klip ( ' cleft method '
) supaya pokok yang ditanam akan menyerupai pokok asal dan mengeluarkan
hasil dengan cepat. Penanaman anak benih harus dilakukan berhati-hati
agar tidak mencederakan sistem akarnya. Mangga sesuai ditanam dalam
cuaca kering yang agak panjang (di antara 2 - 4 bulan) dan ketika suhu
berada sekitar 24 - 30 darjah C.
Bagi mendapatkan buah yang
berkualiti dan mengurangkan penggunaan bahan kimia, semasa buah sebesar
ibu jari, bungkuskan dengan kertas-kertas suratkhabar lama seperti
prosedur yang biasa dilakukan. Pegurusan air sangat penting ketika musim
kemarau pada tahun-tahun pertama pertumbuhan ( ' juvenile phase ' ) dan
semasa pembesaran buah. Hujan diperlukan ketika berbunga dan
pembentukan buah. Bagaimanapun, pokok tidak digalakkan diairkan semasa
berbunga dan semasa buah sudah matang
( ' ripening stages ' ).
Mangga mengambil masa 13 - 16 minggu untuk matang dari masa pembentukan
buah bergantung pada klon. Mangga yang telah dipetik boleh disimpan
selama 4 hingga 9 minggu pada suhu 9 - 10 darjah C, manakala buah yang
masak boleh disimpan 4 hingga 7 hari dalam suhu 18 - 21 darjah C.
Barah
lTiga helai daun sirih bertemu urat dihancurkan lumat berserta kapur
sirih sebesar ibu jari kaki dan sesudu makan madu lebah untuk menjadi
pepesan. Sapukan tiga kali sehari dibahagian yang sakit.
lAmbil
kapur secukupnya, daun sirih secukupnya, madu secukupnya. campur semua
hingga sampai lumat, sesudah lumat oleskan pada yang sakit sehari 3
kali, InsyaAllah.
lTeh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam
darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun
dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat
mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang
bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya.
Teh juga mempergiatkan enzim sistem "detoxification" di dalam limpa,
membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh
tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk
menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.
JAGALAH HATI PASANGAN ANDA
PASANGAN adalah ‘sahabat’ kita yang paling rapat dan setia. Tak kira
waktu suka, duka, pasangan kita pasti akan sentiasa berada di sisi.
Tapi seringkali kita menganggap pasangan sebagai orang terakhir yang
perlu dijaga hatinya kerana mereka pasti akan menerima kita seadanya.
Ada yang mengambil mudah dari segi percakapan dan tidak menghormati pasangan sebagai mana mereka menghormati orang lain.
Dari segi penampilan pula, ramai yang mengambil kesempatan dengan tidak
menjaga diri atau paras rupa kerana mereka tahu hakikatnya mereka sudah
mempunyai pasangan yang akan menerima mereka walau apa pun yang
terjadi.
Kalau ada yang beranggapan begitu pastikan anda ubah
tanggapan tersebut kerana pasangan kitalah orang yang paling perlu
dijaga dan hormati. Kita juga perlu tampil menarik untuk pasangan dan
bukan untuk orang lain.
Penulis berminat untuk berkongsi satu
ungkapan daripada tokoh motivasi tersohor negara, Dato’ Dr Hj Mohd
Fadzilah Kamsah, ujarnya; “Jika mahu diri disayangi, beri kasih sayang
kepada orang dahulu”. Maksud lain yang dapat penulis simpulkan di sini
ialah, jika kita mahu dihargai pasangan, maka kita harus memberikan yang
terbaik kepada mereka barulah kita akan mendapat kebaikan yang sama
juga.
Sesuai dengan topik kita cantik luaran dan dalaman, antara
perkara yang perlu diberi perhatian ialah berhemah apabila berbicara,
tampil dengan rupa yang menarik dan bersih serta menjaga hati pasangan
dengan baik.
Bagi yang mahu berubah namun tidak tahu caranya, panduan di bawah mungkin boleh membantu.
Pertama: Paling penting dalam perhubungan ialah komunikasi yang baik.
Seringkali kita mengabaikan komunikasi yang baik dengan pasangan. Kata
ganti nama diri seperti aku dan kau digunakan dalam perbualan harian,
padahal lebih molek jika panggilan seperti ‘sayang’ atau ‘abang’
digunakan kerana itu boleh memupuk kemesraan.
Seperti persahabatan,
pasangan yang baik perlu komunikasi yang jujur. Perlu bersedia untuk
memberi pandangan, nasihat menasihati bila keadaan memerlukan. Jika
salah seorang ingin meluahkan masalah, seorang lain perlu mendengar
dengan baik.
Jangan pula cuba masuk campur dalam urusan pekerjaan
dan keluarga jika tidak diminta. Jika ada yang berkecil hati, pastikan
disuarakan dengan baik untuk mengelakkan salah faham yang lebih buruk.
Kedua: Anda dikehendaki menjadi pendengar yang setia. Bila pasangan
anda dilanda masalah sebagai contoh di tempat kerja, bersedialah untuk
menjadi pendengar dan jangan sesekali mengadili pasangan anda itu
walaupun sebenarnya anda tahu bahawa dia yang punca masalah itu.
Apa yang perlu ialah dengar dan beri nasihat secara umum sahaja.
Ketiga: Memastikan bahawa anda tidak bertepuk sebelah tangan. Maknanya
bukan anda sahaja yang menganggap pasangan anda itu perlu dihormati,
malah dia juga perlu menghormati anda.
Jika ada sahabat lain yang
mengutuk pasangan anda di belakangnya, andalah orangnya yang penuh yakin
untuk menjadi pembela pasangan anda itu.
Tetapi jika memang
pasangan anda melakukan kesalahan, terus-teranglah bahawa anda tidak
selesa dia melakukan begitu, pilih perkataan yang sesuai untuk menegur
dan tegurlah dengan berhati-hati agar tidak mengecilkan hatinya.
Seringkali kita mendengar rakan kita mengomel tentang bentuk tubuhnya yang semakin berisi dari hari ke hari.
Perkara yang amat lazim terjadi kepada wanita itu seperti lumrah terutama selepas melahirkan anak.
Memang ia amat merisaukan namun apa yang penting selain kerisauan itu
ialah tindakan segera yang perlu diambil bagi menangani masalah
tersebut.
Keempat: Laburlah sedikit wang untuk penampilan anda,
tak kira sama ada untuk menguruskan badan, mencantikkan kulit, berbaju
baru dan sebagainya semuanya ada harga yang perlu dibayar.
Namun
percayalah ia adalah satu pelaburan yang baik demi perhubungan anda.
Tapi tidak kira sama ada anda lelaki atau perempuan perlulah sama-sama
mengambil berat tentang penampilan anda.
Kebersihan harus dijaga dan
perlu amalkan disiplin diri. Pilihlah pakaian yang kemas dan pastikan
anda melakukannya ikhlas untuk pasangan anda.
Jangan bila hendak ke
kenduri atau berhari raya baru hendak bergaya. Sepatutnya bergayalah di
rumah kerana ada mata dan perasaan yang lebih penting untuk dijaga.
5 Tip Istimewa untuk Suami
Isteri adalah anugerah dan nikmat istimewa yang diberikan oleh Allah untuk lelaki. Kebanyakan kita apabila bercinta amat romantik namun apabila sudah berkahwin, sifat romantic tersebut semakin padam dan hampir lenyap. Semaikan semula perasaan cinta anda agar hidup suami isteri bertambah dengan nikmat dan kebahagiaan.
Berikut adalah Tips untuk Suami.
1. Berikan bunga atau hadiah istimewa.
Boleh dilakukan pada awal bulan setiap kali menerima gaji. Hantarkannya semasa dia bekerja atau dirumah. Luahkan kasih saying anda. Hadiah dan bunga tidak perlu mahal.
2. Berikan Kad, Surat, Text atau FB message.
Tulis sesuatu yang indah untuk isteri seperti betapa cantiknya dia, rindukan masakannya (walaupun maggi) atau sekadar ucapan terima kasih kerana menjaga dan mendidik zuriat anda.
3. Ringankan beban isteri.
Cinta tidak perlu diluahkan dengan kata-kata. Ia amat bermakna apabila dipraktikkan. Tolong Isteri dengan kerja rumah yang begitu membebankan. Mengambil giliran menjaga anak atau dengan memberikannya sedikit masa (Time Out) masa untuk rehat seketika dari membuat kerja rumah (bagi surirumah sepenuh masa)
4. Luahkan kasih sayang.
Bilakah kali terakhir anda mengucapkan cinta anda kepada isteri? Ucapan ini amat bermakna. Ia sbenarnya memberikan maksud yang luas. Dengan mengucapkan cinta, anda seperti memberikan harapan dan keyakinan kepada isteri dan menguatkan semangat untuknya dalam menghadapi dunia yang penuh dugaan ini.
5. Bawa dia keluar.
Gunakan masa yang ada untuk membawa isteri anda keluar bersiar. Jika ada peluang, lakukan aktiviti bersama-sama seperti menaiki basikal, berjogging, melawat museum atau pameran atau sekadar jalan jalan cari makan.
Isteri adalah anugerah dan nikmat istimewa yang diberikan oleh Allah untuk lelaki. Kebanyakan kita apabila bercinta amat romantik namun apabila sudah berkahwin, sifat romantic tersebut semakin padam dan hampir lenyap. Semaikan semula perasaan cinta anda agar hidup suami isteri bertambah dengan nikmat dan kebahagiaan.
Berikut adalah Tips untuk Suami.
1. Berikan bunga atau hadiah istimewa.
Boleh dilakukan pada awal bulan setiap kali menerima gaji. Hantarkannya semasa dia bekerja atau dirumah. Luahkan kasih saying anda. Hadiah dan bunga tidak perlu mahal.
2. Berikan Kad, Surat, Text atau FB message.
Tulis sesuatu yang indah untuk isteri seperti betapa cantiknya dia, rindukan masakannya (walaupun maggi) atau sekadar ucapan terima kasih kerana menjaga dan mendidik zuriat anda.
3. Ringankan beban isteri.
Cinta tidak perlu diluahkan dengan kata-kata. Ia amat bermakna apabila dipraktikkan. Tolong Isteri dengan kerja rumah yang begitu membebankan. Mengambil giliran menjaga anak atau dengan memberikannya sedikit masa (Time Out) masa untuk rehat seketika dari membuat kerja rumah (bagi surirumah sepenuh masa)
4. Luahkan kasih sayang.
Bilakah kali terakhir anda mengucapkan cinta anda kepada isteri? Ucapan ini amat bermakna. Ia sbenarnya memberikan maksud yang luas. Dengan mengucapkan cinta, anda seperti memberikan harapan dan keyakinan kepada isteri dan menguatkan semangat untuknya dalam menghadapi dunia yang penuh dugaan ini.
5. Bawa dia keluar.
Gunakan masa yang ada untuk membawa isteri anda keluar bersiar. Jika ada peluang, lakukan aktiviti bersama-sama seperti menaiki basikal, berjogging, melawat museum atau pameran atau sekadar jalan jalan cari makan.
Sunday, April 15, 2012
Jangan di tangisi apa yang bukan milik mu
Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa.Sesuatu yang
luput dari genggaman , keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang
tidak sesuai dengan harapan.
Dan sungguh sangat
beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa , masih ada setitik
cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran.Masih ada kekuatan untuk
melangkahkan kaki menuju ke majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberi ketenangan jiwa.
Hidup ini ibarat belantara.Temapat dimana kita mengejar
keinginan dan impian.Dan memang manusia di ciptakan semuanya mempunyai
kehendak dan mempunyai impian.Tetapi perlulah sentiasa beringat bahawa
tidak semua yang kita inginkan akan tercapai.Sesungguhnya tidak mudah
menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tidak perlu kita
tangisi.Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak hanya punya
satu hukum.Harus bahagia..harus berjaya..harus itu dan ini.
Banyak orang yang berjaya namun hakikatnya kejayaan yang
dia peroleh ituu adalah dari Allah swt sehingga membuat dirinya sombong
dan melakukan dengan sewenang-wenangnya.Begitu juga kegagalan yang tidak
di hadapi dengan betul.Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah
tidak tercapainya apa yang bukan menjadi hak kita.
Apa yang menjadi hak kita di dunia samada kedudukan , pangkat ,
kebahagiaan dan rezeki pasti akan diberikan Allah swt.Tetapi apa yang
bukan menjadi hak milik kita,kita tidak akan mampu memilikinya meskipun
apa yang kita inginkan itu nyaris-nyaris kita dapatkan meskipun kita
telah berusaha separuh mati.
'tidak suatu bencana yang menimpa
di bumi dan tidak pula pada diri mu sendiri melainkan telah tertulis di
dalam kitab (luh mahfuz) sebelum kami menciptakannya.sesungguhnya yang
demikian itu adalah mudah bagi Allah swt .kami jelaskan yang demikian
itu supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu ,
dan supaya kamu jangan terlalu gembira dengan apa yang diberikan-Nya
kepada mu.Dan Allah swt tidak suka kepada orang yang sombong lagi
membanggakan diri''
(Surah Al-Hadid:22-23)
Saturday, April 14, 2012
Thursday, April 12, 2012
A doctor entered the hospital in hurry after being called in for an urgent surgery.
He answered the call asap, changed his clothes & went directly to
the surgery block. He found the boy’s father pacing in the hall waiting
for the doctor. On seeing him, the dad yelled:
“Why did U take all this time to come? Don’t U know that my son’s life is in danger? Don’t U have any sense of responsibility?”
Th…e doctor smiled & said:
“I am sorry, I wasn’t in the hospital & I came as fast as I could after receiving the call…… And now, I wish you’d calm down so that I can do my work”
“Calm down?! What if your son was in this room right now, would U calm down? If your own son dies now what will U do??” said the father angrily
The doctor smiled again & replied: “I will say what Job said in the Holy Book “From dust we came & to dust we return, blessed be the name of God”. Doctors cannot prolong lives. Go & intercede for your son, we will do our best by God’s grace”
“Giving advises when we’re not concerned is so easy” Murmured the father.
The surgery took some hours after which the doctor went out happy,
“Thank goodness!, your son is saved!” And without waiting for the father’s reply he carried on his way running. “If U have any question, ask the nurse!!”
“Why is he so arrogant? He couldn’t wait some minutes so that I ask about my son’s state” Commented the father when seeing the nurse minutes after the doctor left.
The nurse answered, tears coming down her face: “His son died yesterday in a road accident, he was in the burial when we called him for your son’s surgery. And now that he saved your son’s life, he left running to finish his son’s burial.”
Moral-Never judge anyone….. because U never know how their life is & what they’re going through”
“Why did U take all this time to come? Don’t U know that my son’s life is in danger? Don’t U have any sense of responsibility?”
Th…e doctor smiled & said:
“I am sorry, I wasn’t in the hospital & I came as fast as I could after receiving the call…… And now, I wish you’d calm down so that I can do my work”
“Calm down?! What if your son was in this room right now, would U calm down? If your own son dies now what will U do??” said the father angrily
The doctor smiled again & replied: “I will say what Job said in the Holy Book “From dust we came & to dust we return, blessed be the name of God”. Doctors cannot prolong lives. Go & intercede for your son, we will do our best by God’s grace”
“Giving advises when we’re not concerned is so easy” Murmured the father.
The surgery took some hours after which the doctor went out happy,
“Thank goodness!, your son is saved!” And without waiting for the father’s reply he carried on his way running. “If U have any question, ask the nurse!!”
“Why is he so arrogant? He couldn’t wait some minutes so that I ask about my son’s state” Commented the father when seeing the nurse minutes after the doctor left.
The nurse answered, tears coming down her face: “His son died yesterday in a road accident, he was in the burial when we called him for your son’s surgery. And now that he saved your son’s life, he left running to finish his son’s burial.”
Moral-Never judge anyone….. because U never know how their life is & what they’re going through”
Subscribe to:
Posts (Atom)


















































