Wednesday, June 20, 2012

PENTING DAN HARUS DIBACA..


Pada Hari Minggu Satu Keluarga bertemasya dengan membawa beberapa tin minuman.Pada hari Isnin, dua anggota keluarga dibawa ke rumah sakit dan ditempatkan di Ruang Intensive Care Unit (ICU).

Dia meninggal pada hari Rabu. Hasil autopsi menyimpulkan ia terkena Leptospirosis. Hal ini terlacak pada tin minuman yang diminumnya, tanpa menggunakan gelas. Hasil ujian menunjukkan tin tersebut telah terinfeksi urin tikus yang sudah mengering yg mengandung leptospira.

Sangat dianjurkan agar membilas secara merata bahagian atas semua tin minuman sebelum meminumnya. Tin biasanya disimpan di dalam gudang dan langsung diantarkan ke kedai2 tanpa dibersihkan. Sebuah penelitian menunjukkan bahwa bahagian atas semua tin minuman lebih terkontaminasi dibandingkan tandas awam (penuh kuman dan bakteri.)

Jadi, bersihkan dengan air sebelum memasukkannya ke mulut untuk menghindari segala jenis kecelakaan.




.

Taman bunga gergasi, Brussels

Sekali setiap dua tahun, pasar utama di Brussels iaitu Grand Place menjadi antara taman bunga terbesar di dunia. Ianya di panggil ‘permandani bunga Brussels, di mana bunga-bunga terbentang indah seperti permaidani di dataran utama Brussels. Permaidani ini terdiri dari 600,000 kuntuman bunga Begonia yang berwarna-warni.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Taman Hitachi,Jepun yang cantik

Di negara matahari terbit, Jepun, beribu pelancong tidak melepaskan peluang untuk melihat bukit-bukit di Taman Hitachi di daerah Ibaraki, Jepun. Mereka semua mengambil kesempatan untuk melihat Nemophila menziesii, atau bunga Baby Blue Eyes. Bunga-bunga liar ini ialah sejenis herba yang tumbuh setiap tahun pada musim bunga. Maksud literal ‘Hitachi’ ialah ‘subuh’. Ramai yang mengatakan bunga-bunga ini mendamaikan hati pemilik mata yang memandang.


Photobucket Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Mitos Surah Maryam dan Surah Yusof ketika hamil


 
Banyak orang menyarankan kepada ibu hamil agar rajin membaca Surat Yusuf dan Surat Maryam. Dipercaya bahwa wanita tersebut akan melahirkan anak yang tampan (bila bayinya laki-laki) bila ia sering membaca Surat Yusuf, dan bayinya akan terlahir cantik (untuk bayi perempuan) bila ia sering membaca Surat Maryam semasa kehamilan.
Biasanya anjuran ini berasal dari orang tua atau ulama tradisional yang masih mempercayai mitos-mitos. Anda sebaiknya tahu kandungan kedua surat ini sehingga dapat menyimpulkan kebenaran anjuran tersebut.
a. Kandungan Surat Yusuf
Surat Yusuf terdiri atas 111 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyyah karena diturunkan di Mekah sebelum hijrah. Surat ini dinamakan surat Yusuf karena titik berat kandungannya menceritakan riwayat Nabi Yusuf alaihissalam
Kisah paling menonjol dalam surat ini adalah kisah Nabi Yusuf yang disingkirkan oleh saudara-saudaranya karena mereka merasa dengki atas keistimewaan Yusuf. Yusuf diajak menggembalakan domba kemudian di perjalanan mereka memasukkan Yusuf ke dalam sumur. Yusuf kemudian ditemukan oleh seorang musafir dan di bawa ke Mesir.
b. Kandungan surat Maryam
Surat Maryam terdiri atas 98 ayat, merupakan surat Makkiyyah karena hampir seluruh ayatnya diturunkan di Mekkah. Dinamai surat Maryam karena mengandung kisah Maryam, ibunda Nabi Isa alaihissalam kisah paling masyhur dari surat ini adalah tentang Maryam yang melahirkan Isa tanpa pernah dicampuri oleh seorang laki-laki (melainkan Jibril meniupkan ruh kepadanya). Kisah lain adalah Zakaria alaihissalam yang memohon dianugerahi seorang putera sedang usia beliau sudah sangat tua dan isteri beliau mandul (yang secara medis tidak mungkin hamil). Namun doa ini dikabulkan dan isterinya hamil.
Jadi, kedua surat tersebut sama sekali tidak mengandung doa yang memohon kecantikan atau ketampanan bagi janin.
Allah subhana wa taala telah mengajarkan kita bahwa yang terpenting bagi keturunan kita bukanlah meminta kesempurnaan fisik, melainkan meminta kualitas keshalehan bagi keturunan kita.
Hal ini bisa kita lihat pada do'a Nabi Ibrahim di Surat Ash Shaffaat ayat ke-100;

رَبِّ Ù‡َبْ Ù„ِÙŠ Ù…ِÙ†َ الصَّالِØ­ِينَ

"Robbi hablii minash shoolihiin”
Artinya : Ya Rabbku, anugrahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh.
Banyak lagi doa-doa dalam al-Qur'an yang yang memperlihatkan kepada kita betapa pentingnya memohon dan mendapatkan keturunan yang shaleh.
Semua surat dalam Al-Qur’an adalah baik untuk dibaca. Bahkan kami sebelumnya juga telah menerbitkan artikel tentang manfaat positif dari membaca al-Qur'an pada masa kehamilan. Semoga artikel ini bermanfaat. Wallahu 'alam.

Obor-obor lutsinar yang cantik

Obor-obor adalah haiwan yang pelik, namun menarik. Gambar-gambar ini diambil di Laut Merah oleh Alexander Semenov. Sewaktu gambar-gambar ini diambil menurut Alexander, matahari bersinar terang, air pula dalam keadaan sangat bersih. Tahukah anda obor-obor tidak mempunyai sistem pernafasan, sebaliknya menyerap oksigen melalui kulitnya yang nipis? Enjoy the pics!

Photobucket Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket


MOHON KERJASAMA MENGENALPASTI IDENTITI MANGSA KEMALANGAN

Seorang pelajar telah terlibat dalam kejadian kemalangan jalan raya di Sidi Gabir, Iskandariah.

Menurut sumber, Mangsa dikejarkan ke Hospital Ras El Tin dan meninggal disana disebabkan pendarahan dikepala.

Pihak Hospital tidak menjumpai sebarang dokumen identiti mangsa. Namun mirip wajahnya seakan-akan orang Asia.

Mana-mana individu yang dapat mengenal pasti bahawa mangsa ini warga Malaysia sila maklumkan segera kpd Presiden PMRAM Saudara Abdul Aziz Bin Ali di talian 0111-3771841 atau En Aswandi JPMK 0111-5861155.

sumber:

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Syiah menular secara senyap di Malaysia


Syiah menular secara senyap di Malaysia-sinar

>>>apakah tindakan kita???

DIFAHAMKAN terdapat 200 juta pengikut Syiah di seluruh dunia. Di Malaysia, anutan ini dipercayai sedang berkembang.Untuk mengenali Syiah, perlu difahami bahawa ia terbahagi kepada tiga golongan iaitu al-Tasyaiyu’, al- Mufadhdhila dan al-Rafidhah.

Pada asasnya, Syiah dianggap golongan yang memberikan wala' (taat setia) melampau kepada Saidina Ali bin Abi Talib serta keturunannya sekali gus menafikan kemuliaan Khalifah Ar Rasyidin yang lain iaitu Saidina Abu Bakar Assidiq, Umar Al Khattab dan Saidina Usman Ibn Affan.

Turut termasuk dalam kumpulan yang ditentang oleh Syiah ialah Saidatina A'isyah, iaitu isteri kesayangan Rasulullah SAW sendiri.

Selain itu ada juga telahan bahawa penentangan ini bukan sekadar membenci, malah sampai ke tahap kafir mengkafir.

Namun, daripada tiga golongan Syiah ini, hanya al-Rafidhah yang menolak Abu Bakr, Umar dan Usman.

Al-Tasyaiyu' pula adalah golongan yang bersimpati dan menyebelahi Saidina Ali dalam Perang Siffin antara Ali dengan Muawiyah bin Abi Sufyan pada 657 Masihi.

Rasa simpati ini turut terkait dengan peristiwa Karbala yang berlaku pada 10 Muharam tahun 61 Hijrah (680 Masihi) apabila anak Saidina Ali, Saidina Husain diserang dan dibunuh oleh tentera Yazid bin Muawiyah di Karbala, Iraq.

Sejak itu, pada setiap 10 Muharram, penganut Syiah akan melakukan upacara memukul diri sendiri dengan 'qamezani' iaitu sejenis pisau seakan pedang atau rantai besi sebagai tanda meratapi pembunuhan Saidina Husain dengan kejam pada tarikh tersebut.

Al-Mufadhdhila pula, meskipun mereka meletakkan kedudukan Saidina Ali dan keturunannya lebih mulia dan lebih tinggi daripada sahabat lain, namun mereka tetap mengiktiraf kekhalifahan Abu Bakar, Umar dan Usman.

Mereka juga tidak sampai mencela sahabat-sahabat kesayangan Rasulullah SAW itu. Daripada tiga golongan ini, hanya al-Rafidhah sahaja yang secara terangterangan menafikan kekhalifahan Abu Bakr, Umar dan Usman kerana mereka menganggap, selepas kewafatan Rasulullah, orang yang layak menggantikan baginda ialah Ali, diikuti keturunannya.

Ini sekali gus menyebabkan timbul tanggapan kononnya pelantikan mereka yang selain Ali dan keturunannya adalah salah dan mereka yang mematuhinya didakwa sesat. Meskipun Syiah lebih cenderung untuk dikaitkan dengan Saidina Ali dan keturunannya, namun kewujudan Syiah dikatakan lebih dahulu daripada itu.

Malah ada versi yang mengaitkan kewujudan kumpulan itu dengan Abdullah bin Saba', seorang Yahudi yang berpura-pura memeluk Islam dengan misi mahu menghancurkan Islam dari dalam (munafik).

Namun, Abdullah bin Saba' hanya seorang individu dan ini bukan faktor yang kuat bagi perkembangan Syiah hingga ke hari ini.

Faktor lain yang lebih kuat ialah kaitannya dengan sejarah Parsi sehingga melahirkan negara Syiah, Iran yang paling kuat pada masa ini.

Kegemilangan empayar Parsi berakhir pada era pemerintahan Khalifah Umar al Khattab. Orang Parsi yang sebelum itu beragama Majusi (Zoroastrian) mulai menerima Islam antara 637 hingga 651 Masihi.

Meskipun ramai yang ikhlas memeluk Islam, namun ada juga yang berdendam. Ada versi mendakwa mereka yang berdendam ini mendalangi misi pembunuhan Saidina Umar selain mencetuskan bibit kebencian sehingga terjadi pembunuhan Saidina Usman.

Misi membalas dendam ini dikatakan diatur bersama kumpulan Abdullah bin Saba'. Ketika Saidina Ali mengambil alih tampuk pemerintahan, berlaku kekecohan dalam menentukan siasatan dan hukuman terhadap pembunuh Saidina Usman.

Kumpulan diketuai Saidina Ali berpendapat, kekecohan perlu diredakan segera, kemudian barulah siasatan dilakukan untuk menjejak pembunuh Usman.

Namun kumpulan yang kedua diketuai Muawiyah, Gabenor Syria pada masa itu sebaliknya mahu pembunuh Usman segera dihukum, barulah umat Islam dapat disatukan.

Pertelingkahan ini akhirnya membawa kepada Perang Jamal dan Perang Siffin, perang saudara yang terawal berlaku dalam Islam.

Kumpulan dari Parsi ini bersungguh- sungguh menyokong kumpulan Saidina Ali kerana putera baginda, Husain berkahwin dengan puteri Parsi, Syahr Banu.

Demikianlah dikatakan pertalian awal antara Syiah dengan pewaris empayar Parsi bermula.

Di negara ini, ajaran Syiah boleh diamalkan namun tidak boleh disebarkan. Bagaimanapun hakikatnya, ia sedang berkembang sehingga mencetuskan kebimbangan pihak berkuasa dan kumpulan pendokong Ahl Sunnah Wal Jamaah yang sejak sekian lama menjadi anutan rakyat Malaysia.

Apa yang tidak kena dengan Syiah?

Thursday, June 14, 2012

berhati2..bahaya ada di mana2


** Khusus utk mereka yang gemar berkongsi maklumat di FB dan online **

Alhamdullilah, semalam dapat duduk sebilik dengan seorang aktivis keselamatan Capt. Bala Supramaniam. Kalau anda pernah tgk video-video kekejaman di Palestine dan Syria, jgn ingat anda jauh dari kekejaman seperti itu.

Nauzubillah min zalik, ianya berlaku didalam negara kita sendiri, mungkin tidak jauh dari tempat anda tinggal.

Kami ditayangkan dengan gambar-gambar kejadian rogol, bunuh dan buang oleh ramai mangsa yang anda tak akan dapat lihar didalam Metro atau KOSMO. Yang menyayat hati banyak mangsa-mangsa adalah kanak-kanak, ada yang besar2 anak saya sendiri. Tenunglah anak perempuan anda sekarang, bayangkan dada mereka ditoreh, pungung dikerjakan, disumbat mulut dengan kertas, beras, kemaluan disumbat dengan benda-benda. Ni bukan rekaan tuan-tuan dan puan-puan. Saya tengok gambar tu dengan mata saya sendiri.

Yang lebih menyedihkan 80% mereka yang ditangkap terlepas, kerana tidak cukup bukti untuk didakwa dan ditahan didalam penjara. Jadi awas tuan-tuan dan puan-puan, dikalangan kita ada perogol, pedophiles, pembunuh bersiri yang bebas mencari peluang utk bertindak.

Dan mereka ni bukan orang kurang siuman. Semuanya bijak belaka. Mereka mengunakan kaedah seperti PHISING dan reverse phsycology utk mendapatkan maklumat peribadi kita.

Jadi anda boleh membuat perbezaan. Saya nak sarankan beberapa perkara mudah di FB yang InsyaAllah boleh menyelamatkan nyawa anda dan keluarga anda.

1. REMOVE semua maklumat berkenaan suami, isteri, anak, ibu, bapa, pakcik yang kita publish di Facebook. Tak perlu unfriend mereka, hanya tukar relationship sahaja.

2.JANGAN post gambar anda, anak-anak, keluarga dan sahabat handai. Jika perlu tetapkan setting SECURITY pada kiriminan. Tentukan org-org yg hanya boleh melihat gambar tersebut.

3. Aktifkan option untuk review TAG. Ada didalam ruangan Setting. Pilihan ini akan meminta anda utk approve gambar, post yang anda telah di tag. Jadi ini akan memberikan anda ruang untuk menilai kiriman tersebut samanda ianya akan mengamcam keselamatan

4. JANGAN lah nak bersayang-sayang, aniversary di FB. Buat offline sahajalah.Tindakan seperti ini akan memberitahu siapa orang kesayangan anda dan boleh jadi target

5. HENTIKAN post yang boleh menunjukan anda bersendiri. Sperti "Boringnya, sorang-sorang kat rumah" atau "I nak tido kejap"

6. MATIKAN fungi geo-location pada pengguna Android atau iPhone. Fungsi ini boleh mndedahkan lokasi anda.

7. Review friendlist adan dngan kerap. Ingat 80% penjenayah ni masih terlepas.

8. REMOVE no telefon dari FB. Kerana penguna Android boleh nampak no telefon anda

9. Gambo profile letak lah yang sopan santun

10. REVIEW semula album FB anda. Mana gambar yg tak patutu delete sahaja !

** Nampak paranoid, tapi kalau korang tgk sendiri baru korang tau. Jangan salahkan pihak berkuasa. Kita sendiri yg expose maklumat peribadi.
Tolong edarkan dan share maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja.
Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai.TAG n SHARE

 credit utk page slimming juice.

Wednesday, June 13, 2012

rumah terasing di tempat yang sunyi dan damai...


Ada sesetengah orang yang gemarkan rumah yang jauh dari hikuk-pikuk dan kesibukan kota, tapi jarang kita temui kediaman yang benar-benar terasing bukan? Ini ialah koleksi gambar rumah yang bukan saja jauh dari hikuk pikuk kota, malah manusia. Hanya ada individu-individu yang tinggal di rumah itu saja di kawasan tersebut.


Photobucket

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...