Saturday, May 19, 2012

Bunga mayat


Pokok 'bunga mayat' mekar buat kali pertama dalam tempoh sepuluh tahun di Taman Botani Honolulu di sini.


Seorang pekerja di taman itu, Scot Mitamura berkata, bau bunga itu cukup busuk."Baunya seperti bangkai tikus. Ia amat busuk," kata seorang penduduk, Isaiah Meheula-Lando.

tips kuruskan badan selepas bersalin.


Salam...Pasti ramai para ibu di luar sana yang ingin kurus dan ramping selepas bersalin. Bukan susah. Cuma perlukan sedikit kesabaran.

Yang pertama sekali selepas sahaja melahirkan anak, maka bermulalah proses berpantang. Berpantang ni bukanlah nak menysahkan kita, tapi untuk memulihkan kecederaan dalaman atau luaran sewaktu proses melahirkan di samping mengembalikan tenaga.

Dalam jangka waktu berpantang pula, antara amalan yang biasakan dilakukan ialah, urutan badan (termasuk urut susu ), menyapu param ke seluruh badan, memakai pilis untuk mengelakkan pening kepala, mandi daun /herba, bertungku dan  memakai bengkung. Sebelum memakai bengkung pula, perut hendaklah di sapu dulu dengan minyak tapel , atau apa yang orang dulu-dulu lakukan ialah menyapu limau nipis yang dicampur kapur.

Makan pula perlu di jaga. Jangan makan yang goreng-goreng dan berminyak, yang gatal , berangin dan sejuk. Orang tua-tua kata, kurangkan minum air. Tapi menurut pengamal perubatan, minumkan banyak air selepas bersalin kerana air penting antaranya untuk melancarkan proses membuang air.

Yang paling penting ialah susukan anak anda secara eksklusif sekurang-kurangnya 6 bulan pertama. Haa kenapa? Kerana proses penyusuan susu ibu ini, membantu mempercepatkan proses pengecutan rahim. Ibu yang menyusukan anaknya secara ekslusif  membakar 500 kalori setiap hari. Jadi ambillah peluang ini untuk kembali ramping.

Apa yang penting, amalkan gaya hidup sihat dan ambil makanan yang berkhasiat. ,


kelebihan ayar seribu dinar



Assalamualaikum WBT. Terpanggil saya kali ini nak berkongsi mengenai kelebihan dan hikmat jika kita mengamalkan ayat seribu dinar. Antara kelebihannya adalah :
1) membuka pintu rezeki ( contoh masa temuduga untuk dapat kerja )
2) mengelakkan daripada bencana atau malapetaka ( kemalangan jalan raya, bencana alam dll )
3) menghilangkan perasaan resah (menenangkan hati )
4) sebagai penawar kepada pesakit dengan cara dibacakan sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada pesakit atau dijampi air untuk diberi minum
5) menghindari diri dari kezaliman ( pemimpin yang zalim, orang jahat dll)
6) jika menghadapi masalah atau musibah, dimudahkan jalan penyelesaian

Jadi amalkanlah membaca ayat seribu dinar semoga segala urusan hidup kita dipermudahkan, Insyaallah.


Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
 Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. 
- (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Makanan yang membantu membakar lemak...


kena baca ni....n amalkan...






Water
Fish

Eggs

Oatmeal

Watermelon

Hot Peppers

Berries

Celery

Coffee

Cucumbers

Grapefruit

Greek Yogurt 

Green Tea

Quino


5 penampakan entiti..

Entry asal dari blog sahabat blog saya saudara Nasir Hamzah (NH) credit utk beliau....

 

5 Gambar Penampakan Hantu Yang Menyeramkan

Hari ini NH tak nak tulis panjang-panjang.. yang NH nak, cuba korang perhatikan beberapa keping gambar penampakan hantu di bawah ini...





Dah tengok? tu jelah penampakan hantu untuk kali ini yer kawan-kawan.. 

huh!!! memang menakutkan..kalau ada sakit jantung jangan tengoklah...

contoh butiran package penginapan homestay

MUSLIM HOMESTAY — Kuala Terengganu


  • Location: Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
  • Neighborhood: Chendering
  • Date Posted: May 3
  • Phone: 0179863525

Description

  • Furnished: Yes
  • Bedrooms: 4
  • Bathrooms: 3
  • Pets: No
  • Broker Fee: No
MUSLIM HOMESTAY( UNTUK MUSLIM SAHAJA)
ALAMI HOMESTAY SEPERTI DI RUMAH SENDIRI.  JAUH DARI KEBISINGAN DAN KESIBUKAN BANDAR. SESUAI UNTUK PENGINAPAN SEKELUARGA SEMPENA KONVOKESYEN, PERKAHWINAN DAN PERCUTIAN SEKELUARGA.
Lokasi
Taman Desa MPKT, Chendering, Kuala Terengganu., terletak di hadapan surau, balai raya dan taman permainan
Kemudahan
  • ruang tamu- aircond, kipas, 2 set sofa, TV
  • bilik tidur - kipas, katil
  • dapur - dilengkapi dengan stove, pinggan, mangkuk, periuk belanga. peti, rice cooker, jug kettle, toaster, mesin basuh, meja makan untuk 6 orang
  • down light tingkat bawah dan tingkat atas
Destinasi yang berdekatan
  • 3 minit ke UiTM Terengganu caw. Chendering,
  • 5 minit ke Kompleks Noor Arfa Batik,
  • 5 minit ke Kompleks Kraf Tangan Malaysia,
  • 5 minit ke Lagun Kuala Ibai, Masjid Terapung
  • 5 minit ke Institut Latihan Perikanan Malaysia.
  • 5 minit ke Pantai Pandak dan perkampungan nelayan.
  • 8 minit ke Hospital Sultanah Nur Zahirah
  • 8 minit ke Pantai Batu Buruk
  • 10 minit ke Pusat Bandar
Di samping itu anda juga boleh menikmati kelazatan Nasi Dagang & Nasi Beriani Chendering serta membeli songket asli Terengganu di sekitar Chendering, seperti Yayasan Tuanku Nur Zahirah.


Kadar Sewa
Pakej 1   -  Sebuah rumah untuk seisi keluarga --> RM 350.00
Pakej 2   -  1 bilik master bedroom --> RM 120.00
-  2 bilik, 1 bilik air         --> RM 160.00
-  1 bilik, 1 bilik air         --> RM 90.00
Untuk tempahan sila hubungi 017-9863525( syarifah )
  • sekurang-kurang 24 jam umtuk persiapan.
  • Tempahan awal digalakkan.
  • boleh check-in awal & check out lambat (jika ada kosongan)

hobi aneh: suka pura2 mati..


Chuck Lamb, 47, yang di gelar 'orang mati' mungkin mempunyai hobi paling aneh iaitu : pura-pura mati. Tidak cukup sampai disitu, ia juga merakamkan semua adegan kematiannya dalam bentuk foto dan video dan disiarkan di websitenya sejak tahun 2005 dan kerana hobi yang aneh ini,website miliknya dikunjungi oleh 32 juta orang dan menarik perhatian stesen TV untuk mengundangnya.

Carlos Camejo (33), dikatakan meninggal dunia setelah mengalami kemalangan di jalan raya. Dia kemudian dibawa ke bilik mayat untuk di bedah siasat. Tiba-tiba "mayat" yang tengah mereka poting itu berdarah, dan mereka menyedari bahawa Carlos Camejo masih hidup. Para doktor dengan segera mencari jarum untuk menjahit luka di wajahnya. “Saya bangun kerana sakitnya bukan main,“ kata Camejo, seperti dilaporkan sebuah akhbar temapatan El Universal.

Isterinya yang sedang dirundung kesedihan dan diminta untuk datang ke bilik mayat untuk tujuan mengecam tmayat suaminya ikut terkejut kerana menemukan suaminya masih hidup dan berjalan ke koridor. Sehingga kini Carlos Camejo memiliki bekas potongan di wajahnya dan menyimpan dokumen bedah siasatnya.





Subhanallah! Makhluk menakutkan dari dasar laut ditemui



Ia kelihatan seperti raksasa dari planet lain. Tetapi inilah makhluk yang terasing yang wujud dibawah lautan.
Memeranjatkan gambar-gambar “Polychaeta”, atau cacing skala, menunjukkan bagaimana makhluk ini berkembang dan bertahan dengan tekanan yang melampau lebih daripada 1,000 meter di bawah permukaan air dan persekitaran yang amat buruk tanpa sedikit pun cahaya matahari.
Ciri-ciri makhluk ini termasuk mulut menakutkan yang boleh bergerak keluar masuk, Menjadikannya lebih mudah bagi mereka untuk memakan mangsanya, ini didedahkan dalam satu siri imej-imej yang baru dikeluarkan oleh penyelidik lautan dalam. Makhluk, yang berukuran lebih daripada dua atau tiga sentimeter panjang, sebahagian daripada ekosistem yang tidak diketahui sehingga 40 tahun yang lalu.

Thursday, May 17, 2012

John Wayne Gacy ialah seorang pembunuh bersiri Amerika dan perogol yang menyerang secara seksual dan membunuh sekurang-kurangnya 33 orang remaja lelaki dan pemuda di antara tahun 1972 dan 1978. Gacy menanam 26 orang mangsanya di rumah, menanam tiga yang lain di sekitar rumahnya dan membuang saki baki empat mayat yang lain di sebuah sungai.
Dia didapati bersalah untuk 33 tuduhan membunuh dan dihukum mati untuk 12 pertuduhan. Dia telah dihukum dengan suntikan racun sampai mati pada tahun 1994.

Gacy kemudiannya dikenali sebagai “badut pembunuh” kerana sering berpakaian sebagai ‘si badut Pogo’ di program-program kebajikan, perarakan dan parti kanak-kanak. Gacy juga gemar melukis dan sering melukis gambar-gambar badut. Ini ialah antara koleksi lukisan Gacy yang dikenali.


Photobucket

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

kota stapler

Bandaraya kecil ini dibina oleh Peter Root sepenuhnya dengan menggunakan ubat stapler. Lebih daripada 100,000 ubat stapler digunakan untuk membina bandaraya itu, Cool dan awesome mamat peter ni.. korang yang selalu kata bosan sana bosan sini... nah try la buat bandar sendiri. tapi kalau tangan terketar2 tu rasanya tak payah try. nanti tak pasal-pasal mengamuk pulak.




ajaibnya tangan ibu

AJAIBNYA TANGAN IBU...

Tika kita lapar...tangan ibu yang menyuap,
Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata,
Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,
memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,

Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai..
Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran,
Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan
dengan penuh kasih sayang,

Namun,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan...
tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar,
ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang
ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?

Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...
Ketika jenazah ibu nak dimandikan...
di mana tangan anak yang ibu harapkan
untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.

Tangan ibu, tangan ajaib...
Sentuhan ibu, sentuhan kasih...
Boleh membawa ke Syurga Firdausi...
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi..
Hargailah dan sayangilah mereka selagi masih berkesempatan...

[share this]


-awinda al habsyi-

kelebihan menjadi seorang isteri..



 
Kelebihan Menjadi Seorang Isteri...

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8 ) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”. Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu “TAAT”

Allah SWT berfirman. Maksudnya :

“Maka perempuan-perempuan yang baik (solehah) itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipeliharanya) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya.”

(Surah an-Nisaa’ ayat 34).

accident LPT..rakan mangsa perbetul persepsi

Kisah sedih kemalangan yang meragut nyawa suami isteri dan mencederakan anak mereka yang berlalu 6 Mei lalu mendapat perhatian begitu ramai pembaca.
Di Mynewshub sahaja, hampir 96,000 share di Facebook dan 13,000 Like direkodkan dalam masa tiga hari ia dimuat naik. Ini memperlihatkan betapa kisah itu menarik perhatian pembaca.
Membaca kisah berkenaan, sebahagian kita tidak akan lari daripada mempersoalkan mengapa arwah memandu keretanya dengan begitu laju, terutama di kala anak dan isterinya ada bersama.
Disebabkan itu, wujud tanggapan negatif ke atas arwah di kalangan sebahagian pembaca. Wujud komen-komen yang diselubungi emosi marah.
Namun, seorang pemilik blog, Tentang A.Z.N.E.E mendakwa mengenali arwah dan menegur segelintir pembaca yang memberikan komen yang nyata tidak sensitif terhadap arwah dan keluarganya.
Pada peringkat ini, sebenarnya hanya Allah SWT sahaja yang tahu siapa yang benar, siapa yang salah dan apa yang berlaku pada tarikh 6 Mei berkenaan.
Berikut adalah petikan dari blog Tentang A.Z.N.E.E yang mempunyai versi tersendiri mengenai arwah yang dikenali dengan nama Kimie Rabudzi;
As salam semua..
Hari ini sudah 10 hari arwah rakan baik kami, Kimie Rabudzi dan isterinya kembali ke rahmatullah… Rasa sedih tak hilang lagi dan sekarang ni gantikan dengan 1001 perasaan apabila membaca setiap helaian cerita di forum dan di blog tentang arwah…Yang mana, secara terang-terangannya menyalahkan arwah dan terus menghukum arwah sebagai penyebab kemalangan… Dan lebih menyedihkan ada individu yang tak bertanggungjawab yang menyebarkan email bertajuk “Inpira vs Lancer….. very bad ending” secara berleluasa.. (cerita yang sama seperti blog ini)

Pelbagai sumpah seranah, spekulasi dan andaian sendiri yang keluar tentang peribadi arwah… Kami yang rapat dengan arwah amat terasa sangat2.. Itu baru kami sebagai kawan, belum lagi keluarga arwah sendiri… Ada juga yang bercerita tentang arwah seperti mereka yang kenal sangat dengan arwah tetapi tiada fakta yang betul…

Kawan baik kami, Kimie Rabudzi bukanlah seorang driver kepada dato seperti yang disebut di atas.. Arwah merupakan seorang pelajar cemerlang di sekolah kami, SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Dan beliau adalah ketua pelajar @ Ketua Umum. Masakan seorang pelajar cemerlang hanya bekerja sebagai pemandu kepada dato?? Terus-terang, beliau adalah seorang programmer di Kelana Jaya sejak 2005. Arwah sangat pakar dalam pengaturcaraan komputer dan web dan mempunyai sijil/lesen kursus dalam pengaturcaraan tertentu. Sesiapa yang belajar dalam IT, mesti faham ‘sijil/lesen’ ni sangat mahal dan bukan semua orang memiliki kepakaran ini. Arwah juga merupakan salah seorang yang membina sistem web untuk sebuah syarikat komunikasi yang terkenal di Malaysia..
Ada juga komentar yang menyatakan arwah adalah pemandu yang laju ternyata adalah SALAH..Walaupun arwah menyertai Kelab Lancer, tetapi semua kawan2 kelab tersebut juga tahu yang arwah bukanlah seorang pemandu yang kaki rempit.. Dia sendiri sentiasa berhati-hati tambahan dia seorang yang bertanggungjawab dan sahih sangat sayangkan anak dan isterinya. Segalanya peribadi yang dinyatakan adalah tidak sama seperti peribadi arwah yang sebenar cuma kita semua tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku waktu itu. Hanya mereka dan Allah sahaja yang tahu..
Kami juga membaca pelbagai versi cerita dari pihak saksi, wartawan dan sebagainya.. Dan lagi satu versi cerita, saya telah update dalam entry sebelum ni…


Ramai yang tersalah anggap bahawa arwah yang memandu laju 200kmj itu… Cuba baca dengan teliti.. Siapa sebenarnya yang laju? Sedangkan ketika itu, arwah sedang memotong bas dan diberi high beam…
Takkanlah perkara ni berlaku dalam masa beberapa minit.. Semuanya berlaku dalam masa beberapa saat sahaja.. Dengan keadaan jalan yang bergelumbang dan tiba2….
Saya tak mahu mempertikaikan perkara ini. Sebab ini semuanya sudah tertulis di luth mahfuz.. Kita tak sepatutnya menuduh membabi buta, memalukan arwah dengan pelbagai kata2 kesat dan tak kurang juga yg kata “padan muka”..
Dalam hal ni, kita tak boleh nak kata.. “kalaulah itu, kalaulah ini…” sebab kita masih lagi berpegang pada Iman.. Jika bukan berlaku pada diri sendiri, ahli kelurga dan sahabat handai sendiri pun, tak elok kita mempertikaian sesuatu terutama sekali tentang orang yang telah pergi.. Apa perasaan ahli keluarga yang masih dalam kesedihan dan tiba-tiba membaca pelbagai komen yang menyakitkan hati? Lebih hancur rasanya hati…
Kisah Sedih 6 Mei 2012 - Rakan Mangsa Perbetul Persepsi
Saya juga tak mahu menyalahkan sesiapa dalam hal ni samada arwah (yang membawa Lancer), pemandu Inspira, pemandu bas atau jalan raya yang bergelumbang.. Kerana kita kena redha dengan qada’ dan qadar.. Daripada kita semua mengeluarkan kata2 yang tak berguna dan menyakitkan hati.. Lebih baik kita semua sedekahkan Al-Fatihah ataupun sebaiknya membantu bayi mereka yang sudah tentu memerlukan bantu yang lebih banyak untuk menyambungkan kehidupannya yang masih jauh pada masa akan datang.
Saya dan rakan2 yang lain berharap agar anda yang menerima email berantai tersebut berhenti untuk menyebarkannya kepada rakan-rakan yang lain.. Ini demi kebaikan bersama dan untuk menjaga hati waris yang masih hidup dan sebagai tanda kita menghormati mereka berdua yang telah pergi… Saya juga berharap segala tanggapan yang salah tentang arwah dapat diperbetulkan.. Sekiranya, arwah bukan seorang yang berjasa dan baik orangnya, arwah pasti tidak bersama kami bersusah-payah membuat pelbagai aktiviti kebajikan dalam Alumni bersama-sama.. Dari sini sahaja, kita sudah tahu baik budi seseorang kerana bukan semua orang rela untuk memberikan komitmen yang tinggi untuk orang lain tanpa sebarang balasan upah atau gaji. Dalam entry sebelum ini saya ada sertakan pelbagai aktiviti kami sebagai bukti arwah bukanlah orang seperti yang dinyatakan dalam komen forum, blog atau email yang anda terima..
Sekali lagi, Al-Fatihah untuk Kimie Rabudzi dan isterinya..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...