Friday, May 27, 2011

menunggu hakimi ditemuduga ke smssim





pe



pra sekolah AT5




our new vios feb 2011





kampung halamanku



bercuti di lumut Dis 2010







raya 2010




Holy Water : Hentikan Fitnah Kepada Penganut Kristian

0
alt
Taip sahaja di internet berkenaan Holy water dan peranannya dalam memurtadkan orang Islam maka pasti anda akan menemui banyak sekali artikel mengenainya. Holy water itu kononnya merupakan air jampi yang amat hebat di mana sekali anda terminumnya, nescaya tidak dapat mengucap dan menjadi murtad.
Jika bernasib baik, anda mungkin dapat mengucap kembali setelah minum air dari tujuh buah kolah masjid. Mengapa hebat sangat air ini? Ada yang mengatakan ia dibancuh khas dari Indonesia oleh Paderi Kristian yang berstatus tinggi. Sesetengah dari mereka pula mendakwa Holy water dibuat di Vatican City oleh Pope Kristian.
Fenomena Holy Water ini cukup menakutkan orang Islam. Tambahan pula, ramai penceramah yang menjaja kisah Holy water ini dalam ceramah-ceramah mereka di masjid-masjid. Kata mereka juga, Holy water bercampur dengan janin yang digugurkan hasil dari persetubuhan haram paderi lelaki dan wanita.
Subhanallah! Itu merupakan satu fitnah terbesar sekali yang dibuat oleh orang Islam terhadap sahabat kita orang Kristian. Mungkin, disebabkan kerana kurangnya ilmu maka kisah mengenaiHoly water ini terus di forward melalui email dan diletakkan di blog-blog peribadi mahupun laman sesawang sosial. Ingatlah teguran dari Allah dalam al-Quran
"Dan janganlah sekali-kali kebencian(mu) kepada sesuatu kaum kerana mereka menghalang-halangi kamu dari Masjidil Haram, mendorongmu berbuat aniaya (kepada mereka). Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya." [Q5:2]
Sebenarnya, Holy water hanyalah merupakan air pili biasa yang dibacakan sedikit doa dan diletakkan di luar gereja. Apabila penganut Kristian beraliran Katholik ingin masuk ke dalam gereja. Mereka akan mengambil sedikit Holy water ini untuk membuat simbolik lambang salib pada badan mereka. Perbuatan ini merupakan ablution ataupun berwudhuk bagi orang Kristian.Holy water tidak pernah dibuat sebagai minuman. Orang Kristian sendiri tidak meminumnya, hanya sekadar digunakan untuk "berwudhuk".
Cuba fikirkan, jika benarlah ia begitu berkuasa, mengapa tidak sahaja dicampurkan terus ke sumber-sumber air utama penduduk dunia agar mereka semua terus murtad. Dan akhirnya, ingatlah bahawa dengan mempercayai Holy water mempunyai kuasa, maka anda telah berlaku syirik. Jika benarpun ada kes terpencil yang berlaku, maka ia hanyalah kebetulan dan tidak lain dan tidak bukan melainkan tipu daya Syaitan yang amat lemah.
"...dan tiadalah bagiku (Syaitan) sebarang alasan dan kuasa pengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan aku tetapi salahkan diri kamu sendiri..." [Q14:22]
Semoga artikel ini memberi pencerahan pada kita semua untuk tidak lagi mempercayai cerita karut ini dan seterusnya berhenti 'forward' fitnah terhadap saudara kita yang beragama Kristian.
Sumber Grafik: Google Image

Biodata Penulis

Bro Muhamad Na'im B. Ab Razak yang dikenali dengan nama pena jacknaim merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan dari Universiti Sains Malaysia dan mengikuti Kursus Perbandingan Agama Friendly Comparative Religion di IIS Foundation Setiawangsa, Training The Trainer Islamic Education Trust Nigeria oleh Bashir Mundi & Nuruddin Lemu, Bengkel Dakwah Syeikh Yusuf Estes dan Kursus Akar Umbi Kristianiti oleh Bro Amin Yaacob. Beliau juga merupakan bekas penggerak Kelas Peradaban Nabawi USM Kubang Kerian. Beliau aktif menulis di blognya : http://jacknaim.blogspot.com.

Thursday, May 26, 2011

Indahnya.. Ukhwah

indahnya ukhwah seindah pelangi

di saat diriku
ketandusan kata-kata
kau datang menjelma membawa cahaya..

kasihmu mekar dihati
terhias di bumi ini
dengan keindahan perkerti
seindah pelangi

engkau memberi sinar
untuk ku teruskan
kehidupan yang penuh dugaan cabaran

indahnya ukhwah
tanpa terpalit rasa
sifat mazmumah antara kita..
terbitnya cahaya..
akanku kenang jasa..
kenangan bersama antara kita..

di saat diriku...

*ada jugak seni kata yang sudah saya lupa..
rindu saya terubat bila bertemu mereka...
terima kasih Allah..
percaturan yang kau tetapkan sangat cantikk..
terima kasih kerana telah mempertemukan..
teringat kisah lalu yang mendamaikan..
syukur sangat..

Wanita Melayu Akhir Zaman: MITOS: Aku Tahu Tutup Aurat Itu Wajib, Aku Belum ...

Wanita Melayu Akhir Zaman: MITOS: Aku Tahu Tutup Aurat Itu Wajib, Aku Belum ...: "Saya ingin mengajukan anda satu persoalan. Wajarkah kita ( golongan yang menegur ) memberi masa kepada seseorang wanita Melayu Islam ( yang..."

Wanita Melayu Akhir Zaman: Upload Gambar Manja Dalam Facebook: Seronok Atau B...

Wanita Melayu Akhir Zaman: Upload Gambar Manja Dalam Facebook: Seronok Atau B...: "Sebelum saya memulakan entri ? Saya ingin mengajukan satu soalan. Perempuan suka bila lelaki ghairah tengok dia. Betulkah ? Reaksi penulis..."

Wanita Melayu Akhir Zaman: Wahai Wanita, Jangan Amalkan Kesilapan Ini ( Part ...

Wanita Melayu Akhir Zaman: Wahai Wanita, Jangan Amalkan Kesilapan Ini ( Part ...: "Nasihat: Baju lengan panjang banyak dijual di pasaran. Harga pun tidak mampu beli. Ingatlah bahawa, lengan wanita itu aurat. So, wajib ..."

Wanita Melayu Akhir Zaman: Wahai Wanita, Jangan Amalkan Kesilapan Ini (Part 1...

Wanita Melayu Akhir Zaman: Wahai Wanita, Jangan Amalkan Kesilapan Ini (Part 1...: "Kesilapan besar: Apa tujuan sebenar pakai hijab ? Apa tujuan pakai tudung ? Apa tujuan fesyen Muslimah ? Sudah pastinya UNTUK MEMELIHARA..."

Wanita Melayu Akhir Zaman: Bertudung Tidak Semestinya Menutup Aurat (HOT !)

Wanita Melayu Akhir Zaman: Bertudung Tidak Semestinya Menutup Aurat (HOT !): "1. Baca ini dan fahami ini dahulu. Sabda Rasulullah s.a.w. : 'akan datang ummatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mer..."

Wednesday, April 13, 2011

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" .

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata: Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...