Sunday, November 20, 2011


Apakah punca yang menyebabkan seseorang sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain? Mungkin anda sendiri pernah melalui dimana cuba mengelak daripada berkomunisasi dengan seseorang yang anda rasa kurang selesa dengan mereka. Apakah yang menyebabkan perkara ini berlaku?
Terlalu banyak bercakap- Sekiranya anda terlalu banyak bercakap sehingga menghalang untuk orang lain memberikan pendapat mereka, sudah pasti mereka tidak mahu berkomunikasi dengan anda. Didalam perbualan atau pergaulan, anda perlu bijak untuk memberi dan menerima sesuatu pendapat. Jangan sesekali mendominasi perbualan kerana ia merupakan perkara yang amat menjengkelkan.
Isu yang sama- Pasti anda mempunyai kepakaran mengenai sesuatu isu, tetapi adalah lebih baik sekiranya anda menyatakannya bersesuaian dengan masa dan tempat. Sekiranya anda selalu menyatakan hanya mengenai isu yang sama sahaja dikhuatiri rakan anda tidak berminat untuk mendengar mengenai topik yang anda ingin ceritakan.
Terlalu banyak drama- Tidak dapat dinafikan sesuatu kisah itu akan menjadi lebih menarik sekiranya dimasukkan elemen drama terhadap penceritaanannya. Tetapi elemen tersebut tidak perlulah disampaikan secara keterlalun. Ini kerana cerita yang disampaikan secara berlebihan akan membuatkan orang lain muak untuk mendengarnya. Selain daripada itu, mungkin akan wujud unsur penipuan.

Saturday, November 19, 2011



Jika wanita sememangnya sudah terkenal dengan waktu dimana mereka akan cepat marah, tidak ceria, dan mood tidak baik terutamanya ketika mereka datang bulan (haid), lelaki juga mempunyai masa yang sesuai yang perlu difahami. Faktor ini disebabkan oleh pengaruh hormon yang akan mempengaruhi emosi seseorang tanpa kita sendiri sedari. Jadi apakah cara terbaik untuk memahami mood lelaki?
Sekiranya anda ingin mengajak mereka berjalan atau membantu menyelesaikan sesuatu tugas, minta bantuan mereka antara pukul 9-12 pagi- Lelaki yang baru sahaja bangun tidur akan dipengaruhi oleh hormon testosteron, yang akan membuatkan mereka berasa aktif. Hormon ini akan membantu menaikkan semangat mereka untuk menjadi hero pada anda. Sekiranya anda ingin meminta bantuan mereka untuk mengubah almari baju, sofa atau barangan berat yang lain, dinasihatkan meminta bantuan pada waktu ini.
Sekiranya anda inginkan mereka bersetuju dengan cadangan anda, nyatakan cadangan anda antara pukul 3-4 petang- Mungkin anda mempunyai cadangan untuk melakukan sesuatu, sebagai contoh destinasi percutian atau sebagainya. Nyatakan cadangan anda pada waktu ini. Ia kerana pada waktu ini kandungan hormon testosteron yang ada dalam tubuh lelaki berada dalam keadaan yang rendah. Ini akan membuatkan pemikiran mereka menjadi lebih matang dan peratusan cadangan anda untuk diterima adalah amat tinggi.
Sekiranya anda ingin berbincang atau luahkan mengenai sesuatu isu yang sensitif, lakukannya antara jam 8-10 malam- Pada waktu ini pula, hormon oxytoxin akan memenuhi tubuh seseorang lelaki dan akan membantu mereka untuk berasa segar dan menenangkan. Mungkin ada sesetengah perkara yang anda tidak bersetuju terhadap mereka dan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini adalah melalui perbincangan. Sekiranya anda berbincang pada waktu ini, kebiasaannya lelaki akan lebih bersikap terbuka dan lebih memahami.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...