Monday, October 3, 2011

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
Sumber: http://kaki-haru.blogspot.com/2011/09/30-perkara-yang-wanita-tidak-sempat.html#ixzz1Zpizegjn

Sunday, October 2, 2011

DAMMAM: Seorang wanita Alkhobar yang kini menuntut di Amerika Syarikat dipuji kerana mengambil inisiatif memusnahkan 23 laman web Denmark yang menghina Nabi Muhammad SAW, lapor akhbar Madinah kelmarin.

Nouf Rashid memberitahu akhbar berbahasa Arab itu yang beliau menggodam laman web Denmark itu yang mempunyai rujukan kartun Rasulullah bersama laman web lain yang kandungannya turut diragui menurut pandangannya.

Gadis itu berkata beliau turut memusnahkan sejumlah laman web lucah dan menggodam sistem komputer lelaki muda yang cuba menggugut gadis dengan mengancam menyiarkan gambar peribadi mereka.

Akhbar Arabnews melaporkan gadis berkenaan mendapat kemahirannya dalam bidang itu kerana minatnya mempelajari perkara baru dalam lapangan teknologi maklumat.

Nouf berkata beliau menceburi dunia penggodam untuk menyelamatkan gadis yang diugut lelaki yang mahu berkahwin dengannya dan memperoleh gambar peribadi gadis itu. Rakan mangsa meminta Nouf mencari penggodam di Amerika bagi menyelamatkan gadis itu.

“Malah, saya menghubungi beberapa rakan penggodam di universiti dan belajar seni menggodam,” katanya. – Agensi


SAN FRANCISCO 11 Ogos – Anggota kumpulan penggodam, Anonymous yang mengaku menggodam beberapa agensi penguatkuasaan kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan syarikat permainan video Sony, merancang untuk ‘membunuh’ rangkaian sosial, Facebook.

Satu rakaman video dari kumpulan penggodam itu yang disiarkan di laman YouTube mendakwa ‘Operasi Facebook’ akan dilancarkan pada 5 November ini bagi memusnahkan rangkaian sosial itu kerana membolehkan pihak berkuasa menyalahgunakan maklumat peribadi penggunanya.

Bagaimanapun, jurucakap Anonymous memberitahu AFP, ketua-ketua kumpulan tidak pasti sejauh mana tahap serius ugutan itu kerana sistem kepimpinan kumpulan itu yang longgar tidak memiliki struktur kawalan yang khusus dan ahli-ahlinya menyembunyikan identiti mereka.

”Sejumlah anggota menyatakan ia akan berlaku manakala sejumlah anggota lagi memberitahu ia tidak melibatkan mereka dan ia merupakan satu tindakan bodoh,” ujarnya.

Rakaman video tersebut memaparkan logo Anonymous berwarna kelabu dan satu suara diubahsuai secara digital mengumumkan rancangan untuk memusnahkan Facebook dan meminta penggodam lain turut serta dalam serangan siber itu.

Ia menuduh Facebook menyimpan data pengguna dan menyerahkan data berkenaan kepada pihak berkuasa.

”Sertai perjuangan ini dan bunuh Facebook demi privasi anda,” kata suara dalam rakaman video itu yang ditonton lebih sejuta kali sejak disiarkan tiga minggu lalu.

Satu mesej dalam akaun Twitter milik Anonymous, Anonops mengesahkan sejumlah anggota cuba menganjurkan serangan terhadap Facebook tetapi pelan itu tidak mendapat sokongan majoriti.

Facebook enggan mengulas mengenai ancaman tersebut. – AFP
Sumber : Utusan

KUALA TERENGGANU: Terpedaya dengan e-mel yang disangka datangnya dari sebuah bank, seorang lelaki kerugian RM700 apabila dia mengemas kini data akaun bank miliknya mengikut arahan yang tertera dalam Internet, Ahad lalu.

Mangsa yang berusia 32 tahun dan berasal dari Dungun mengemas kini akaun miliknya melalui Internet dengan mengikut arahan tertera dalam e-mel berkenaan.

Bagaimanapun dia curiga selepas itu kerana sebelum ini bank berkenaan tidak pernah meminta pelanggannya membuat kemas kini akaun melalui Internet dan memberi arahan menerusi e-mel.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Azmi Adam, berkata mangsa memeriksa akaun simpanannya pada hari berikut dan mendapati ia berkurangan RM700.

“Terkejut dengan kehilangan wangnya, mangsa membuat semakan dengan bank dan diberitahu dia sudah membuat urusan dengan laman web palsu.

“Pihak bank mendakwa tidak pernah mengarahkan pelanggannya membuat kemas kini akaun menerusi internet dan tidak memberi sebarang arahan kepada pelanggannya menerusi e-mel,” katanya.

Beliau berkata, merasa tertipu dengan keadaan berkenaan, mangsa membuat laporan di Balai Polis Paka pada jam 12.30 tengah hari Jumaat lalu.

“Kita menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat tindak balas apabila menerima sebarang e-mel daripada mana-mana pihak untuk mengelak daripada ditipu pihak tidak bertanggungjawab.

“Apabila dihubungi pihak bank melalui internet, orang ramai yang merasa curiga mesti menghubungi bank berkenaan untuk mendapat kepastian mengenai kesahihan e-mel diterima,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 kerana capaian kepada sistem komputer tanpa kuasa dengan niat untuk melakukan kesalahan.

Sepertimana yang diketahui ramai, laman Facebook kini sedang mendapat penambahbaikan dari pihak mereka. Bagi yang tidak tahu, berikut merupakan senarai pembaharuan yang dilakukan oleh Facebook pada laman mereka:

  • Anda boleh menulis sehingga 5000 aksara pada post anda. Sebelum ini, anda hanya dibenarkan menggunakan 500 aksara.
  • Anda tidak lagi boleh menghantar mesej bersama friend request anda.
  • Navigation bar akan kekal pada bahagian atas skrin anda ketika anda skroll ke bawah.
  • Peringatan harijadi berada pada posisi atas bahagian kanan berdekatan dengan notifikasi poke. Apabila diklik, anda boleh menulis pada wall individu tersebut secara terus.
  • Butang poke apabila ditekan akan menyenaraikan siapa yang telah poke anda.
  • Butang Profile digantikan dengan thumbnail dan nama anda.
  • News Feed kini memaparkan Top Story diatas dan Recent Story dibawahnya.
  • Anda boleh menanda mana-mana post rakan anda sebagai Top Story dan sebaliknya.
  • Fungsi Ticker memaparkan kemaskini aktiviti terbaru rakan anda.
  • Anda boleh memilih untuk subscribe atau unsubscribe kepada pada post rakan anda.


Perubahan yang dibawakan oleh Facebook ini seperti yang lalu, mendapat beberapa pelbagai reaksi dimana beberapa pengguna menyukainya, dan beberapa pengguna yang tidak. Beberapa pengguna yang tidak menggemari fungsi Ticker boleh mendapatkan extension chrome yang membuang fungsi tersebut.

1. Tahukah anda bahawa selain bangsa yahudi, tidak dibenarkan membeli atau menyewa tanah di Israel?2. Tahukah anda bahawa setiap bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara automatik? Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar dari Palestin?3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan yang dicat dengan warna khas untuk membezakan antara bangsa yahudi dan bukan yahudi?

4. Tahukah anda bahawa Jerusalem bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan sebahagian daripada Israel?

5. Tahukah anda bahawa Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk bangsa Yahudi dan membahagikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel? Secara realiti, Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya diberikan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu?

6. Tahukah anda bahawa Amerika menyalurkan dana 5 billion US dari penghasilan hutangnya setiap tahunnya untuk menyumbang kepada Israel?

7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar 1,8 billion US setiap tahunn? Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua-benua Afrika?

8. Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar 4 billion US dari Amerika yang terdiri dari pesawat pejuang F16, Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan Negara gabungan utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua kemudahan yang diminta Israel untuk menjamin kewujudannya.

9. Tahukah anda bahawa kerajaan Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lubnan dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya Negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan pembangunan senjata nuklear? Dan menolak Pasukan Siasatan PBB untuk memeriksa tempat persembunyian nuklearnya?

11. Tahukah anda bahawa sebelum Israel wujud pada tahun 1948, mereka telah memiliki kilang pengembangan senjata nuklear?

12. Tahukah anda bahawa Pegawai Tinggi Israel di Jabatan Tentera mereka mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?

13. Tahukah anda bahawa Israel telah menyerang tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967? Walaupun serangan itu membunuh 33 tentara Amerika dan melukai 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan sebarang tindakan terhadap Israel? Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel tersalah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam?

14. Tahukah anda bahawa Israel merupakan Negara yang paling banyak mengabaikan resolusi negara PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?

15. Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan system politik pemeliharaan terhadap identiti rakyat yahudi agar tetap menjadi warga Negara itu?

16. Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai terkecuali dalam kes pembunuhan Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang telah membunuh lebih dari 1000 orang Palestin terdiri dari anak-anak, wanita dan orang tua?

17. Tahukah anda bahawa pada tarikh 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para pekerja Palestin yang sedang menunggu bus di Halte untuk duduk berbaris di atas tanah, setelah itu ia menembak mereka dari jarah setengah meter? Tahu pulakah anda bahawa pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel?

18. Adakah anda tahu bahawa sehingga tahun 1988, semua kilang dan pejabat di Israel hanya boleh melampirkan keterangan pekerjaan dengan kata-kata: “pekerjaan hanya untuk bangsaYahudi”, ” pekerja hanya boleh dipilih dengan syarat dia berbangsa Yahudi”?

19. Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negeri Israel membayar 6 jabatan media Amerika untuk menerbitkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah?

20. Tahukah anda bahawa Sharon mengajak Parti radikal Molodeit untuk menjadi gabungan utama dalam kabinetnya? Padahal parti itu beridealogi radikal dengan tujuan untuk membesihkan Israel dari luar kawasan yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel?

21. Tahukah anda bahawa Perdana Menteri Israel pertama, David Ben-Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh rakyat arab dari Israel?

22. Tahukah anda bahawa Rahib besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti ketiga terbesar di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk membunuh warga Palestin?bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah yang lalu dalam wawancaranya di sebuah rangkaian radio terbesar di Israel: “Tuhan akan membalas semua kejahatan warga arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabiskannya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan azab yang pedih. Oleh itu dilarang semua bangsa yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab, dan wajib bagi setiap yahudi untuk menembak mereka dan senjatanya hendaklah dihalakan ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghabiskannya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk “… …

23. Tahukah anda bahawa pelarian Palestin terbesar di dunia?

24. Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah yahudi?

25. Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agong Israel sudah mengeluarkan keputusan pelarangan penyeksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet (Badan perisik Israel) tetap terus menyeksa setiap pejuang Palestin dalam proses pemeriksaannya?

26. Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses belajar mengajar dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi Negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor falsafah. Hal ini dilihat dari jumlah purata penduduknya.

27. Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh undang-undang HAM antarabangsa yang diterbitkan pada tarikh 10 Disember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin? kerana dihalang dengan ditandatangani oleh perikatan OSLO?

28. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri mereka?

29. Tahukah anda bahawa Israel sebagai Negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan konvension Geneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga awam Palestin?

30. Tahukah anda bahawa perintah Perdana Menteri Israel Ariel Sharon sudah tidak dituruti lagi oleh tentera Israel? Salah satu contohnya adalah ketika ia melarang tentera Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak, tetapi tentera Israel terus menyerang, menembak rakyat awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka. Insiden paling memilukan andalah pembunuhan tiga wanita Palestin, padahal mereka sedang berada dalam khemah pelariannya?

31. Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan pebagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al-Aqsa dan Qubah As-Sakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

32. Tahukah anda bahawa Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mengatakan bahawa Israel adalah Negara rasisme dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum beliau memerintah?

Assalamualaikum dan salam blogger,pernahkah anda membaca terjemahan ayat -ayat suci ini.

Allah berfirman (maksud): "Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya)"(Surah An-Naazi’aat, 79: Ayat 32)
Allah berfirman (maksud): "Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya"(Surah An-Naba’, 78: Ayat 7)
Dan Allah berfiman juga berfirman (maksud):

"Dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu..."(Al-Quran, Surah An-Nahl, 16: Ayat 15)

dalam sesetengah tafsir disebut”Dan Dia menancapkan gunung-gunung di Bumi supaya Bumi itu tidak berguncang bersama kamu, (dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk.”
sebagai orang islam kita yakin setiap huruf dan perkataan yang terkandung dalam Qur'an pasti betul.
Sekarang tengok gambar ni pula

Setelah beribu tahun lamanya, saintis barat baru-baru ini menemui sebuah gua yang terletak di Naica Mexico, gua ini dipenuhi dengan batu-batu kristal yang berbentuk seperi pasak atau pancang seperti yang biasanya dipasang pada bangunan bangunan besar

ada yang sampai dengan 12 meter panjang

Seperti dikatakan saintis, pasak-pasak ini hanyalah mukadimah sahaja kerana dikatakan lebih dalam mereka masuk lebih besar pasak-pasak yang dijumpai






























Dikatakan sejak penemuan gua bawah tanah ini sudah ramai saintis seluruh dunia yang datang untuk melakukan kajian.
Pengarang buku The Earth" ("Bumi"). yang menjadi rujukan di banyak universiti-universiti di seluruh dunia. Dr. Frank Press.
(Beliau juga pernah menjadi penasihat sains kepada bekas Presiden Amerika, Jimmy Carter).
menyatakan bahawa gunung-ganang hanyalah saebahagian daripada sebuah ‘binaan yang besar’ dimana akarnya memanjang jauh ke dalam perut bumi.
Dr. Press menulis lagi bahawa gunung-gunung sangat penting dalam meneguhkan dan menetapkan perut bumi. Inilah yang diperkatakan oleh Al-Quran mengenai gunung-ganang sejak 1400 tahun dahulu.
Subahanallah,benarlah firman Allah yang Maha Genius.

Makanan segar boleh dibuat untuk bertahan selama bertahun-tahun selepas para saintis menemui bahan pengawet alamiah yang mampu memusnahkan seluruh kelas bakteria, termasuk E.coli dan listeria.

Adalah tidak perlu untuk menyejukkan hasil yang dirawat dengan bahan pengawet, yang dipanggil, bisin, yang dihasilkan oleh bakteria tidak berbahaya.

Mereka berkata bahawa makanan seperti susu, sosej dan sandwich yang mengandungi ejen itu boleh di letak atas rak dalam tempoh tiga tahun.

Makanan siap, wain yang terbuka dan sos salad segar juga boleh diambil dengan selamat lama selepas mereka telah dibeli, kata saintis.

Penyelidik di Minnesota University di Amerika Syarikat mendapati bahan daripada budaya bakteria tidak berbahaya itu, longum Bifodobacterium, biasanya terdapat dalam usus manusia.

Bisin berkaitan dengan nisin, yang menyerang bakteria gram-positif, dan digunakan dalam pembuatan keju dan daging yang diproses. Oleh itu, ia secara umumnya diiktiraf sebagai selamat dan tidak akan diuji secara farmakologi.

Ia tidak akan dapat mengelakkan buah-buahan dan sayur-sayuran dari reput, bagaimanapun, kerana mereka mengurai dalam cara yang berbeza.

Penyelidikan lanjut kini sedang berjalan, melihat berapa baiknya ia menghalang bakteria daripada tumbuh.

[Telegraph.co.uk]


Tidak habis-habis saintis cuba mengubah perjalanan kejadian alam. Walaupun adakalanya nampak bagus, tetapi kita tidak tahu kesan sebenar nanti akibat mengubah perjalanan alam.

Sudah semestinya ada pro dan kontra berkenaan dengan kajian ini. Yang bagusnya, makanan boleh tahan lama dan boleh mengelakkan pembaziran. Yang tidak bagusnya, mungkin dengan penggunaan bahan itu, harga makanan akan semakin naik dan akan ada kesan sampingan dari pengambilan makanan seperti itu. Tapi ini masih lagi kemungkinan, bukan fakta.

Apabila makanan yang diproses itu tahan lama, maka sudah tentu pembuat barangan dan penjual akan selesa kerana tidak risau makanan akan membusuk dan rosak. Ini sudah tentu dicipta khusus untuk membuat keuntungan dari pihak pembuat dan penjual. Manakala dari segi pengguna, kena trial and error dulu baru nampak kesannya nanti.

Dari segi psikologi pula, pengguna tentu akan rasa lain macam, kalau cuba untuk makan makanan yang dah terdedah lama. Dan risiko kesihatan itu nanti, siapa yang akan jadi bahan ujinya? :)



“Kehilangan adalah salah satu jalan kehidupan. Kita takkan merasa kehidupan tanpa merasa kehilangan”
Kehilangan pernah menimpa Nabi Ayyub A.S. Baginda kehilangan kekayaan, dan orang orang yang disayanginya. Tidak hanya itu sahaja, baginda juga menderita penyakit yang menjangkiti seluruh tubuhnya. Sehingga baginda berdoa, “Ya Allah, penyakit ini boleh jadi menjangkiti seluruh tubuhku. Tetapi ya Rabb, jangan sehingga penyakit ini juga menjangkiti hati dan mulutku, biarlah aku masih mampu berzikir kepada-Mu.”
Subhanallah…
Begitulah ketabahan Nabi Ayyub. Beliau ikhlas atas kehilangan kesihatan dan penyakit yang dihidapi yang menyebabkan semua orang jijik melihatnya.
Kesabaran dan keikhlasan selalu akan membahagiakan. Pada akhirnya Allah mengembalikan semua kehilangan yang dialami Ayyub.
Maka bersabarlah ketika ujian cinta kepada Allah atas nama kehilangan itu datang. Semakin besar cinta, semakin berat pulalah ujian cinta itu. Dan, setelah ujian itu berakhir, maka akan terbukti seteguh mana iman dan cinta kita. Ketika semua telah dikembalikan atau digantikan dengan yang lebih baik, Insyaallah semua akan terasa lebih nikmat
Kehilangan selalu diwakilkan oleh kata ‘musibah’. Maka dengan berperasangka baik pada Allah, gantilah perkataan itu dengan kata manis seperti sebutan ‘rahmat’ atau teguran Allah yang unik untuk mengingatkan hambanya atas kesalahan atau maksiat. Dengan sebuah kehilangan, dan diiringi dengan berperasangka baik pada Allah, kesemua itu akan berubah dengan menjadi sebuah ‘keampunan’.
Kehilangan adalah sebuah proses mendapatkan dan begitu pula sebaliknya. Mendapatkan adalah sebahagian dari kehilangan. Proses ini mengajarkan kita agar tidak tamak pada realiti dan menyedari hakikat diri sebagai manusia yang memiliki titik noktah pada suatu masa nanti
“Aku takjub dengan perihal orang yang beriman.. Semuanya ada kebaikan.. Tidak ada suatu kebaikan pun kecuali ianya untuk orang yang beriman.. Apabila diberikan sesuatu nikmat, dia akan bersyukur.. Maka itu baik baginya.. Apabila diuji dengan suatu ujian, dia akan bersabar.. Maka itu juga baik baginya..” Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Kehilangan adalah sebuah proses yang harus dilalui dalam kehidupan. Memang, sesungguhnya apa-apa pun yang ada dalam kehidupan kita di dunia ini, tiada yang abadi
Kehilangan adalah sebuah kenikmatan
kenikmatan bagi hati yang menikmati dan mengikhlaskan.
Kehilangan bukanlah saat mencari kambing hitam atas sesuatu kesalahan,
Tetapi inilah saat yang sangat berharga untuk memperkuatkan sangka baik terhadap Allah.
Innalillahi wa innailaihi rajiun..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...